🌼Bab 4

2.5K 153 33
                                    

"Wini..." Lembut suara Liana memanggil Hazwini yang berada disebelahnya.

"Hmm.. Kenapa?" Acuh tak acuh Hazwini menjawab. Sereh malas nak cakap.

Sekarang ni, Hazwini dan Liana berada di perpustakaan Hamzah Sendut 2 USM (PHS2). Untuk mencari bahan rujukan untuk tugasan 'kejam' dari Dr. Airil itu.

Aisyatul, Fify, Adriana dan Aleya pula masih berada di kafe lagi.

Maklumlah hari ini Hazwini dan Liana berpuasa. Puasa ganti. Tinggal lagi dua hari Hazwini berpuasa ganti. Manakala Liana tinggal sehari. Sebenarnya mereka sudah mula berpuasa pada hujung tahun lepas. Kerana mereka buat secara perlahan-lahan.

Aisyatul, Fify, Adriana dan Aleya sudah selesai melaksanakan puasa ganti. Cuma mereka berdua sahaja yang belum habis lagi. Seronok dia orang yang tengah melantak tu. Hshshs.

" Kau ni dah kenapa Wini? Semenjak kau jumpa Dr. Airil, kau macam dah tak betul. Apa kau dah terasuk dengan kekacakan dia ke apa?" Liana berkata tanpa memandang ke arah Hazwini yang melentokkan kepala di meja. Dirinya terlalu sibuk menyiapkan tugasan.

"Entahlah... Hari ni aku cuma maleh nak bising je."

"Pulok. Apa pun cuba cerita kat aku. Nak tahu gak."

Dengan hati secara tidak rela Hazwini menceritakan semua perkara yang berlaku pada minggu yang lepas. Sewaktu di bilik lelaki itu. Berubah aksi muka Liana apabila mendengar cerita dari Hazwini. Sekejap nak marah, kejap nak gelak. Nak kata mereng pun taklah juga.

"Wah, macam dalam drama Melayu. First time jumpa gaduh-gaduh. Second time, gaduh-gaduh lagi jangan yang third time ni kau orang berdua..."

"Cinta? Hahahaha mungkin lah... Kut. Sorry, no matter what happens aku tetap setia dengan Han Jisung and the scandals aku. Hahahaha." Pantas Hazwini memintas bicara Liana. Apa dia rasa mungkin betul atau pun tidak. Sebab dia sudah terlalu jemu dengan cerita-cerita drama Melayu dan novel Melayu. Penamatnya memang sudah boleh dijangka! Gaduh-gaduh akhirnya jatuh cinta. Lepas cinta ada konflik... Lepastu endingnya macam tah pape je. Haih. Kalau endingnya hero dan heroin dua-dua mati okeylah juga. Barulah tidak klise.

Liana menggeleng kepalanya perlahan. Kemudian mereka berdua senyap seketika selepas tidak ada topik hendak dibualkan. Lagipun tidak boleh terlalu sembang sangat kerana mereka berdua masih lagi di perpustakaan. Peraturan di perpustakaan di USM begitu ketat.

Hazwini melentok kepalanya kembali di atas meja. Nak buat kerja pun, semuanya sydah disiapkan. Matanya meliar sekeliling perpustakaan ini. Ada beberapa pelajar yang duduk di meja secara berkumpulan sedang sibuk siap menyiapkan tugasan masing-masing. Sehinggalah kedua-dua matanya terpaku melihat seorang lelaki melangkah masuk ke dalam perpustakaan ini.

Pantas juga dia mengangkat kepala dari melentok di atas meja

Dr. Airil Adryan? Huh! Ada dua library dalam USM ni, kenapa juga dia pilih nak datang ke sini. Adoyai.. Masalah negara betul lah!

"Liana... Bala dah datang ni! Macam mana ni? Aku memang langsung tak nak tengok muka dia dan bayangan dia pun aku tak nak tengok!" Bisik Hazwini kepada Liana yang tekun mengira menggunakan kakulator saintifik.

"Yalah! Okey, okey. Calm down Wini... Tunggu sekejap bagi aku siap kerja aku dulu. Kau pergi ambil buku, tutup muka kau dengan buku. Seolah-olah kau tengah membaca buku. Bezanya buku tu kau kena pegang bagi dia berdiri."

Terus Hazwini mengambil buku rujukan subjek Fundamentals of computer problem saving itu. Dia mengikut apa yang di suruh oleh Liana.

Haih, Wini. Hari itu kau kata kau bijak. Sekarang mana kebijakkan kau tu?

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now