🌼Bab 21

1.9K 115 10
                                    


SUBUH pagi yang damai dan sejuk suam-suam kuku membuatkan Hazwini rasa semangat untuk bangun untuk menunaikan solat fardhu subuh. Lalu untuk bersiap-siap untuk pulang ke kampung halaman.

Huhu, Teluk Intan aku datang! Teriaknya dalam hati penuh teruja.

Usai bersiap, terus dia menggalas beg pakaian dan beg peribadinya ke hadapan pintu bilik.

Sebelum membuka pintu, hatinya tiba-tiba dilanda resah.

Semerta-merta fikirannya teringat perkara semalam. Kenapa lelaki itu tiba-tiba sahaja datang ke tempat asramanya? Nasib baik dekat lif yang berdekatan kafe penginapannya. Yang lagi menghairankan, suruh diikut. Memang tak lah dia nak ikut. Lagi-lagi berdua-duaan tengah malam. Gila!

Malas berfikir panjang dia terus memulas tombol pintu sebelum membuka pintu seluasnya. Sandal terus disarung kepada kaki. Selepas itu, dia pantas menutup pintu bilik lalu menguncinya.

Dia mengambil langkah menuju ke arah lif untuk turun kebawah. Jari runcingnya laju menekan butang lif

Ting!

Sebaik sahaja pintu lif terbuka luas, dia kemudian masuk. Butan lif ditekan untuk turun ke bawah. Telefon pintar yang berada di beg silangnya dikeluarkan lalu aplikasi grab dicari untuk menaiki pergi ke terminal bas Bayan Lepas.

Sedar-sedar sahaja, pintu lif terbuka kali kedua. Dengan pantas dia keluar dari lif tersebut seraya matanya fokus melihat ke skrin telefon pintarnya.

Seketika dia mengerling ke arah jam tangannya. Masih ada satu jam lagi sebelum basnya yang akan dinaikinya itu bertolak kerana jam masih menunjukkan tepat pukul lapan pagi.

Hazwini mengambil keputusan untuk pergi ke kafe yang berada di kawasan asramanya yang dia diaminya untuk bersarapan pagi.

Matanya tidak lekang dari melihat skrin telefon. Tangannya laju mencari teksi yang berdekatan USM untuk menghantarnya ke terminal bas. Dia melabuhkan punggungnya untuk duduk sambil melihat kembali pada skrin telefonnya.

"Kruh... Kruh... Kruh..."

Kefokusannya terhadap telefon terganggu dek bunyi dengkuran yang datang arah tepinya. Tanpa berfikir apa terus dia menoleh.

Matanya terbuntang luas. Lidahnya kelu.

Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya.

Cepat-cepat dia bangun dari duduk. Sungguh tidak sedar lelaki itu tengah lena diulit mimpi di sebelahnya tadi.

Pelbagai soalan sudah muncul dibenaknya. Sekarang perlukah dia gerakkan lelaki itu dari tidur? Mesti terlepas solat subuh ni!

Hazwini perlahan-lahan mendekati Airil Adryan. Muka persis seperti Felix StrayKids membuat dia tidak keruan. Tidak tahu mengapa dirinya tenang melihat wajah lelaki ini. Dan lelaki ini jugalah yang selalu membuat darahnya menggeleggak panas ke muka.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now