Bab 26

13.3K 330 3
                                    

Aryan mengusap lembut perut Saffiya yang semakin membesar itu usia kandungannya juga sudah mencecah 7 bulan

"Abang rasa anak kita ni lelaki ke perempuan?"tanya Saffiya

Dia juga penasaran dengan jantina anak mereka ramai yang bagitahu bahawa kemungkinan besar mereka akan mendapat anak perempuan kalau mengikut bentuk perut Saffiya

Aryan yang tidak mahu tahu jantina anak mereka dan inginkan kejutan membuatkan Saffiya penarasan dengan jantina anak mereka itu

"Abang tak kisah perempuan pun tak apa lelaki pun tak apa tapi abang berharap sangat dapat anak perempuan dulu"kata Aryan sambil mencium perut Saffiya

"Kenapa?"

"Sebab abang teringin nak anak perempuan biar dia manja macam ibu dia" kata Aryan

Saffiya sudah menarik muka seribu apabila Aryan memanggilnya manja sebab sejak mengandung ini Saffiya susah berenggang dengan Aryan kemana Aryan pergi pasti Saffiya ikut

"Abang kira beruntung tau sebab Fiya manja2 dengan abang kalau orang lain ada setengah tu isteri dia langsung tak nak dekat dengan suami" saffiya mengusap lengan Aryan yang berada di perutnya

"Abang pun bersyukur sebab Allah bagi abang peluang untuk rasa macam bahagianya jaga isteri abang masa mengandung ni, macam2 aje perangainya" kata Aryan sambil mecubit hidung Saffiya

"Abang ni....sakit..." Saffiya sudah mengadu manja apabila hidungnya dipicit Aryan

"Lepas sayang dah habis semua pantang ni abang akan bawa sayang dengan anak kita ni pergi somewhere special" kata Aryan

"Pergi mana?"Saffiya sudah teruja mendengarnya

"Adalah...tak bestlah kalau abang bagitahu sekarang nanti sayang siap aje abang terus bawa pergi sana sayang tengok sendiri mana abang sayang" Aryan sengaja mahu membuat isterinya jadi penasaran dengan berkata begitu

"Alah..." Saffiya sudah muncung mulutnya

Bibir itu tidak dibiar lama muncung begitu Aryan terus sahaja menyambar bibir itu

"Esok lepas abang balik meeting kita terus pergi rumah mama sebab abang dah janji nak tidur rumah mama esok"kata Aryan

"Boleh, tapi Fiya nak makan nasi kandar dulu boleh esok?" Tanya Saffiya sambil buat suara comel cuba memujuk suaminya itu

"Nasi kandar lagi kemarin dengan harini kan dah nasi kandar?" Kata Aryan terkejut apabila isterinya sejak dua tiga hari ini kerap sangat minta nasi kedai mamak itu

"Alah...bolehlah...esok last" kata Saffiya

"Okay2 janji eh esok last, lepasni no more nasi kandar tak elok untuk kesihatan baby dan sayang" kata Aryan

"Okay boss" Saffiya berpura pura tabik tangan pada Aryan

"Ada2 aje isteri abang ni kan" Aryan mencium pipi dan bibir Saffiya berkali kali sehingga Saffiya sendiri naik rimas

Keesokkannya Saffiya yang selesai bersiap itu terus turun ke ruang tamu setelah mendengar bunyi loceng rumah beberapa kali

"Kau?!" Saffiya yang melihat wanita yang dia benci itu sedang berdiri di hadapannya kini membuatkan dia sedikit takut

"I ada benda nak cakap sekejap dengan you" kata Ardini

"Cakap cepat sikit kejap lagi aku nak keluar" kata Saffiya dengan muka menyampah

"I minta maaf pasal apa jadi haritu i tahu i salah sebab buat biarkan you macam tu aje i panik sebab i tak sepatutnya tolak you. Actually selama ni i tipu Aryan tak pernah berjanji apa2 pada i dan i tak mengandungkan anak dia pun i dipaksa untuk buat rumah tangga you dan Aryan musnah" terang Ardini

"Siapa yang paksa kau?" Tanya Saffiya

"Daniel, sebenarnya i dengan Daniel dah kenal sejak dia transfer syarikat Dato Badrol i ada dengan dia dan kalau you nak tahu anak yang i kandungkan ni anak Daniel tapi bila dia dapat tahu i mengandung dia ugut i dia cakap kalau tak tolong dia dapatkan balik you pada dia nak bunuh anak i, walaupun anak ni anak luar nikah tapi i sayangkan anak ni dan kisah i dengan Aryan tu waktu kami di universiti dulu dan i pun dah lama tak contact dengan Aryan selepas tu"

"Daniel mengandungkan kau?" Tanya Saffiya tidak percaya dengan apa yang dia baru dengar

"Ye, salah i juga sebab i terlalu lalai dengan belaian dia i ingatkan dia sayangkan i tapi rupanya dia ada muslihat dia sendiri, i datang ni nak minta maaf dengan you sebab i dah nak pergi dari Malaysia i dah tak sanggup nak hadap kata2 kesat dari Daniel lagi dia dah makin gila i harap you hati2 lepas ni" Ardini beredar setelah selesai menerangkan semuanya pada Saffiya

Saffiya masih kaku di situ tidak menyangka dia selama ini bercinta dengan lelaki yang bertopengkan syaitan, disebalik muka suci lelaki itu rupanya dia bertanduk

Saffiya dihambat perasaan takut dia segera mengunci pintu rumah dan mendail nombor suaminya untuk menyuruh Aryan agar lebih cepat pulang

Sorry sebb sis dh lama tak update sis ad exam dua mggu ni so maybe story ni slow update buat sementara waktu ye🙏

Milik Aryan Khairiel☑Where stories live. Discover now