Bab 66🤍

852 77 83
                                    

I beg you. Please baca dengan penuh perasaan. Hahaha. Tak, domon tak paksa pun huhu.
                                   °°°°°°

"Jadinya?"

"Abang tak suka Hana."

Hazwini terdiam sesaat. Kemudian dia bersuara.

"Okey, Hana pun tak suka abang. Annoying, kuat membebel, pelik, perasan handsome dan..."

"Tapi abang sayang Hana." Pintas Airil Adryan memotong bicara isterinya. Kelihatan Hazwini begitu terkesima dengan empat patah perkataan yang keluar dari mulut si suami.

"Malas nak layan abang ni. Ey, menyampah!"

"Malam nanti?" Tersengih nakal Airil Adryan apabila menutur ayat dikatakan tadi. Iris birunya melihat si isteri mula menggelabah tak tentu hala.

"Nak Hana tolak abang jatuh dalam sungai ni tak?! Biar buaya makan abang! Gatal! Ni gajah dengar pun, mau abang kena penyek."

Airil Adryan gelak. Dia dapat merasakan tiada lagi tangan Hazwini memegang tangannya. Tetapi dengan kekuatan lelaki yang ada, dia merangkul pinggang Hazwini lalu dibawa rapat pada tubuhnya. Akhirnya Hazwini akur. Terpaksalah...

Kemudian mereka berdua berjalan perlahan-lahan menyusuri Sungai Arno. Di sepanjang pinggiran sungai ini di tepinya dibina tembok yang agak tinggi kerana pabila hujan lebat, paras air sungai meningkat dan menyebabkan kawasan bandar Pisa ini di landa banjir.

Terjengket-jengket Hazwini apabila ingin melihat air sungai. Seminit selapas itu dia merasakan tubuhnya di awang-awangan. Kini dia baru dia sedar Airil Adryan mendukung dirinya supaya dapat memadang aluan sungai dengan lebih jelas. Susah jadi pendek ni kan?

"Cantiknya..."Desis Hazwini perlahan tetapi dapat didengari oleh Airil Adryan.

"Macam isteri abang ni."

Hazwini tergelak kecil. Bahu suaminya di peluk erat sambil matanya memandang ke arah Sungai Arno. Hatinya begitu tenang melihat keadaan itu.

"Thank you for being my part of my life. Abang tak pandai nak berkata-kata cinta, abang tak pandai nak buat Hana cair dan abang tak macam suami yang lain... I am sorry, sweetheart. Mungkin kisah lama yang membuat abang jadi macam ni. Yes, I admit... I'm annoying. Tapi bukan semua orang abang jadi macam ni tetapi dengan Hana. Only you. When you smile everytime i look at you, i feel like my heart is beating so fast and it never ends. And i will always by your side forever. I am not perfect but I love you with all my heart, soul and mind. Grazie, tesoro."

Bicara yang sangat perlahan serta menusuk kalbu, air mata lelakinya yang jarang kelihatan mula menitik sedikit demi sedikit membasahi pipi. Dia bukan seorang yang sempurna dan dia bukanlah seorang yang baik di sisi Allah dan untuk isterinya. Tetapi dia tetap berusaha untuk menjadi sempurna.

Iris birunya merenung sayu mata milik si isterinya. Juga sepertinya, mata itu sudah bergenang dengan air mata. Pelukan di dalam dukungan diperketatkan lagi.

"Abang tak perlu jadi macam orang lain. You need  to be yourself. Bagi Hana, abang seorang yang insan begitu sempurna di sisi Allah dan semua orang. Jangan risau, Hana sayang abang. Kisah cinta kita tak seindah seperti kisah cinta orang lain... Hana tetap cintakan abang dan terima abang dalam hidup Hana seadanya. Remember, just be yourself. Don't allow others to change who you are. You're being judged regardless of what you do, so being yourself makes happiness easier to obtain. Live your life on your term, not someone's else. Being yourself is important because you will not be happy otherwise... And last but not least..." Ayat terakhir Hazwini dibiarkan tergantung seketika.  Sesaat dua usai menarik nafasnya dalam-dalam dia bersuara.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now