|𝐇𝐄'𝐒 𝐁𝐀𝐂𝐊 𝐁𝐔𝐓 𝐍𝐎𝐓 𝐀𝐋𝐎𝐍𝐄
|
" Macam mana ? "
" Clear , dia dah tak sedarkan diri . Cepat ke hotel . "
Kepala Byun Mijung dibaringkan di atas paha seorang dari mereka . Lelaki yang duduk di bahagian pemandu mula menukar gear , pedal minyak ditekan namun kereta mereka langsung tidak berganjak .
tak tak !
Tingkap kereta diketuk sepasang tangan dari luar mengalih perhatian mereka serentak .
Saat tingkap kereta diturunkan perlahan , wajah gerangan yang berada di luar langsung membuatkan lelaki yang berada di bahagian pemandu itu terkelu lidah .
" Annyeong ~ " Dia melambai dengan senyuman di bibir namun senyuman menggoda miliknya itu langsung mati saat melihat tangan lelaki yang memangku Mijung itu mula merayap di paha si gadis .
++
+
Skip
Setelah setengah jam mencari mutiara milik Mijung yang hilang di dalam ballroom , Mark akhirnya mengalah . Mana mungkin dia tak boleh jumpa benda yang petik jari saja dia boleh dapat .
Maksudnya mutiara itu memang sudah sepenuhnya lenyap . Tapi kenapa ?
" Wonwoo dah selesaikan misi dia ke apa ? Kalau ya , maksudnya sekarang dia bukan lagi bidadara , hanya manusia biasa . Logik juga kalau mutiara tu lenyap sekali dengam hidup abadi dia . Kalau dia dah balik kenapa tak jumpa Mijung terus ? HAIH LAKI BINI NI MEMANG AYㅡ "
Sibuk membebel sambil memandu keluar dari perkarangan rumah Byun , dia berhenti setengah jalan . Mijung yang sepatutnya menunggunya di depan pagar langsung tak nampak bayangnya .
Tidak menunggu lama , telefon dikeluarkan dari poket seluar . Nombor gadis itu didail .
‘‘ Nombor yang anda dailㅡ ’’
Mark berdecit geram . Pintu kereta dibuka langsung berjalan mencari keberadaan Mijung yang dia percaya masih berada di sekitar kawasan ini .
" Byun Mijung ! Julietttt ! " Kakinya menguis tanah sambil cuba mendail nombor Mijung berkali-kali .
Drrt drrt !
Nombor yang tidak dikenali menelefon pada masa yang sama dia cuba mendail nombor Mijung lagi .
" Haish jinjja !ㅡ YEOBOSEYO !? WAE !? NUGUSEYO !? "
YOU ARE READING
Annoying Neighbour p1+p2 | JWW [ C ]
Fantasía𝕬𝖓𝖓𝖔𝖞𝖎𝖓𝖌 𝕹𝖊𝖎𝖌𝖍𝖇𝖔𝖚𝖗 ; ʜɪꜱᴛᴏʀʏ ᴏꜰ ᴛʜᴇ ʟᴏɴᴇʟʏ ᴀɴɢᴇʟ SIRI - II '𝓑𝓸𝔂𝓯𝓻𝓲𝓮𝓷𝓭 𝓛𝓲𝓶𝓲𝓽𝓮𝓭 𝓔𝓭𝓲𝓽𝓲𝓸𝓷' Sila baca SIRI - I untuk faham jalan cerita ya ? Jika sebelum ini jalan cerita mereka penuh manis potong kaki , di sini t...