🌼Bab 25

1.8K 123 4
                                    

"Ibu..." Kata-kata Hazwini terhenti apabila Puan Hawa bersuara.

"Ibu bukan apa, ibu kesian tengok Airil.  Tadikan hujan lebat mesti jalan tu basah. Nanti si Airil bawa kereta lepastu ha... ha, nauzubillah... Sebab tu ibu suruh Airil balik esok bukannya suruh dia duduk sini sampai tahun depan malam raya baru balik." Ujar Puan Hawa panjang lebar kepada anak gadisnya.

Pabila ibu kau membebel... Tabah ajelah, Wini. Salah kau. Tak pernah nak terfikir panjang tentang kebajikan mamat tu buat.

Ceh, setakat hantar aku pulang je. Lagipun dia sendiri yang ofter. Kan? Kan? bisik hati Hazwini dalam hati. Kedua-dua matanya menjeling tajam ke arah Airil Adryan yang berdiri sebelahnya. Mungkin rasa terkejut dia tidak hilang angkara Puan Hawa datang secara tiba-tiba.

Hazwini menarik nafas dalam sebelum membalas bicara ibunya. "Kakak bukan apa ibu, macam lah ibu tak tahu Mak cik Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup dan geng-geng dia tu akan mengumpat pasal kita? Lagi-lagi Airil ni ada. Haaa... Panas hati boleh terbakar, silap-silap boleh rentung hati kita ni dibuatnya."

Kedengaran ketawa halus dari Puan Hawa dan Airil Adryan. Aku ada salah cakap ke? Tapi memang betul pun nama makcik-makcik macam tu. Sebab ada kisah disebaliknya. Nak tahu? Kejap lagi aku cerita.

"Rentung hati tak apa jangan dia orang buat hati kita ni, buat panggang makanan dia orang sudah lah."

"Eh, ibu ni... Main-main pula,"Hazwini mencebik bibir.

Kedua-dua tangan Puan Hawa meraih kedua-dua tangan Hazwini dengan lembut. "jangan risau kakak. Lagipun ada adik. Adik tu lelaki boleh lah buat teman Airil... Bukan kita dua orang je. Faham, sayang?"

"Faham..." jawab Hazwini nada mendatar dengan mulut muncungnya. Hatinya masih risau. Takut sejarah berulang kali dimana ibunya teruk dimalukan oleh geng-geng makcik itu sedangkan ibunya tidak melakukan seperti mereka mendakwanya.

"Dah tak payah lagi nak muncung-muncung. Kang bebetul jadi itik baru tahu."

"Itik comel apa," kata Hazwini selamba. Waktu itu ibunya sudah meleraikan pegagan tangannya. Dan ibunya beralih badan untuk memandang Airil Adryan yang tinggi lampai itu.

"Nanti pukul 6.30, masuk mandi dan siap-siap pergi solat  maghrib dekat surau. Jangan lambat-lambat. Malam ni malam jumaat ada buat bacaan Yasin dan ada makan-makan sekali." Pesan Puan Hawa.

"Baik, mak cik."

"Tak payah nak ber'makcik'- 'makcik' panggil ibu je."

Airil Adryan terdiam tetapi tak lama dia tergagap-gagap untuk bersuara. Hazwini pula mulutnya sudah melopong kecil dan matanya membulat besar. Seakan tidak percaya wanita dihadapannya ini adalah ibunya. Pelik bin tak percaya. Setahunya ibunya tidak terlalu ramah lagi-lagi orang itu adalah lelaki. Semenjak kematian ayahnya, ibunya jarang untuk berbual dengan lelaki lain. Melainkan ada urusan yang penting perlu bincang sahaja yang perlu untuk dicakap. Tapi sekarang...

Jap, yang kau nak pening tu kenapa, Wini? Mamat tepi kau tu muda bukannya tua!

Masalahnya lelaki juga kan?

Tahla labu. Whatever.

Hazwini merengus kecil. Boleh jadi bengong bergaduh dengan hati sendiri.

"Kalau tak ada apa-apa ibu nak masuk rumah dulu. Kamu berdua jangan lama-lama kat luar. Nanti adalah satu ekor syaitan lepas tu mana tahu nanti ada geng-geng bahan masakan tu nampak. Naya hidup."

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now