Hari yang ditunggu2 oleh saffiya dan keluarga kedua dua belah pihak akhirnya tiba
25 march 20** hari di mana Saffiya dan Aryan akan disatukan, Saffiya kini sedang berada di ruang tamu rumahnya sibuk dengan adik beradik yang datang dari jauh menolong apa2 yang patut untuk majlis akad nikahnya petang ini
"Fiya...dah pergi masuk cepat siap ni semua biar kami yang uruskan" tegur mak saudara Saffiya
"Ye lah mak lang Fiya masuk dulu" kata Saffiya dan berlalu masuk ke bilik tidurnya yang ramai dengan sepupunya yang lain sibuk menghias bilik yang bakal menjadi bilik pengantin nanti
"Fiya, lekas mandi kejap lagi nak berdandan semua nanti lambat pula siap" kata sepupunya yang merupakan anak sulung mak langnya
"Yelah kak Tijah" jawab Saffiya dan masuk ke dalam bilik mandinya
Setelah dia siap dan sedang berhias bersama dengan sepupunya dia beritahu bahawa rombongan pengantin lelaki sudah sampai
Gementar hati Saffiya ketika ini mengingatkan bahawa sebentar sahaja lagi dia bakal bergelar isteri kepada Aryan
"Dah siap ni, jom lah turun" kata Hanis sepupunya yang lagi satu
Dengan berhati hati Saffiya di bawa turun ke ruang tamu rumah banglo itu, ramai yang terpukau dengan penampilan Saffiya yang begitu manis dengan baju pengantin berwarna putih
Aryan pula sedang berbual dengan bapa Saffiya yang merupakan walinya mereka sedang bercakap dengan seorang ustaz yang dijemput dari surau berdekatan kawasan perumahan elit itu
Langsung Aryan tidak pusing melihat Saffiya yang sudah pun duduk bersimpuh di sebelah Datin Khalisa
Selepas 10 minit ustaz itu memberi sedikit pesanan kepada bakal pengantin mereka memulakan acara akad nikah dan hanya dengan sekali lafaz Saffiya sah bergelar isteri kepada Aryan
Ketika sesi pembatalan air sembahyang Aryan kelihatan sedikit terpaku melihat Saffiya yang berada dihadapannya kini
Cincin emas disarung lembut ke jari manis Saffiya, setelah saffiya mencium lembut kekura tangan Aryan dia mencium dahi Saffiya dengan syahdu sekali
Saffiya terdiam dan tak mampu beriak apa2 dengan kucupan hangat milik Aryan di dahinya sebentar tadi
"Alhamdulillah, lega rasa hati mama ni tengok kamu berdua dah selamat bernikah" kata Datin Khalisa
Saffiya tersenyum manis memeluk ibu mertuanya itu
"Cantik Fiya hari ni sampaikan orang tu tak lepas pandang dari tadi" usik Datin Khalisa pada anak lelakinya yang dari tadi merenung Saffiya di sebelah tak lepas
Saffiya tersenyum sambil menjeling penuh menggoda pada Aryan, Aryan sudah telan air liur dengan payah melihat godaan itu
Mana mungkin dia tidak tergoda kalau mereka sudah halal kini kalau sebelum halal itu dia sudah tergoda inikan pula setelah halal disentuh
Memikirkan hal itu pening kepala Aryan dengan perangai isterinya nanti masak lah dia selepas ini pasti saja Saffiya tidak akan melepaskan dia
"Dah jom makanan dah siap dihidang tu" panggil puan Zura ibu kepada Saffiya
"Yelah, jom"panggil Datin Khalisa
"Tak apa lah mama dengan yang lain pergi dulu Iyan nak salin baju kejap"kata Aryan
"Ha yelah kalau macam tu"kata Datin Khalisa dan puan Zura
"Fiya, pergi tunjukkan bilik dekat Aryan" arah puan Zura
Saffiya sudah senyum sumbing memandang Aryan laju saja tangan lelaki itu ditarik naik ke biliknya tanpa segan silu dihadapan kedua ibunya
Tergeleng kepala dua wanita itu dengan gelagat Saffiya ada sahaja yang mahu dilakukan sampai kan Aryan sendiri sudah merah telinganya
YOU ARE READING
Milik Aryan Khairiel☑
RomanceDia kaum adam yang mampu menundukkan para gadis di bawah kaki nya, dia memiliki segala2 nya di dunia ini katakan sahaja apa yang tidak ada pada lelaki ini kekayaan dan kedudukan tidak perlu dikejar semuanya sudah dia miliki. Namun hanya dengan kemun...