Aryan memandang tepat wajah papa nya yang terdiam dari tadi setelah mama nya memberitahu bahawa mama nya sudah melamar anak kawan mereka buat Aryan tanpa berbincang terlebih dahulu
"Mama tak melawak kan?" Tanya Aryan masih tidak percaya bahawa dia sebenarnya sudah bergelar tunang kepada seorang wanita yang dia tidak kenal
"Yes, i'm not joking" jawab Datin Khalisa sambil menjeling ke arah suami nya yang dari tadi diam sahaja malas masuk campur agaknya
"But why ma, pa Aryan tak kenal dengan siapa tunang Aryan tu"kata Aryan dengan suara sedikit serak tidak menduga langsung apabila mama nya memanggil pulang ke rumah hanya untuk menyampaikan berita ini
"It's okay lepas kahwin nanti Iyan ada banyak sangat masa untuk sesi suai kenal dengan isteri Iyan tu" kata Datin Khalisa lagi sebenarnya lebih kepada menyindir
"Papa please say something" rayu Aryan
"Iyan, mama dengan papa buat semua ni demi masa depan Iyan kami nak tengok Iyan ada keluarga" pujuk Dato Zafran pula
"Tapi siapa tunang Iyan tu?" Tanya Aryan dengan lemah apabila papa nya yang selama ini sentiasa menyokong tiba2 menyokong mama nya pula
"Anak kawan baik papa, Tan sri Raffael"jawab Dato Zaffran
"Wait, you mean his daughter Saffiya Ashiffa?!"tanya Aryan yang terkejut beruk
"Hah tu kenal, kan senang" perli Datin Khalisa
Aryan terus terdiam dan berdiri , fikirannya kosong saat ini apa yang telah terjadi?
Benarkah Saffiya gadis yang sentiasa difikirannya itu sudah bergelar tunangnya sendiri? Sebab itukah kelmarin Saffiya berani mengajaknya minum bersama?
Semua soalan ini bermain di fikirannya ketika ini, dia dengan perlahan berjalan naik ke tingkat atas biliknya
"Anak you tu dah kenapa?" Tanya Datin Khalisa
"Biasalah, terkejut lah tu" kata Dato Zaffran sambil sambung membaca berita secara online
Di tingkat atas Aryan yang sedang mengambil angin di balkoni masih lagi berfikir
'Jom, saya belanja awak minum saya ada banyak benda nak cakap dengan awak'
Masih terngiang suara Saffiya kelmarin yang mengajaknya minum
"Betul ke dia jodoh aku?" Tanya Aryan sendiri
Tiba2 terbayang wajah manis itu sedang tersenyum sambil menggodanya
Ketukan di pintu bilik Aryan mengejutkan dia
"Boleh mama masuk?" Tanya Datin Khalisa
Aryan menganggukkan kepalanya dan melihat semula pemandangan yang terbentang luas dihadapannya
"Sayang, mama buat semua ni untuk sayang. Anak mama hanya Aryan sorang aje tak ada yang lain dah" kata Datin Khalisa
"Mama tak minta lebih pun mama cuma nak ada menantu yang boleh teman mama berbual, teman mama minum petang, share resepi dan shopping dengan mama. Semua kawan2 mama ada menantu ada cucu dekat rumah" kata Datin Khalisa seraya memujuk Aryan
Aryan tersentuh dengan kata2 mama nya itu dia sedar mamanya sunyi di rumah pada waktu siang, Dato Zaffran dan dia sudah ke pejabat pada waktu siang malam pula dia jarang di rumah
"Mama, Iyan minta maaf Iyan bukan nak bantah cakap mama Iyan cuma terkejut sebab mama tak berbincang dengan Iyan" kata Aryan yang memeluk tubuh mama nya dari belakang
"Iyan akan ikut apa yang mama nak, Iyan akan kahwin dengan tunang Iyan itu" kata Aryan lagi sambil mencium pipi gebu mama nya
Tersenyum Datin Khalisa, dia tahu sangat kelemahan Aryan ada pada suara dia
Aryan memang dari kecil seorang anak yang mendengar kata tidak pernah sekali pun dia membantah cakap Datin Khalisa atau Dato Zaffran
YOU ARE READING
Milik Aryan Khairiel☑
RomanceDia kaum adam yang mampu menundukkan para gadis di bawah kaki nya, dia memiliki segala2 nya di dunia ini katakan sahaja apa yang tidak ada pada lelaki ini kekayaan dan kedudukan tidak perlu dikejar semuanya sudah dia miliki. Namun hanya dengan kemun...