BAB 12

391 10 0
                                    

BERKERUT-KERUT kening Ryan saat mendengar berita yang disampaikan sahabat merangkap pembantu peribadinya itu. Pelipis dipicit perlahan. Kepalanya tiba-tiba terasa sakit. Adui!

"Dah tu, kau jawab apa? Apa lagi yang dia nak, ha? Aku serius tak faham dengan dia tu. Huh!"

"Entahlah. Malas aku layan perempuan gila macam tu. Padahal baru semalam aku nampak dia keluar dengan seorang lelaki. Nampak macam orang kaya aje. Pakai kereta mewah. Cuma nampak macam tua sikit la. Entah apa lagi yang tak cukup sampai nak terhegeh-hegeh cari kau semula," kutuk Ehsan selamba.

Dia sememangnya anti dengan bekas kekasih Ryan itu. Semenjak hari pertama Ryan bercinta dengan perempuan itu, hatinya tidak berkenan. Baginya, perempuan tersebut tidak layak untuk mana-mana lelaki.

"Bro, Rina patut tahu soal ni. Dia isteri kau. Dia berhak tahu semua tentang kau termasuklah..."

"Woi, samdol. Aku tahulah. Cuma, sekarang ni bukan masa yang sesuai. Nanti dia akan tahu juga semua tentang aku. Tapi buat masa sekarang, biarlah dulu. Rina pun baru nampak macam nak terima aku."

Ryan pantas mencaras sebelum Ehsan menghabiskan kata-katanya.

Ehsan berdecit geram. Andai saja Ryan ada di hadapannya, sudah pasti dilukunya kepala Ryan.

"Suka hati kaulah. Aku cuma nasihat saja. Jangan nanti ada masalah kemudian hari. Ha, masa tu kau mengadu dekat aku, aku humban kau dalam laut. Faham tak badigol?"

Ryan tertawa kecil.

Ehsan merupakan sahabat yang baik. Sangat mengambil berat akan dirinya. Sementelah pula mereka kenal dari zaman belajar lagi. Belajar sama-sama. Duduk menyewa sama-sama. Dan sekarang, kerja pun satu tempat.

"Woi, Ryan. Kau berapa lama nak cuti ni? Aku ni dah sumbat kepala, tahu tak? Banyak oder ni tau. Baru ni, ada customer cancel order last minute. Angin satu badan aku ni weh."

Ehsan terus mengadu kepada Ryan. Sungguh dia tertekan dengan macam-macam kerenah pelanggan. Ditambah pula dengan tiada pembantu.

Biasanya dia akan berbincang dengan Ryan untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Namun, setelah Ryan mengambil cuti sempena perkahwinannya, terpaksa dia hadap kerenah pelanggan seorang diri.

"Sehari dua lagi aku masuk kerja. Nanti aku nak cari satu bangunan untuk sewa. Rina nak buka kedai buku."

"Oh, baguslah. Kejap, Ryan. Nanti aku call kau semula."

Ryan menamatkan panggilan setelah menjawab salam. Dia tidak habis fikir. Entah apa lagilah yang perempuan itu mahukan daripadanya. Sedangkan mereka sudah lama berpisah. Haih! Serabut.

"Ryan, awak okey?"

Bubar lamunan Ryan saat mendengar sapaan Zarina. Segera dia mengukir senyuman manis. Bayangan wajah insan yang pernah membahagiakannya suatu ketika dahulu dinyah pergi daripada ingatan.

"Dah lama ke sayang perhatikan abang?"

"Ish! Sehari kalau awak tak perasan, tak boleh ke? Saya cuma lalu aje dekat sini. Saya baru lepas tengok TV kat atas ni ha. So, nak turun bawah la. Saya tengok pintu bilik terbuka. Tu yang saya masuk. Ingatkan tak ada orang. Rupa-rupanya awak tengah termenung. Kenapa? Rindukan Puteri Elsa awak tu ke?"

Ryan ketawa mengekek. Sempat lagi Zarina memerlinya.

"Eh! Mana sayang tahu ni? Memang abang tengah rindukan Puteri Elsa separuh mati ni. Entah apa khabar dia. Agak-agak, dia rindukan abang tak?" sakat Ryan lantas menyembunyikan senyuman.

Sumpah, riak wajah Zarina saat ini begitu mencuit hatinya. Comel!

Zarina mencemik. Dia menjeling Ryan. Apa yang cantik sangat Puteri Elsa tu? Kartun saja pun. Eii, sakitkan hati sajalah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 04, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

WANITA TERBAHAGIAWhere stories live. Discover now