BAB 10

235 4 0
                                    

GARA-GARA bertikam lidah semalam, Zarina telah melancarkan mogok suara dengannya. Sudah berkali-kali dia cuba memujuk. Namun yang diterimanya hanyalah jelingan maut daripada Zarina. Jadi, setelah solat subuh, dia terus masuk ke ruang dapur.

Biarpun ditegah oleh ibu mentuanya, namun dia tetap hendak memasak sarapan buat keluarga kecilnya ini. Jauh di sudut hati, Ryan berharap agar Zarina sedikit terpujuk dengan masakannya. Hendak kata masakannya sedap sangat, tidaklah juga. Hendak kata tidak sedap pula, elok saja Ehsan menjamah semasa di rumah sewa mereka.

Ryan mencampakkan sayur-sayuran yang telah dipotong ke dalam kuali yang berisi mi goreng itu. Setelah semua rasa sebati, dia menutup api dapur. Mi goreng tersebut dicedok lantas diletakkan ke dalam mangkuk kaca yang bermotifkan corak bunga lavender.

Ryan mencapai dulang. Mangkuk berisi mi goreng itu diletakkan di atas dulang. Sebiji cawan diambil. Peti sejuk dibuka. Lantas air susu kotak itu dituangkan ke dalam gelas. Setelah itu, susu kotak tersebut disimpan semula di dalam peti. Pintu peti sejuk ditutup.

Bersama sebuah harapan, dia mengatur langkah ke kamar tidur mereka. Ryan menolak daun pintu dengan berhati-hati. Wajah Zarina yang sedang pulas tidur itu kelihatan seksi pada matanya. Dia tersenyum kecil. Comel tapi garang, desis Ryan dalam hati.

Segera dia meletakkan dulang di atas lantai. Lalu dia duduk bersila sambil memerhati wajah Zarina. Tanpa sedar, tangannya membelai lembut rambut Zarina.

Zarina mencelikkan mata sedikit.

"Awak buat ni ha?" marah Zarina tatkala mata menyapa figura Ryan yang duduk tidak jauh daripadanya.

Segera dia menarik comforter menutupi tubuhnya yang sedikit terdedah.

Ryan membetulkan duduk.

"Maaf, abang buat sayang terkejut. Selamat pagi sayang."

Zarina menaikkan bebola mata ke atas. Kemarahannya terhadap Ryan masih bersisa. Semalam dia tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan gerangan perempuan yang menghubungi Ryan. Selagi dia tidak mendapat jawapan, selagi itu hatinya tidak tenang.

Dia sendiri tidak mengerti mengapa perlu dia memberatkan kepala memikirkan hal tersebut. Walhal bukannya dia ada apa-apa perasaan pun terhadap Ryan.

"Awak nak apa ni? Pagi-pagi dah sibuk kacau saya. Tak ada kerja lain eh?"

Ryan tersenyum. Entah mengapa dia terasa lucu mendengar mulut itu menceceh.

"Abang bawakan sayang sarapan ni. Makanlah. Sedap ni. Rugi tahu kalau tak makan."

Zarina menelan liur melihat mi goreng yang masih berasap itu. Ermm, nampak sedap aje. Perut Zarina tiba-tiba terasa lapar setelah bau mi goreng itu menerobos lubang hidung.

"Ermm, siapa yang masak? Mama ke?" soal Zarina acuh tak acuh.

Pantas Ryan menggeleng kepala.

"Abang yang masak. Khas buat isteri abang yang tercinta," tutur Ryan lembut.

Senyumannya masih tersungging di bibir.

Membulat besar mata Zarina mendengar tutur bicara Ryan.

"Awak yang masak? Huh! Lagi la saya tak nak makan. Sikit pun saya tak hadap masakan awak tu. Entah-entah awak ada letak ubat guna-guna dalam makanan saya. Ataupun awak masak dengan cara tak senonoh supaya saya tunduk pada awak," tukas Zarina seraya menentang sepasang mata Ryan.

"Abang takkan buat macam tu, sayang. Abang masih waras. Abang tak mahu memiliki sayang dengan cara macam tu. Kalaupun sayang tak sukakan abang, tak perlulah sampai nak fikir abang ni sekeji tu."

WANITA TERBAHAGIAWhere stories live. Discover now