Bab 31🤍

1.6K 100 6
                                    

Suria KLCC, Kuala Lumpur.

Adriana mencebik bibirnya. Dia memandang wajah kakak sulungnya dengan muka tidak puas hati.

"Please......!" Rayu Afrina kepada Adriana.

"Ya lah! Cepat sikit... Kita penat-penat datang kat sini nak cuci mata tapi akak sibuk je nak cuci mata dalam tandas. Erghhh!" Bebel Adriana lalu melangkah keluar dari tandas awam perempuan.

"Jangan selfie dalam tandas.. Banyak benda pelik kat situ" tambah Adriana lagi.

"Tahulah! Kau tunggu akak kat depan tandas."

Adriana mengeluh perlahan. Orang datang sini nak membeli-belah, tapi sibuk nak masuk dalam tandas. Ada apa eh dalam tu? Pelik tapi benar. Itu lah satu perangai kurang baik Afrina ketika baru menjejak kaki di shopping complex. Adakah anda begitu? Belum sampai ditingkat atas sudah jejak di tandas awam.

Dia kemudian mengambil keputusan untuk duduk dibangku panjang bersebelahan di depan tandas awam perempuan sementara menunggu kakaknya itu.

Tiba-tiba ada sesuatu getaran panjang di dalam beg silangnya. Pantas dia menyeluk beg silang itu lalu mengeluarkan telefon pintarnya yang sedang berdering.

Winnie the pooh😚 is calling...
Terukir senyuman gembira terpalit dibibirnya.

"Assalamualaikum... warahmatullahiwarokatuh! Weii, rindu kau Wini... Huhuhu, bila lah nak habis cuti sem ni?" Kata Adriana senafas. Laju. Boleh kalah dengan bunyi tembakkan machine gun!

"Waalaikumussalam... Huh, sejak bila kau pandai cakap laju ni Yana? Setahu aku, aku sorang je lebih pro dalam bab tu."

"Alaaaaa, sekali sekala. Ni, tak ada ribut, tak ada tsunami tak ada salji turun kat Malaysia.. Kau pahal tetiba nak call aku? Kau dah call Liana belum? Karang merajuk orang tua tu...."

"Saja aku call kau. Nak tanya khabar... Bosan gila kut cuti sem ni.... Hm, pasal orang tua tu aku dah call tadi dah. Dia sekarang dekat Melaka. Abang sulung dia nak bertunang. Kau kat mana Yana? Aku dengar bunyi bising-bising je? Haaaaaaa! Kau pergi berdisko ke? Ya Allah tak sangka aku..!" Kata Hazwini di dalam talian sana.

Adriana menepuk dahinya. Aku pergi disko? Erghh memang tak lah. Haram. Dosa. Tak tahu perkataan ini sila tanya insan bernama google.

"Kepala otak kau! Aku dekat KL. Jalan-jalan dekat Suria KLCC. Sebab kakak aku dapat kerja sebagai akauntan dalam satu syarikat ni kat sini. Woii, agak-agak lah aku yang comel, pendek bahkan lebih warak ni nak pergi kat tempat perlombongan najis tu? Eeeee.... "

Berdekah-dekah ketawa Hazwini didalam talian. Mendengar bebelan Adriana. Sungguh dia rindu mengusik sahabatnya itu.

"I'm just kiddinglah! Kau ni bukan boleh percaya sangat.... Entah-entah kau pergi kat situ ke.....? Tahulah tempat bernama Kuala Lumpur ni banyak benda-benda pelik. Cara hidup, sosial, kehidupan seharian.. "

"Kau ni.....! Haihh, sabar jelah.. Nak bagi taskirah tunggu lah waktu yang sesuai. Time  ni juga kau nak bagi ceramah free kat aku! Aku tengah sakit hati dengan kakak aku ni tau.. Belum sampai tingkat atas dah pergi masuk tandas," ujar Adriana. Nadanya ketika ini amat serius.

"Ohhh! Hehe. Maaf la ye terbagi ceramah free kat kau! Dah-dah aku nak call Aisya pula. Apa lah.. khabar dia kat Korea tu. Huhu, ni mesti kes jumpa mamat Korea.. Lepastu tak nak balik-balik Malaysia..."

"Haaa, call cepat! Kata Adriana yang cemburu tahap kuasa tiga ni kirim salam! Kalau terselisih mana-mana mamat Korea yang handsome. Sila kata Adriana comel from Malaysia say saranghae!"

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now