🦋Bab 13

1.9K 121 3
                                    

Bosan. Satu perkataan yang sesuai menggambarkan situasi yang dihadapinya sekarang. Hazwini mengeluh.

Nak main telefon? Liana, si mahkluk alien dari planet Musytari itu awal-awal lagi sudah memyimpan telefon pintarnya. Katanya, dia elok berehat sahaja. Huh, rehat kepala kotak Adu du dia! Dah 21 jam aku dah rehat. Nak rehat apa lagi? Ah, tak guna punya kawan! Tengoklah aku dah sihat nanti..

Adriana dan Aleya masing-masing sudah terlena di buai mimpi. Kepala Adriana terlentok di kepala sofa. Manakala Aleya terlentok di peha Adriana. Hmm.

Si kepala kotak pula sedang sibuk dengan permainan dalam telefonnya. Sehingga Hazwini ingin melihat dia tidak bagi. Kejam. Hah, sesuai sangat kalau jadi adik-beradik mamat rambut bulu jagung tu!

Ish, kau kena tukar gelaran ni.

Jap.

Mamat suara besar? Kembar Felix? Mamat mata hazel? Mamat kejam nak mati?

Hmm...

Lama Hazwini memikir. Semata-mata memberi gelaran kepada Airil Adryan.

Setahunya lelaki itu berdarah campuran Melayu dan Australia. Dalam masa yang sama Korea juga. Kerana lelaki itu menghabiskan selama enam tahun di Korea untuk melanjutkan perlajaran berdasarkan slide yang ditayangkan oleh Airil Adryan ketika awal menjadi pensyarah baru.

𝖧𝗆𝗆...

𝖠𝗁, 𝖺𝗉𝖺 𝗌𝗎𝗌𝖺𝗁? Bagi jelah gelaran mamat Kolia sewel!
Ko tu, Korea. Lia tu, Australia.

Haih, pepelik je kau ni Wini.

Kau punya bosan ni tahap, kau boleh cakap sorang-sorang! Macam orang gila! Orang gila pun tak macam kau! hiks.

Aisyatul dan Fify pun entah lah. Dia sendiri tidak tahu kemana kedua-dua sahabat itu pergi. Selepas tamat pentengkaran tak beberapa dahsyat antara Aisyatul dan Dr. Affan. Aisyatul sudah membawa diri bersama Fify. Sampai sekarang mereka tidak kembali lagi.

AirilAdryan pula? Lagilah dia tidak tahu. Habis je Doktor Affan check blood pressuarenya terus kedua-duanya berambus.

Sekarang ini, Hazwini betul-betul kesepian. Dirinya asyik terbaring di atas katil sahaja. Nak pasang tv? Lagilah dia tidak berani hendak buka. Kut-kut la bil naik kan? Mana dia hendak cekau duit.

Huwaaaaa..... Bosannya!!!

"Wini..." panggil Liana lembut.

"Kau nak apa setan?" Balas Hazwini mendatar.

"Alololo... merajuk pula anak itik aku ni.. Alah anak itik jangan merajuk lagi.. okey-okey, jom kita main Candy Charming sama-sama nak? Ye, aku tahu level kau lagi tinggi dari aku.."

Hazwini hanya memandang sepi. Kata-kata Liana a.k.a si kepala kotak tu umpama ayam yang berkokok tengah pagi buta baginya.

"Hmm... huwaaaa.... kau tak sayang aku ke Wini? Sampai hati kau buatku begini." Seperti budak-budak Liana menangis.

"Oii..! Diam. Sekali aku dengar kau menangis, aku tak teragak-agak nak sumbat kau dalam bilik mayat. Hah! Meratap kau sorang-sorang dalam tu."

"Okey-okey. Dah tak nangis dah!" Acah-acah Liana mengelap matanya. Seolah-olah ada air mata di tubir matanya.

"Kau merajuk lagi ke?" Sekali lagi Liana bertanya.

Hazwini hanya diam. Dalam hati, rancangan jahatnya bermula.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

SETELAH beberapa minit menanti balasan Hazwini, akhirnya terrpaksa Liana bersuara.

"Alah...jangan diam je! Err, jom kita telefon ibu kau nak tak? Atau pun kita telefon adik kau?" Cadang Liana. Masih dalam memujuk.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now