Chapter twelve
+ Annoying neighbour +
|| Masalah teknikal ||
" Juliet !!! Ya Tuhan adik aku dah balik WUHUU ! "
Mijung yang serang mengeluarkan bagasinya dari kereta Mark , menoleh . Wajahnya dicemberutkan . Terjerit-jerit tahulah rindu !
" Apa kau ni ? Tak pergi kerja ke ? " Tubuh Baekhyun yang baru saja mahu menyerangnya dengan dakapan ditolak jauh membuatkan lelaki itu mencebik .
" Aish kenapa monyok-monyok ni kesayangan abang ? " Pipi montel adiknya dicuit nakal . Langsung dijeling Mijung , gadis itu menarik bagasinya masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan si abang .
Baekhyun terkedu . Adik dia tak pernah-pernah sedingin ini dengannya ! Apa ni !
Mata lelaki itu menjeling ke arah kembar Jeon yang baru saja keluar dari perut kereta .
" oi ! Kenapa dengan adik aku tu ? Apa jadi dekat kem ? " Soalan Baekhyun mendapat gelengan daripada mereka berdua .
Serentak itu mereka juga berlalu pergi masuk ke dalam rumah sendiri meninggalkan Baekhyun terpinga-pinga di situ .
Apakah hari ini hari palau Baekhyun sedunia !?
×+×
Kring kring !Mijung lansung menoleh memandang ke arah loceng yang diikat pada benang di telefon cawan plastik Wonwoo beri padanya sebelum ini .
Ah sudah apa yang lelaki tu nak ?
Kring !
Gadis itu mendengus kasar . Tingkap dibuka luas . Terpacul wajah Wonwoo dari tingkap biliknya . Lelaki itu melambai perlahan ke arahnya sambil tersenyum .
" Apa kau nak ? " Soalnya mendatar .
" Nak nombor telefon kau . Hehe " Pinta Wonwoo tanpa rasa segan silu . Mijung berpeluk tubuh . Belakang badannya disandar pada dinding dengan sebelah keningnya terjongket ke atas .
" Kalau aku taknak ? Kau boleh je dm aku dekat instagram macam yang lain , alasan . " Ujar Mijung cuba mengelak . Serapat mana pun dia dengan bangtan dan sebongs yang semuanya kebanyakan lelaki di kelas itu , seorang pun takda yang pegang nombor telefonnya kecuali Mark .
Yang lain semua cuma ada username instagram dia saja .
" Alah , diorang lain . Aku lain . Diorang classmates , aku jodoh kau . ACIAㅡ "
YOU ARE READING
Annoying Neighbour p1+p2 | JWW [ C ]
Fantasía𝕬𝖓𝖓𝖔𝖞𝖎𝖓𝖌 𝕹𝖊𝖎𝖌𝖍𝖇𝖔𝖚𝖗 ; ʜɪꜱᴛᴏʀʏ ᴏꜰ ᴛʜᴇ ʟᴏɴᴇʟʏ ᴀɴɢᴇʟ SIRI - II '𝓑𝓸𝔂𝓯𝓻𝓲𝓮𝓷𝓭 𝓛𝓲𝓶𝓲𝓽𝓮𝓭 𝓔𝓭𝓲𝓽𝓲𝓸𝓷' Sila baca SIRI - I untuk faham jalan cerita ya ? Jika sebelum ini jalan cerita mereka penuh manis potong kaki , di sini t...