Kayu drum yang berada dalam pegangannya di angkat dengan paras ketinggian kepalanya sebelum mengetuk setiap cymbal dan drum mengikut drum tablature yang dihafalnya kemarin. Lagu yang dimainkan dalam headphone dipakainya mengikut setiap tempo drum yang dipukul olehnya.
Drop
Sit on the floor
Thinking I’ll stop
Can’t take no more
junbidwel ttae (when ready)
keuge nan roar (i'll roar)
That was the battle but this is the war!Pantas Hazwini mengetuk dua kali di snare drum disusuli satu kali ketukan pantas di ride cymbal.
"I’ll show you what I’m made of
Rise to the occasion
Got fears but I face them, ooh
And I’ll show you what I’m made of
A heart full of fire
Looking at a fighhagsgajajjsbabahjna...? Oii!!" Nyanyian Adriana terhenti tatkala pintu bilik muzik di kuak secara mengejut dari luar.Maka, Hazwini yang tekun mengetuk drum terhenti. Aisyatul, Fify dan Aleya juga terhenti bermain alat muzik mereka.
"Assalamualaukum!" Si penguak pintu memberi salam dengan tergopoh-gapah. Tampaknya dia seperti berlari dalam kelam kabut untuk menuju ke sini. Yang pasti, tidak tahu mengapa.
"Woi, kau dah kenapa Naim? Main terjah-terjah pula. Kita orang tengah sibuk berlatih ni. Dah, shuh sana!" Marah Aleya yang baru saja meletakkan ukulelenya di atas riba. Naim merupakan seorang pelajar jurusan sains komputer seperti mereka berlima.
"Setan. Aku bagi salam bukan nak jawab. Tau-tau nak maki orang je."
"WAALAIKUMUSSALAM!" Jawab mereka berlima dengan serentak.
"Yow, kau nak apa?!" Soal Adriana seraya membetulkan mic yang berada di depan mulutnya.
"Dr. Airil dan Dr. Sofia... Dia orang nak... Nak... Hmm, nak... Aduh!" Naim kelihatan tergagap-gagap untuk menyambung bicaranya. Aisyatul yang mendengar itu terus menjerkah Naim dengan kuat. "NAK APA?!"
"Na... Na.. Nak tengok korang berlatih!"
"APA?!" Sah, hari ini CAPSLOCK sedunia.
Naim menggaru kepalanya yang tiba-tiba terasa gatal. Dia pun tidak tahu kenapa dia tergagap dan ditakdirkan untuk memberitahu kepada lima orang gadis dihadapannya ini. Bala, bala, bala!
Mendengar bicara Naim itu, Hazwini terus bangun dari duduk dan terus menjauhi dari set drum. Tetapi kayu drum masih utuh berada dalam pegangannya.
"Naim, kamu buat apa kat sini?"
Satu suara garau menegur Naim. Naim terdiam. Aisyatul, Fify dan Aleya yang tadi memegang alat muzik, terus letak di bawah lantai dan berdiri tegak seperti menyanyikan lagu Negaraku. Adriana pula masih elok berdiri di hadapan micnya.
"Aaa... Err... Saya... Saya nak pulangkan duit yang saya curi kat Aleya. Eh saya pinjam!"
Kelam kabut si Naim menyeluk duit yang berada dalam poket seluarnya lalu tergesa-gesa memberi kepada Aleya yang masih kelihatan terpinga-pinga tika ini. Sehelai not RM10 dihulur kepada Aleya.
Naim terus menunduk hormat kepada Dr. Airil sebelum keluar dari bilik muzik dan seterusnya lari dengan pantas. Sah dah buang tebiat mamat tu.
"You guys?"
Soalan dari Dr. Airil mereka berlima mampu diam.
Hazwini mampu menunduk wajah dibawah. Sebenarnya dia entah lah mengapa. Rasa nak sembunyi sahaja dalam baju Aisyatul. Dia sedar suaminya memerhatinya dalam diam. Mungkin sebab dia memegang dua batang kayu drum? Lagipun Airil Adryan bukan tahu yang dia mempunyai bakat bermain drum. Saja, nak buat kejutan masa majlis malam tu nanti.
YOU ARE READING
My Adore, Dr. Annoying
RomanceHazwini Raihana, seorang gadis ceria pada setiap masa. Suka menyakat lima orang sahabatnya yang sentiasa berada di kala susah dan senang. Tetapi, disebalik perwatakannya yang ceria dan riang itu, dia telah mengharungi kisah silam yang sangat tragis...