Bab 17

15.8K 400 2
                                    

Sudah masuk hari kedua Aryan pergi ke luar negara atas urusan kerja dan meninggalkan Saffiya di rumah mereka

Aryan sudah puas memujuk agar Saffiya tinggal bersama keluarga mereka namun Saffiya berkeras tidak mahu kerana dia berasa agak jauh perjalan dari rumah keluarga mereka ke syarikatnya

Petang itu Saffiya sedang sibuk di dapur menyiapkan hidangan istimewa untuk menyambut kepulangan suaminya yang akan tiba pada pukul 9 malam

Sedang sibuk memasak bunyi loceng rumah menarik perhatian Saffiya, setelah membersihkan tangan dan menutup api dapur Saffiya berlalu ke pintu rumah untuk melihat tetamu yang datang

Setelah membuka pintu dia mendapati seorang perempuan yang agak seksi sedang berdiri di hadapan pintu sambil memegang satu sampul surat

"Hi, I Ardini boleh panggil i Dini. You ni isteri Aryan kan?" Sapa perempuan itu sambil membuka cermin mata hitamnya dengan penuh gaya

"Ye saya, awak ni siapa ye?"tanya Saffiya

"Sebelum tu tak nak jemput i masuk dulu ke dekat luar ni panas kot" perli perempuan itu

Saffiya mempelawa perempuan itu masuk ke dalam rumah, setelah puas memandang dari depan ke belakang perempuan itu melabuhkan punggung di sofa

"I datang sini ni ada benda nak bagi dekat you and ada perkara yang i nak cakap sikit dengan you" kata Ardini

"Apa dia?" Tanya Saffiya kurang selesa dengan perempuan itu

"Ni untuk you tapi sebelum tu i nak jawab dulu soalan you tadi, i ni girlfriend Aryan dan i datang sini nak sampaikan benda yang Aryan nak sampaikan tapi takut nak bagitahu you"kata Ardini setelah menyerahkan sampul surat tadi ke tangan  Saffiya

"Sorry, you ni siapa tadi? And setahu i suami i tak ada girlfriend kalau ada pun maybe ex!" Kata Saffiya yang mula menggelegak darahnya dengan perempuan tidak tahu malu itu

Sesuka hati sahaja mengaku dirinya itu kekasih suaminya

"Terpulang pada you nak percaya atau tak dalam tu ada bukti and i datang ni bagi arahan pada you supaya minta cerai dengan Aryan sebab dia nak berkahwin dengan i dan tak lama lagi kami akan menimang cahaya mata pertama kami so please leave him if you don't want to hurt your own feeling" kata Ardini dengan muka bengis

"Hei perempuan, kau siapa nak bagi2 arahan pada aku dan kalau betul pun dia nak berkahwin dengan kau biar dia sendiri datang dan bagitahu pada aku bukan hantar perempuan macam kau untuk sampaikan benda ni!" Saffiya yang mula bengang itu sudah berdiri dan mengoyak sampul yang dalamnya berisi gambar2 mesra antara Aryan dan Ardini

"Excuse me, mind your language lady sebab i ni bakal jadi ibu kepada zuriat Aryan bukan macam you dah berbulan kahwin tapi still kempis perut tu entah2 you ni mandul tak!" Perli Ardini yang turut berdiri dan sama naik suaranya membadai Saffiya

Penampar pertama Saffiya sudah selamat melekat pada wajah putih lincin itu, puas hati Saffiya setelah melihat kulit putih itu merah menyala

"Kurang ajar!" Ardini turut membalas tamparan Saffiya tadi namun tamparan nya lebih kuat berbanding Saffiya

Terasa pejal kulit mukanya ketika ini setelah tangan perempuan itu melekat pada wajahnya

"Kalau betul Aryan cintakan kau kenapa dia tak kahwin dengan kau sebelum ni dan kenapa dia tak kenalkan kau dengan family dia entah2 kau tu aje yang perasan lebih idamkan laki aku supaya cintakan kau dan anak dalam kandungan kau tu belum tentu lagi milik suami aku" sindir Saffiya lagi dan bangun ingin berlalu ke pintu rumah untuk menghalau perempuan itu

Namun Ardini yang makin marah dengan kata2 sindiran dari Saffiya itu bertindak ganas dengan menarik rambut panjang milik Saffiya dan menolak tubuh itu sehingga terkena pada bucu almari hiasan di sebelah pintu masuk rumah itu

"Ah...sa..sakit.." Saffiya merintih sakit setelah perutnya tercucuk pada bucu almari  itu

Ardini yang melihat darah mengalir keluar dengan banyak dari seluar yang dipakai Saffiya itu menjadi semakin panik dan terus berlari keluar meninggalkan Saffiya

Saffiya yang masih sakit mengesot perlahan mendekat meja ruang tamu dan mencapai telefon nya

Dengan tangan yang terketar ketar dia menelefon adiknya yang baru pulang kemarin

Setelah itu dia yang semakin penat melelapkan mata

Milik Aryan Khairiel☑Where stories live. Discover now