BUK! BUK! BUK!
Mendengar bunyi itu, pantas Hazwini berlari menuju pintu gudang yang sudah dikunci dari luar. Dia menekap telinganya di permukaan pintu. Nasib lah masa Botak keluar tadi dia tidak diikat.
"Arghhh! Sakit bos... huhu. Jangan tumbuk lagi... Uhuk, uhuk!"
Kening kanan Hazwini terangkat sedikit. Dah kenapa pula Pak Cik Botak ni? Nak mati kut?
"Kau letak tak ubat tidur tu?" Soal lelaki itu yang di gelar bos.
"T..t..tak..."
Lelaki itu mendengus geram apabila mendengar jawapan Pak Cik Botak itu. Kemudian dia terus menyepak-nyepak tubuh orang itu dengan sekuat hati. Darah yang keluar membuak-buak dari mulut tidak dihiraukan. Dia masih lagi menyepak dan membelasah lelaki itu sehingga dia begitu puas.
"C..c..c..cukup bos! Aku t..tak tahan! Arghh sakit!"
Buk! Lelaki itu menghadiah sebiji penumbuk pada perut pada Pak Cik Botak.
"Eh, menyesal lah aku upah kau ni! Kerja punya senang pun tak boleh buat? Nak aku tembak kau dulu baru kau boleh buat kerja aku?!" Jerkahnya dengan kuat.
Hazwini hanya terkebil- kebil disebalik pintu gudang. Tapi telinganya tidak lepas dari mendengar perbualan kedua-dua lelaki itu.
"Sek..ka.rang juga aku buat.."
"Ahh, dah lambat! Budak tu dah makan! Sekarang aku nak kau mati hahahaha...! Kan aku pernah cakap dulu.. Nak kerja dengan aku jangan main-main."
"Kamal... Bagi aku peluang... Aku janji aku akan ikut cakap kau.." rayu Pak Cik Botak itu. Sakit di tubuhnya dia tidak lagi peduli. Nyawanya kini untuk hidup sangat tipis. Kerana Kamal mengacukan sepucuk pistol betul-betul di dahinya.
"Okey! Last je aku bagi peluang.. Lagi sekali kau buat, aku kerat kau hidup-hidup.
Terus Pak Cik Botak mengangguk laju.
"Sekarang ni aku nak buat apa bos?" Tanya pak cik botak itu dengan nadanya perlahan. Mungkin kerana kesakitan pada tubuhnya belum hilang lagi.
Kamal terdiam. Tapi tak lama...
"Chongggg!" Jerit Kamal dengan tiba-tiba.
Kus semangat! Bisik Hazwini dalam hati. Hampir sahaja dia ingin melatah.
Kelihatan seorang lelaki berbadan tegap dan juga berbangsa Cina menghampiri Kamal.
"Anak aku mana?"
"Tengah layan dengan client..." jawab Chong mendatar.
"Okey... Sekarang aku nak kau ganti Botak jaga budak dalam gudang tu... Jangan bagi terlepas! Dalam pukul 1 pagi nanti aku datang,"
Chong mengangguk. "Kenapa bos tak letak budak tu dengan budak yang lain? Kenapa bagi dia duduk sorang-sorang? Bukan bos nak jual dia dekat Thailand?"
Kamal mengetap rahangnya sebelum berkata, "Aku tak nak jual dia... Hahaha tahu lah aku nak buat apa. Tugas kau, buat apa yang aku suruh! Kalau nak terima nasib macam Botak ni buatlah!"
Pantas Chong menggeleng kepalanya laju. Tak sanggup dia mengingkari arahan Kamal. Bukan apa, sebenarnya dia takut di tanam hidup-hidup seperti orang upahan Kamal terdahulu. Ya! Lelaki itu sangat kejam. Hanya tergila-gilakan seorang wanita yang sudah berstatus isteri orang.... Keluarga dan hidupnya tidak dipedulikan. Tidak hairan lah Kamal sanggup membunuh isterinya dan melacur anak sesuka hatinya.
YOU ARE READING
My Adore, Dr. Annoying
Storie d'amoreHazwini Raihana, seorang gadis ceria pada setiap masa. Suka menyakat lima orang sahabatnya yang sentiasa berada di kala susah dan senang. Tetapi, disebalik perwatakannya yang ceria dan riang itu, dia telah mengharungi kisah silam yang sangat tragis...