PEMANDANGAN di Pulau Nami ini membuat jiwa raga Aisyatul tenang. Dengan adanya pokok-pokok bunga sakura yang merimbun di sepanjang jalan ini membuat dia rasa semangat untuk mengayuh basikal yang di sewa tadi. Kayuhan dikayuh laju sambil matanya memandang ke kiri melihat panorama Pulau Nami. Di sinilah jugalah penggambaran drama terkenal iaitu 'Winter Sonata'."Kan best kalau dia orang berlima ada sekali.... Kesian aku sorang-sorang kat sini. Dah lah Daddy dengan Mummy honeymoon dia orang berdua je. Susah betul lah jadi anak tunggal ni! Kenapalah Mummy tak beranak banyak sikit?! Haih..." ujar Aisyatul dengan nada mengeluh. Semakin lama kayuhannya makin perlahan.
Tiba-tiba Aisyatul dapat merasakan basikal yang dibawanya tidak dapat dikawal selamat olehnya. Akhirnya basikalnya yang dibawanya sudah 'selamat' menyembah bumi.
"Adui!!!" Aisyatul terjerit kecil bila kakinya tersempit dengan basikal dibawanya. Natijah bawa basikal sambil mengumpat Mummy tadi. Tengok Allah balas sekejap aje.
"Joesong hamnida" Telinganya terdengar seseorang mengungkap maaf dalam bahasa korea. Bukan mianhae ke? Haishh, tu bahasa formal lah! Baru belajar kat YouTube takkan dah lupa? Leter Aisyatul pada diri sendiri.
"It's okay.. I'm fine, kamsahamnida.." balas Aisyatul tanpa memandang si peminta maaf tu. Dengan bantuan orang itu dia dapat bangun semula. Basikal yang masih berada di bawah turut didirikan kembali.
"Are you okay, miss?" Soal orang itu.
Aisyatul menggeleng perlahan. Tak lama kemudian matanya bertemu dengan mata orang itu."Kau lagi!" Kata mereka berdua serentak.
"Apa kau buat kat sini!" Serentak lagi mereka berkata.
"Haish." Aisyatul mengetuk kepalanya. Dari tadi cakap serentak je.
"Kau buat apa kat sini?" Tanya Affan Daniyal sambil memegang basikalnya. Tak sangka pula dia bertemu minah garang dan berlagak ni.
"Aku tengah berenang... tak nampak ke ni?" b1alas Aisyatul sinis. Karang aku cakap bodoh nanti, tak fasal-fasal jadi perang dunia ketiga nanti.
"Tak lawak lah..."
"Hisyhhh kau ni, aku datang sini bercuti lah... Takkan aku berperang kut? Kau pula buat apa kat sini? Kau stalk aku ke?"
"Tak ada kerja aku nak stalk kau! Aku datang sini sebab ada confrence. Dah lah, ada jodoh kita jumpa lagi..Aku nak hantar basikal sewa ni," jawab Affan. Dia sudah bersiap sedia untuk menunggang basikal itu.
"Weh, tunggu lah kejap!" Jerit Aisyatul bila Affan sudah jauh meninggalnya. Terkocoh-kocoh dia menunggang basikal itu.
"Lambat tinggal... bye!" Jerit Affan lalu laju mengayuh basikal tersebut.
Aisyatul pula rasa ingin menangis. Sudah lah dia keseorangan. Ingatkan ada teman boleh lah bagi dia semangat untuk bercuti... Rupanya tak! Alah, lagipun tu kan musuh ketat dia.
"Ya Allah... lembab pulak kau kayuh basikal ni.. Macam tak makan seumur hidup."
Aisyatul memandang ke arah suara itu. Kelihatan Affan datang menghampirinya.
"Bukan kau dah pergi ke tadi?" Kata Aisyatul pelik. Kayuhannya terhenti seketika.
"Aku patah balik.. Kesian pulak aku tengok kau ni. Jom lah kita ronda-ronda satu round lagi."
Tanpa balasan terus Aisyatul mengayuh basikal dengan laju meninggalkan Affan.
"Lambat tinggal..." Aisyatul mengulangi kata-kata Affan tadi. Suaranya dibuat-buat garau untuk mengejek lelaki itu balik.
YOU ARE READING
My Adore, Dr. Annoying
RomanceHazwini Raihana, seorang gadis ceria pada setiap masa. Suka menyakat lima orang sahabatnya yang sentiasa berada di kala susah dan senang. Tetapi, disebalik perwatakannya yang ceria dan riang itu, dia telah mengharungi kisah silam yang sangat tragis...