𝐅𝐚𝐥𝐥𝐢𝐧' 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 ˢᵉᵛᵉⁿ

387 44 47
                                    

|𝐃𝐄𝐆𝐈𝐋|












Mijung keluar dari kereta , berdiri menghadap rumah baru dia dan Jeon Wonwoo . Belum sampai 2 bulan di Korea , dia kahwin . Pindah rumah baru . Kena ancam anak setanㅡ entah apa lagi yang bakal datang dia tak sanggup nak bayang .

" Oi Juliet , " Baekhyun menjengah keluar kepala dari tingkap kereta . Memandang adiknya yang masih lagi bergaun pengantin .

" Kitorang dah nak balik , kau rehatlahㅡ eh itupun kalau kau berehat HAHAHA BYE ! " Nampak saja raut wajah Mijung yang menunjukkan tanda-tanda dia bakal arwah di situ , cepat-cepat Baekhyun menutup kembali tingkap kereta .

Sebaik saja kereta Baekhyun meninggalkan kawasan perumahan ini , Wonwoo meraih pergelangan tangan Mijung membawa gadis itu masuk ke dalam perkarangan rumah mereka .

" Tu bilik kau , ni bilik aku . " Mijung mengangguk , bibirnya tersenyum kecil . Wonwoo seakan-akan tahu dia tidak selesa mahu berkongsi bilik .

" Mijung , aku nak tanya . " Pintu bilik Mijung ditahan menggunakan sebelah kaki , memandang wajah isterinya .

" Waktu kau kat London , kau dah tak nampak makhluk-makhluk hodoh tu lagi ? " Mijung menggeleng , seingatnya , dia berkurung selama seminggu di dalam bilik . Langsung tidak keluar . Bila Mark pujuk dia keluar , takda pula dia nampak makhluk-makhluk hodoh lagi .

" Rehatlah . Esok bangun awal sikit ya , sayang ? " Dahi gadis ini dikucupnya sekilas sebelum dia berlalu masuk ke dalam biliknya yang bertentangan dengan bilik Mijung .

Bam !

" Mijung .. hik ! " Mijung mengurut dadanya , tersedu pula dahㅡ

Dah kenapa dengan dia ni ? Sejak beberapa hari ni sensitif betul kena sentuh walau seinci oleh Jeon Wonwoo .




+ 🌻 +



Pang !

Byul mencapai hand sanitizer ,  dipicit sedikit ke atas telapak tangannya yang baru saja menghadiahkan tamparan hebat ke wajah Lee Jongsuk .

Mata si puteri bongsu Hades menjeling tajam wajah Jongsuk .

" Aku rasa adik kau dah terlalu lama koma di hospital sana . Lebih 10 tahun , sepatutnya perlu dibiar mati . " Ujarnya tanpa emosi di wajah .

" M-Miss Melinoe ! Jangan apa-apakan adik aku . " Rayuan Jongsuk kedengaran jijik pada Byul .

" Aku suruh kau bunuh dia paling tidak pun cederakan dia . Itu pun susah ? Sekarang dia dah selamat sampai ke rumah dengan Wonwoo ! "

Pang !

Sekali lagi tamparan kuat melayang ke pipi Jongsuk .

Baginya alasan Jongsuk sangat tidak masuk akal , macam mana kereta yang sudah disabotaj boleh sampai dengan selamat ke gereja ?

" Buat kerja baik-baik kalau tidak , adik kau , aku sendiri yang heret roh dia ke dunia aku . Faham ? "

+

+

+

" Mijung ? " Wonwoo berdiri di hadapan pintu bilik Mijung . Tali apron dibuka ikatannya , isteri dia yang satu ni pun satu . Sudah dipesan bangun awal , tak juga bangun . Ji dah nak tengah hari masih lagi belum keluar dari bilikㅡ

Annoying Neighbour p1+p2 | JWW [ C ]Where stories live. Discover now