BAB 3

276 5 0
                                    

"WEH, tu ke Ryan? Handsome gila."

Athirah memberi komen jujur sebaik terlihat seorang lelaki yang baru saja memasuki butik pengantin Eda Ali Couture. Tidak berkelip matanya memerhati wajah lelaki tersebut.

"Kau diam boleh tak? Jangan sampai dia dengar pula."

Zarina menjegil biji mata ke arah Athirah. Jelas ketara riak tidak puas hati yang terlakar di wajahnya.

Athirah mencemik. Dia hanya bercakap mengenai fakta saja. Dah memang lelaki itu kacak. Tak salah pun andai dia memuji.

"Assalamualaikum. Maaf lambat sikit. Banyak kerja tadi."

Ryan berbicara sopan. Matanya memandang Zarina dan Athirah silih berganti.

"Waalaikumussalam." Serentak Zarina dan Athirah menjawab salam.

Hari ini merupakan giliran Athirah menemani Zarina ke butik pengantin. Sengaja mereka bergilir-gilir temankan Zarina kerana ingin membuat penilaian terhadap Ryan. Sama ada layak ataupun tidak Ryan bergandingan dengan Zarina.

Selaku sahabat baik, Athirah dan Rosliza ingin memastikan Zarina bahagia. Biarpun insan tersebut bukanlah pilihan hati Zarina. Tapi mereka percaya pada qadak dan qadar Allah.

"Macam mana keadaan ibu awak, Athirah? Dia okey ke? Maksud saya, dia masih bersedih ke atas kehilangan arwah? Mesti arwah baik kan orangnya."

Athirah terdiam buat beberapa ketika. Dia memandang tepat ke wajah Ryan. Lembut tutur Ryan itu membuatkan dia selesa untuk berbicara. Entah mengapa. Walhal dia bukan mudah mesra dengan mana-mana lelaki.

"Still bersedih. Ibu tengok gambar-gambar lama arwah je mesti menangis sebabkan rindukan abang. Ryan..."

"Ya."

"Boleh saya tanya sesuatu?"

Ryan tersenyum tenang. Laju saja kepala mengangguk.

Athirah mengerling Zarina. Cuba melihat riak yang terpamer pada wajah pada Zarina. Namun memek muka sahabatnya itu kosong. Seperti tiada apa-apa perasaan pun.

"Awak nak kahwin dengan Rina ni sebab awak ada agenda ke? Atau awak..."

"Kalau saya tak sayangkan Rina, saya takkan setuju dengan rancangan papa Rina. Awak jangan risau. Sebenarnya saya dah mula sukakan dia. Sejak kali pertama saya nampak dia kat balai polis lagi."

Membulat besar mata Athirah.

"Kejap, saya tak faham. Balai polis?"

Apa kaitan Ryan dan balai polis?

"Ya." Ryan menjawab sepatah.

"Oh, baru saya faham. Awak orang yang selamatkan aunty daripada diragut tu eh? La, tak sangka kecilnya dunia ni."

Tidak dia sangka pengantin pengganti arwah Daniel adalah Ryan, lelaki yang pernah menjadi hero kerana menyelamatkan Puan Zulaikha bakal bergelar suami kepada si sahabat.

Jika menilai daripada pertuturan, Ryan mendapat markah penuh daripada Athirah. Sopan dan sangat mendamaikan hati. Terasa tenang saja dia memandang wajah Ryan.

Zarina menoleh. Tanpa sedar, matanya memandang penampilan Ryan yang serba ringkas. Cukup sekadar T berkolar, dipadankan pula dengan seluar jean hitam. Entah mengapa jantungnya berdebar tak semena-mena.

Athirah memandang Zarina. Pantas dia menepuk bahu kawannya itu.

"Kau berdiri macam patung cendana apa hal? Siap pakej tenung anak teruna orang sampai nak terkeluar biji mata," bisik Athirah di telinga Zarina.

WANITA TERBAHAGIAWhere stories live. Discover now