🐯🐣Bab 22

1.8K 121 8
                                    

"why you move on so fast?"

what do you expect me to do? be sad? stuck in my room? & crying because of them? they're not worth any of those.

~~~


"Jangan pergi" Jerit Hazwini antara sedar tak sedar.

Airil Adryan tergamam seketika. Dia memandang wajah polos itu yang masih dalam keadaan mengigau. Tetapi dalam masa yang sama dia masih lagi menumpukan pemanduannya.

"Nayli... Iskandar... "

Airil Adryan mengeluh perlahan. Kereta yang dipandunya membelok ke arah RnR Semanggol. Sebenarnya dia pun tersengguk-sengguk dia menahan matanya dari pejam. Walaupun pagi semakin cerah. Ini mungkin sebab dia berjaga diwaktu malam.

Selesai dia meletakkan kenderaannya di tempat sepatutnya. Dia menoleh ke sebelah kirinya. Hazwini masih lagi diulit mimpi. Kini tiada lagi sebarang racauan dari gadis itu

"Lepaskan aku lah! Argh,aku tak nak ikut kau lah! Tolong! Tolonglah..." ingin sahaja Airil Adryan melelapkan mata dia terdengar jeritan halus dari Hazwini.

"Hey, wake up! What's wrong?" Dia menepuk-nepuk sedikit bahu Hazwini.

"Tolong!!!" Hazwini tersedar dari mimpi ngerinya. Dahinya menitik peluh akibat dari mimpi yang sememangnya perlu dia lupakan. Datang tidak diundang memasuki dalam mimpinya membuat dia bertambah takut dan berasa resah.

"Kau okey tak ni?"

Hazwini hanya mendiamkan diri sahaja. Pertanyaan lelaki itu dibiarkan. Dia sedaya upaya untuk melupakan apa yang dia mimpikan tadi. Amat mengerikan. Seorang lelaki mukanya tidak kelihatan, mendekatinya ingin cuba menikamnya dengan sebilah pisau rambo.

Airil Adryan menghela nafas berat. Matanya merenung tajam ke arah wajah Hazwini yang sedang merenung sambil bermain jari-jemarinya.

"Jom keluar."

"Nak pergi mana? Sekarang pukul berapa? Kita kat mana ni? Dah sampai ke belum?" Tanya Hazwini bertalu-talu. Cermin mata yang terlondeh dibatang hidung dibetulkan sambil memandang tepat wajah lelaki itu.

"Sebab kau selera aku nak tidur hilang," bebel Airil Adryan perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Hazwini.

Hazwini menunjukkan riak hairan.

Dia ingat aku pekak ke apa dia cakap tu?

Selera dengan tidur apa mengena? BM kat sekolah gagal ke mamat ni?

"Kau lapar eh sampai tak tahu nak pakai perkataan selera..."

"Kau nak aku heret kau keluar dari kereta ke? Banyak cakap pulak!" Pintas Airil Adryan laju.

"Yalah! Nak keluarlah ni. Tapi, kau tak unlock macam mana nak keluar?"

Airil Adryan mendengus kecil sebelum kedengaran bunyi kunci automatik kereta mewah ini dibuka.

Tanpa membuang masa, Hazwini terus keluar dari perut kereta. Dahinya berkerut sedikit tatkala memadang sekeliling tempat ini.

"Wei, ni RnR Semanggol kan?"

"Entah," jawab Airil Adryan sepatah seraya tangannya menekan butang pada kunci kereta mewahnya untuk dukunci rapi. Bukan apa, kereta mewah ni banyak orang cemburu dan dengki. Kalau tidak dikunci dengan penuh hati-hati, maka balik guna kaki aje lah.

Hazwini mencebik. Pantas tangannya mengambil telefon pintarnya yang berada di beg silang dipakainya. Aplikasi google maps dibuka. Alangkah terkejutnya bila diteliti.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now