BAB 6

242 7 0
                                    

RYAN tidak lagi menumpukan perhatian kepada sahabatnya, Ehsan. Lehernya dipanjangkan saat melihat gerangan insan yang sedang berbual bersama Zarina.

Dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah insan itu kerana dia berdiri membelakanginya. Seperti mengetahui dirinya sedang diperhatikan, insan tersebut menoleh tepat ke arah Ryan. Siap dengan pakej senyum menggoda lagi.

Dahi Ryan berkerut seribu memikirkan motif perempuan tersebut hadir ke majlis perkahwinannya. Hatinya penasaran mahu mengetahui isi perbualan Zarina dan perempuan tersebut.

"Woi, aku tahulah kau baru nikah. Tapi, agak-agaklah nak pandang bini kau sampai terbeliak biji mata tu. Hormat sikit aku yang masih bujang terang tang-tang ni," usik Ehsan.

Namun, saat matanya mengikut arah mata Ryan, dia terkedu. Sekilas pandangannya bertembung dengan Ryan.

"Apa dia buat dekat sini? Kau ada jemput dia ke?" tanya Ehsan dengan nada perlahan.

Tak faham benar dia mengapa perempuan itu boleh berada di majlis penyatuan dua hati Ryan dan Zarina. Sahabat Zarinakah?

"Kau gila aku nak jemput dia! Memang taklah. Cari maut namanya. Lagipun, dah lama aku tak jumpa dia. Ish! Aku tak sedap hatilah San," luah Ryan. Matanya tidak lepas memandang figura perempuan yang sudah melangkah keluar dari rumah.

Tanpa sebarang kata, dia mengejar langkah wanita tersebut. Melilau matanya ke kiri dan kanan menjejaki kelibat perempuan tersebut.

Hatinya sudah berdebar lain macam. Benarkah perempuan itu? Tapi, macam mana dia tahu tentang majlis perkahwinannya ini?

Dia meneruskan misi pencariannya. Seluruh pelosok rumah dicari. Tercungap-cungap nafasnya setelah beberapa ketika. Kelibat insan yang dicarinya tetap tidak ditemui.

"You cari I ke sayang?"

Ryan menoleh saat mendengar suara itu. Walaupun sudah beberapa tahun tidak bersua muka, namun suara itu masih terakam kemas di mindanya.

"Apa you buat kat sini?"

"Relaks, sayang. I tak buat apa-apa pun. You ni cuak sangat la," ujar perempuan itu lantas mampir ke arah Ryan.

Ryan berundur setapak ke belakang.

"Hei! You dengar sini. Jangan sesekali muncul lagi depan I. Dan you jangan sesekali buat sesuatu kepada Rina."

"Wau, takutnya I. You langsung tak berubah. Kalau sekali sayangkan seseorang, sampai mati you sayang kan? Sanggup nak protect insan yang you sayang. Well, I tak janji, sayang. Sebab you kenal I kan? I jenis yang suka mungkir janji."

"Damn it!" hamun Ryan.

Namun, kata-katanya hanya disambut dengan tawa perempuan itu. Sedikit pun tidak menghadirkan getar di hati perempuan di hadapannya.

"You kalau marah-marah macam ni lagi kacak. I like!"

Ryan mengetap gigi. Serius dia rasa nak tampar wajah perempuan itu. Langsung tiada perasaan malu. Jelas-jelas menunjukkan sikap hendak menggodanya. Silap oranglah.

"You jangan berani usik Rina. Or else..."

"Or else what? You nak ugut I? Sorry dear, I tak takut. Okeylah, I balik dulu. Sampai jumpa nanti ya sayang."

"Jangan berani muncul lagi depan I atau I laporkan pada polis."

Perempuan itu terus berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi.

Ryan berdecit geram. Langkah kaki diatur memasuki rumah. Lantas dia memanjat anak tangga untuk ke kamar tidur.


WANITA TERBAHAGIAWhere stories live. Discover now