𝐅𝐚𝐥𝐥𝐢𝐧' 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫ᵗʰⁱʳᵗʸ⁻ᵗʰʳᵉᵉ

168 29 2
                                    

|ᴡʜᴀᴛ'ꜱ ᴜᴘ|



















" Pa .. " Yibo termati kata , dia langsung menunduk mengelak dari bertembung pandangan dengan ayahnya . 

" Son , let's talk . "  Dengan langkah yang tenang , lelaki yang berumur 40-an itu melangkah masuk ke dalam kediaman anak tunggalnya diikuti beberapa pengikutnya yang berpakaian serba hitam .

Yibo berdiri sedikit jauh dari kedudukan sang ayah , jarinya bermain dengan hujung bajunya . Menunduk . 

Sang yakuza ini datang jauh dari Jepun ke Korea Selatan semata-mata  ingin berbincang secara bersemuka dengan anak tunggalnya . Rindu ? Tidak , menunjuk sebarang emosi seperti itu sangat ditentang dalam etika keluarga Wang .

Dia datang ke sini , kerana tahu akan situasi sang anak lelakinya yang boleh mencalarkan nama megah keluarga Wang .

Kejarkan wanita yang sudah bersuami ? Memalukan ! 

" Come over here , "  Arahnya lalu meyilangkan sebelah kakinya ke atas paha . 

Tidak membantah , Yibo bingkas menghampiri Tuan Wang . " Melutut , bagitahu aku apa salah kau kali ni . Wang Yibo . " Ujarnya tegas . 

" Apa s-salah Yibo kali ni Pa ? Yibo dah uruskan kontrak antara keluarga Wang dan Aizawaㅡ "

" Bodoh ! Aku tak tanya kau pasal bisnes ! Kau ingat aku tak tahu ? Your mom told me about that girl Wang Yibo . Itu sebab kenapa kau beria nak balik ke Korea , huh ? Mana kau letak maruah kau ? Memalukan nama keluarga saja ada anak macam kau ! " Jerkahnya membuatkan bahu Yibo terhinjut .

Tuan Wang bangkit , kakinya yang masih bersarung kasut memijak kepala anaknya yang melutut di hadapannya . Hujung tumitnya ditekan kuat pada dahi Yibo membuatkan anaknya mendongak memandangnya .

" Ikut aku ke Jepun or go back to Wang mansion in China . Pilih , "








+ 🌙 +










Bibir Byun Mijung bergetar , mesej yang sungguh ringkas namun bermakna . Bunga dan kad ini sudah cukup mengkhabarkan kepulangan sang bidadaranya , Jeon Wonwoo .

Tidak menunggu lama , Mijung bergegas keluar dari pejabatnya . Meja kerani Kim diketuk , menggesa keraninya menghubungi sekuriti di tingkat bawah .

Dia kena kejar Jeon Wonwoo . 

Tinggalkan mesej saja , tapi tidak langsung bersemuka terus dengannya .

Memang cari nahas betul suami dia ni !

" Kerani Kim , b-bagitahu sekuriti kat bawah untuk tutup pintu masuk ke bangunan . Jangan bagi sesiapa masuk atau keluar daripada bangunan ni sekarang ! " Mendengarkan arahan mengejut darpada Byun Mijung , kerani Kim langsung menelefon unit sekuriti bahagian lobi .

Kasut dicabut , Mijung berlari menuju ke lif namun sayang orang lain sudah masuk ke dalam lif itu terlebih dulu . 

Mahu atau tidak , gunakan tangga saja pilihan yang ada .

Tak Tak Tak !

Pantas kaki Mijung menuruni anak tangga satu persatu . Dia berhenti seketika mengambil udara , nafas ditarik dalam . Matanya memandang ke arah tanda yang dilekat di samping pintu . 'Floor 35' terpampang jelas di situ hampir buat Byun Mijung putus asa . 

Annoying Neighbour p1+p2 | JWW [ C ]Where stories live. Discover now