Bab 6

17.9K 502 2
                                    

Shafiq memandang rakannya yang sedang termenung jauh di hadapannya kini

"Kau kenapa ni?" Tanya Syafiq

Aryan yang sedang termenung itu terus memandang wajah Syafiq sebelum menggeleng seketika

"Tak ada apa lah saja aje" jawab Aryan dan meneguk hot chocolate di hadapannya itu

"Ye ke tak ada apapa, nampak cam stress je" kata Syafiq

"Kau kenal tak Saffiya Ashiffa CEO The Raff Holding?" Tanya Aryan

"Oh anak Tan sri Raffael tu?" Tanya Syafiq

Aryan menganggukkan kepalanya

"Mestilah kenal, dia tu dah lah cantik berkerjaya pula tu ramai yang cuba try tapi tak dapat, and apa yang aku tahu diorang cakap mata dia unik sebab warna hijau" kata Syafiq

Aryan memang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Syafiq itu Saffiya memiliki mata yang sangat cantik dan paling menggoda

Itu memang dia tidak dapat nafikan kerana mata itu dia juga turut tergoda sama

"Kenapa dengan dia, kau kenal ke?" Tanya Syafiq pelik dengan soalan kawannya itu

"Kenal, sebab dia yang luluskan projek baru syarikat aku" kata Aryan

"Oh...cantik tak dia depan2?"tanya Syafiq

"Biasa aje" jawab Aryan dengan malas, bukan apa dia tidak mahu lelaki ini tahu kecantikkan yang dimiliki Saffiya kerana bagi dia hanya dia yang layak untuk melihat semua itu, entah mengapa walaupun dia tahu Saffiya sudah menjadi milik orang lain

"Jadi apa yang aku dengar tu tak betul lah dah kalau kau yang womanizer ni cakap biasa aje tu"kata Syafiq

"Dah lah, aku nak kena balik office ni ada meeting jap lagi"tipu Aryan dia mahu mengelak dari terus berbual tentang saffiya, niat dia tadi mahu tahu lebih tentang saffiya tapi nampaknya tidak ramai yang kenal dengan Saffiya itu

"Hm..yelah, jangan lupa malam ni tempat biasa member yang lain hari2 tanya kau"kata Syafiq

"Tengok lah kalau aku rajin"kata Aryan dan berjalan keluar dari restoran itu

Ketika sedang sibuk memandang kawasan sekeliling dia dipanggil oleh seseorang

"Encik Aryan kan?" Tanya gadis itu yang tadinya berlari anak mengejar langkah Aryan

Terbuntang mata Aryan panjang sungguh umur  si dia ini baru disebut tiba2 muncul

"Ye, kenapa?"tanya Aryan berpura pura  biasa

"Saja, dah saya nampak awak keluar dari situ saya panggil lah nak tegur, awak ni sombong sangat lah..." bebel Saffiya sambil buat muka comel

Aryan pula sudah pandang pintu restoran tadi takut pula kalau si Syafiq keluar pada waktu itu habis dia nanti mahu berperang dengan perasaannya

"Jom, saya belanja awak minum saya ada banyak benda nak cakap dengan awak" kata Saffiya sambil senyum2

Aryan memandang tangan Saffiya dan dapat lihat jelas batu yang sedang mengerlip ngerlip di jari runcing milik Saffiya

"Tak apa lah saya busy ni Cik Saffiya, lain kali aje lah" kata Aryan dan membuka pintu kereta

"Kenapa sombong sangat awak ni, nak ajak berbual pun sombong" kata Saffiya dan menutup pintu kereta Aryan sebelum lelaki itu sempat masuk ke dalam kereta

"Awak nak apa ni, saya baru aje lepas minum dah kembung perut ni dengan air" kata Aryan

"Tak kembung pun kempis elok aje, mesti awak ada abs kan?" Tanya Saffiya dengan muka gatal dia tayang dan menjeling jeling perut Aryan yang terlindung itu

"Ada ke tak ada ke saya aje yang tahu awak tu dah jadi tunang orang so please behave"pesan Aryan dengan muka serius

"Mana awak tahu saya dah bertunang?" Tanya Saffiya

Aryan termati kata sebentar sebelum memandang gadis itu

"First, awak anak Tan sri Raffael mesti lah ramai yang tahu and second that ring on your fingers" kata Aryan

Saffiya memandang jari nya sendiri sebelum senyum dan memandang semula wajah Aryan

"Its okay my fiancee is not here so dia tak akan tahu saya rapat dengan awak and i'm sure he is an open minded person"kata Saffiya

Aryan yang geram terus masuk ke dalam kereta sebal dengan sikap sambil lewa Saffiya yang tidak tahu akan perasaannya apabila mendapat tahu status wanita itu , dia marah kerana wanita itu telah dimiliki oleh orang lain sedangkan wanita itu cukup cantik dipandangannya dan telah singgah di hatinya kini








Milik Aryan Khairiel☑Where stories live. Discover now