"Kita nak pergi mana? Auahh!" Soal Hazwini kepada Airil Adryan seraya menekup mulutnya yang tadi menguap besar. Kemudian dia memeluk tubuhnya. Agaknya ke mana lelaki itu ingin membawanya? Sudahlah dia hanya mengenakan blaus lengan panjang berwarna biru gelap serta seluar palazzo warna hitam kosong. Dan juga dia memakai tudung bawal satin berwarna coklat gelap. Simple tapi dapat menyerlah kecantikannya pada pagi ini.
Airil Adryan hanya berdiam sahaja. Iris birunya elok menumpukan pemanduannya. Bicara gadis itu dibiarkan sahaja.
Semakin sakit hati Hazwini apabila Airil Adryan memulaukan pertanyaanya. Ya, palau itu indah. Tapi bila di sapu dengan jem coklat Nutella pasti indah sekali! Tak percaya? Cuba try. Kalau tak jadi, mari kita semua campak Dr. Airil yang annoying ni, dekat bawah jambatan Pulau Pinang. Biar ikan jerung makan dia.
Sempat lagi Hazwini bermonolog dalam hati. Terkumat-kamit mulut comel itu mengutuk lelaki yang sedang elok memandu. Selepas itu, Hazwini tersenyum jahat. Okey, tak nak jawab ye...
"Dr ade pisau tak?"
Hampir terlepas tangan Airil Adryan untuk mengawal stereng keretanya. Nasib sempat. Kalau tak, memang sudah terbabas kereta lamborghini ini ke gaung. Dia agak terkejut dengan pertanyaan Hazwini untuk kali kedua. Lain macam.
"Tak ada. Awak nak buat apa?" Balas Airil Adryan, pelik. Sempat dia menjeling ke arah Hazwini yang selamba memandang ke arah luar tingkap.
"Eh, ada mulut rupanya. Ingatkan bisu tadi. Sebenarnya saya nak bunuh Dr. Now I need a knife to kill you! Hahaha..."
"It's no funny. Okay, you need a knife because you want to kill me. But I need you for to be my wife. Hahaha.."
"Hahaha lawaknya... Cepat gelak lagi. Hahaha.." gelak Hazwini dibuat-buat. Kedengaran amat sinis dan penuh kesindiran. Tetapi Airil Adryan langsung tidak terasa bahkan dia mengukir senyuman nakalnya.
"Awak tahu hotel mewah dekat bandar georgetown ni tak?"
"Ha? Nak buat apa?" Soalan di balas soalan. Wajah Hazwini sudah menunjukkan riak takut dan cemas. Menambahkan lagi senyuman nakal bibir Airil Adryan.
"Suami dan isteri lepas nikah... And then first night, husband and wife make a..."
"Dr buka unlock pintu kereta ni! Sekarang ni juga saya nak lompat keluar dari kereta. Saya sanggup mati syahid dari jadi mangsa rogol Dr!!!" Hazwini mengamuk. Dia cuba untuk membuka pintu kereta. Tetapi tidak berjaya. Airil Adryan hanya tidak buat tahu sahaja. Walaupun kereta kini tidak tentu arah akibat amukan gadis itu, dia masih dapat mengawal keretanya dengan tenang.
"Tolonglah... Saya tak nak..." rayu Hazwini. Berderai-derai air mata itu mengalir ke pipi. Rasa takut dan gelisah sudah bercampur baur. Dalam fikirannya sudah berfikiran bukan-bukan.
"Itu lah... Saya ajak kahwin, banyak alasan awak bagi. Sekarang siapa yang susah?"
Hazwini terdiam. Serentak juga tangisannya terhenti. Dia kemudian ambil keputusan untuk berdiam diri sambil memandang keluar tingkap. Terasa diri terlalu over untuk menangis bagai. Sedangkan boleh aje dia debik sebiji dekat lelaki ini. Nak melawak tak kira tempat!
"Eleh, merajuk lah tu. " Sorry... I'm just kidding. Don't take it seriously,"
"Bagi Dr memang lawak, tapi bagi saya memang tak lawak. Nak melawak pergi main dekat playground." Tutur Hazwini dengan muka tanpa riak.
"Cuba bawa bertenang. Istighfar banyak-banyak, bagi syaitan kiri dan kanan awak tu berambus. Lagi awak marah lagi tu dia kuasai fikiran awak,"
"Masalahnya... Syaitan tu Dr! Kan tadi Dr kata nak bawa saya pergi hotel? Lupa ke?"
YOU ARE READING
My Adore, Dr. Annoying
RomanceHazwini Raihana, seorang gadis ceria pada setiap masa. Suka menyakat lima orang sahabatnya yang sentiasa berada di kala susah dan senang. Tetapi, disebalik perwatakannya yang ceria dan riang itu, dia telah mengharungi kisah silam yang sangat tragis...