Bab 27

12.8K 331 8
                                    

Setelah Saffiya menceritakan hal yang diberitahu Irdina siang tadi Aryan mengeluh lega kerana kini mereka sudah tahu siapa dalang yang mahu meruntuhkan rumah tangga mereka

"Abang harap lepas ni sayang jangan keluar berdua lagi dengan dia, bahaya abang tak nak apa2 jadi dekat sayang dengan anak kita orang macam tu bukan boleh buat main" kata Aryan yang duduk di sisi Saffiya

"Fiya pun takut juga lepas dengar apa yang Irdina bagitahu, Fiya tak sangka abang Dani akan jadi sejahat tu" kata Saffiya yang masih kurang percaya dengan perangai lelaki yang dulunya dia sayang

"Abang...abang...abang sayang cuma abang sorang aje abang haramkan sayang panggil jantan tak guna tu dengan panggilan  abang" kata Aryan dengan nada cemburu kurang selesa mendengar panggilan itu meniti di bibir isterinya

Hampir tertawa Saffiya dengan  perangai Aryan yang satu itu, memang susah nak buang perangai cemburunya terhadap Daniel

"Ye2...sorry okay tersasul" pujuk Saffiya

"Esok kita pergi beli barang baby nak?" Tanya Saffiya sambil peluk lengan Aryan

"Hm...tengok lah macam mana cara mama pujuk papa baby" Aryan sengaja jual mahal dengan isterinya sambil bangun dan naik ke atas

Tapi apabila sampai di tangga yang kelima dia berhenti menunggu si isteri yang comel dengan perut besarnya itu sedang naik tangga risau pula kalau Saffiya tersadung di tangga

"Tunggu mama ke tu?" Perli Saffiya sambil hulur tangan minta dipimpin

"Mestilah mak buyung ni bukan boleh tinggal tergelincir ke tersadung kita juga yang risau" kata Aryan dan menyambut huluran si isteri

"Nak merajuk lagi tak?" Tanya Saffiya

"Kejap lagi sampai bilik sambung" kata Aryan

"Kalau macam tu kena stuck kat tangga la" usik Saffiya

Dengan senang Aryan menyauk isterinya dan dikendong ke bilik tidur mereka

Terjerit Saffiya dibuatnya kerana terkejut dengan tindakan Aryan

"Abang ni...nasib tak jatuh kalau tak tadi kesian baby" marah saffiya

"Jangan risau lah abang masih kuat okay takat nak gendong sayang dengan baby bukan berat mana pun" kata Aryan

Setelah baring di sisi Saffiya Aryan memulakan rutin hariannya iaitu sesi berbual dengan si anak mereka yang kian membesar di rahim si ibu

"Anak papa suka kan kena gendong macam tadi?"

"Mama je acah2 takut jatuh padahal hari2 minta papa gendong mama kan"

"Hello, papa yang manjakan mama okay mama tak pernah pun minta gendong"saffiya membela diri

"Tipu selalu kalau papa tinggal dekat bawah mesti menangis minta dukung naik ke bilik" Aryan mengusap lembut perut Saffiya mengharapkan anak mereka dapat merasakan sentuhannya

"Itu baby yang nak naik dukung...bukan mama"

"Kesian anak papa belum keluar lagi mama dah guna2 kan dia" usik Aryan

"Jangan mengada eh abang, mama tak mengada pun papa yang lebih" tangan aryan dicubit

Selesai memastikan anaknya tertidur dia mula memanjakan Saffiya pula dengan memeluk Saffiya sebelum tidur dan akhirnya mereka sama2 terlena.

Milik Aryan Khairiel☑Where stories live. Discover now