Chapter thirty three
+ annoying neighbour +
||Lamar||
" Mijung ! ADUH CEPATLAH ! NAK SINGGAH TAMAN PERUMAHAN SEBELAH AMBIL SI KUDA DUA EKOR TU LAGI ! "
" iya ! Sabar ! "
Mijung menggigit hujung jari , matanya memandang dua jenis baju yang diletak elok di atas permukaan katil . Dia buntu mana nak bawa ke Taean-gu !
" Sayang , kenapa tak siap lagi ? Lama Mark tunggu . " Wonwoo menjelma di belakang si gadis memerhati tubuhnya yang kaku , memandang ke permukaan katil .
" Tolong aku pilih satu . Cepat ! " Pergelangan tangan Wonwoo ditarik , si bidadara menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal . Pelik .
Dua-dua baju tu warna yang sama , hitam . Bezanya cuma satu tu takda lengan satu lagi lengan panjang .
Wajah Mijung dipandang .
" Kenapa tak bawa dua-dua je ? Perempuan memang cerewet eh ? "
" kauㅡ "
Belum sempat Mijung nak membuka mulut membebel kepadanya , laju si bidadara merespon .
" t-tak ! I mean , kau pakai apa pun cantik . Kenapa nak pening-pening pilih baju ? Bawa je dua-dua , mana tahu kau perlukan baju ganti lebih ? " Wonwoo mengasingkan pakaian Mijung dari hanger lantas melipat kemas pakaian itu dan disumbat masuk ke dalam beg dalam kadar segera .
+
" Lambat siot ! " Hoseok meletakkan bagasinya dan Seokmin ke dalam kereta Mark .
Rakan sekelas lain sudah tetapkan untuk tumpang kenderaan siapa . Maklumlah pelajar Pledis Highschool kebanyakkan mereka orang berada tetapi memilih untuk ke sekolah biasa daripada private school .
" Aish .. aku patut drive vellfire saja tadi . Tak muat ke ? " Mark menggaru belakang kepala , bingung bagaimana hendak menyumbat rakan-rakannya ke dalam kereta miliknya .
" Jungkook , kau duduk depan . Seok , Min , korang berdua duduk kat belakang . Em .. Jung kau duduk atas riba Wonwoo . " Mijung menjegilkan mata ke arah Mark .
Wah wah ! Kawan dia yang seorang ni makin dibiar makin mereng !
Mark tersenyum senget , pintu bahagian pemandu dibuka sebelum di masuk ke dalam kereta .
YOU ARE READING
Annoying Neighbour p1+p2 | JWW [ C ]
Fantasy𝕬𝖓𝖓𝖔𝖞𝖎𝖓𝖌 𝕹𝖊𝖎𝖌𝖍𝖇𝖔𝖚𝖗 ; ʜɪꜱᴛᴏʀʏ ᴏꜰ ᴛʜᴇ ʟᴏɴᴇʟʏ ᴀɴɢᴇʟ SIRI - II '𝓑𝓸𝔂𝓯𝓻𝓲𝓮𝓷𝓭 𝓛𝓲𝓶𝓲𝓽𝓮𝓭 𝓔𝓭𝓲𝓽𝓲𝓸𝓷' Sila baca SIRI - I untuk faham jalan cerita ya ? Jika sebelum ini jalan cerita mereka penuh manis potong kaki , di sini t...