Kertas yang sudah bertaip lengkap mengandungi jadual waktu kuliah dipandang dengan perasaan yang bercampur baur. Rasa ingin marah, hampa, kecewa semua bercampur aduk.
Mana tidaknya, awal-awal semester dah kena hadap subjek algoritma. Haih. Mujur sahaja pembaris panjang tahun lepas masih elok digunakan lagi. Kalau tak, kena beli yang baru. Sudahlah dia ni kedekut orangnya.
Tahun ini merupakan tahun ketiga semester bagi Hazwini dan tahun ini juga dia perlu fokus untuk mencapai target yang akan dibawa ke tahun hadapan. Dimana tahun dia akan berakhir sebagai mahasiswi dan akan mendapat ijazah kepujian. Lagi-lagi bidang yang diambilnya itu susah. Tidak tahulah dengan orang lain. Mungkin ada yang mudah ataupun sukar.
Sukar...
Sukarlah dia dengan subjek yang akan bermula dalam beberapa minit lagi.
Ceh. Lari topik ni!
Tersengih Hazwini melayan kata hatinya.
"Oi, Boleh pula kau tersengih? Nasib baik time drive kau tak tersengih macam ni! Tersengih berangan nak kahwin dengan anak raja ke?"
Hazwini menjeling tajam ke arah Liana.
"Sengih itu indah."
"Sengih nampak braces kau tu ada lah!" Balas Liana seraya memeluk erat sebuah fail ungu.
Hazwini tergelak. Memang dia memakai pendakap gigi pada tahun lepas. Angkara stres gigi arnabnya yang jongang sedikit lalu dia membuat keputusan untuk memakai. Terpaksa dirinya menahan 'seksa' apabila memasang pendakap pada giginya. Seandainya dia tidak memakai ramai yang menganggap dia seekor arnab tapi bukan seorang manusia kerana giginya.
Suasana kembali senyap apabila Hazwini dan Liana menumpu perhatian kepada telefon pintar.
Kelas pertamanya akan bermula dua puluh minit lagi. Liana pula menumpang dengannya. Kereta punya mewah malas pula nak bawa. Dengan alasan, pergi sekali jimat masa.
Jimat masa ke, jimat duit minyak?
Kekadang tak boleh percaya dengan minah sorang ni. Nak katanya dia kedekut, dia pun sama je.
Proton Iriz berwarna merah yang di hadiah oleh ibunya menjadi mangsa keadaan. Sebenarnya bukan Liana sorang sahaja yang menumpangnya, tetapi Nini dan Syasya turut juga menumpangnya. Sekarang ini Nini dan Syasya tiada dengan bersama mereka di taman mini ini kerana, perlu menghadirkan diri ke pejabat dekan atas urusan tertentu sebelum jam menginjak pukul 9.00 pagi.
"Jomlah masuk dewan dulu. Memanglah awal, tapi aku nak tidur sekejap sementara lect datang."
"Yelah... first class kan. Nanti ber second- second class jangan kau buat pula," saja Liana berpesan. Kadang kala tidak dijangkanya Hazwini akan juga tidur dalam kelas seperti semester sebelum ini. Tetapi alhamdulillah, sahabatnya itu mencapai point GGPA yang tinggi darinya. Siapa sangka budak kuat tidur dalam kelas boleh berjaya? Huhu.
Hazwini hanya mengeyakan. Memang sebelum keluar dari bilik penginapan, dia sudah berasa amat mengantuk. Natijah main game sampai larut pagi.
Kemudian dia bersama Liana melangkah menuju ke dewah kuliah A.
****
"BELUM start class lagi dah pengsan kawan kau tu." Satu suara mengejutkan Liana yang fokus membaca buku subjek Algoritma. Dia memandang empu punya si suara dengan tiada riak.
"Biarlah dia. Macam kau tak biasa," balasnya. Sempat dia menjeling ke arah Hazwini yang sedang nyenyak tidur disebelahnya. Kemudian dia kembali menumpukan pembacaannya.
YOU ARE READING
My Adore, Dr. Annoying
RomanceHazwini Raihana, seorang gadis ceria pada setiap masa. Suka menyakat lima orang sahabatnya yang sentiasa berada di kala susah dan senang. Tetapi, disebalik perwatakannya yang ceria dan riang itu, dia telah mengharungi kisah silam yang sangat tragis...