Aku menuruni tangga dengan perasaan malas. Malas mahu mencari makanan untuk mengisi perut yang berbunyi.Sampai di dapur, langkahku terhenti kaku. Satu tubuh lelaki sedang menjamah mi segera di meja makan bersama telefon pintar di tangannya.
Abangku masih tidak sedar dengan kehadiranku. Aku hanya abaikan dia, dan menuju ke peti ais. Pintu peti ais aku buka dan mencari makanan.
Ada satu bekas berisi kek milo, terus ku ambil serta mencapai satu tin air manis. Aku mengambil sudu dalam laci kabinet dapur dan ingin membawa ke ruangan TV.
"Ehem. Kau tak reti nak makan kat sini ke? Menyusahkan mommy adalah."
Aku tersentak dengan teguran suara garau itu. EunWoo bercakap dengan aku? Ini bukan satu mimpi kan?
"Err nanti abang tak suka kalau saya makan kat sini."
"Kau jangan buat aku naik angin boleh tak? Depan TV tu aku nak main game bodoh. Tak nampak ada barang aku?"
Pedih. Aku mengeluh kecil dan mengambil tempat yang jauh sedikit dari kerusi EunWoo.
Bekas merah ini ku buka dan mula makan kek milo buatan mommy. Sedap. Tin air ini pula ku buka dan teguk.
Aku tak tahu kenapa sedap sangat air ini. Ia membuatkan aku berada dalam kayangan yang indah.
Aku jadi ketagih. Sedap.
Kepalaku mula terasa sedikit pening.
Tiba-tiba bahuku ditepuk perlahan.
"SooNeul? Yahh!! Kenapa kau minum air tu??"
Kedengaran suara JiMin menyumpah dan membebel panjang yang aku sendiri tak faham.
Tenangnya fikiran aku sekarang ni. Aku mahu jadi seperti ini selamanya.
"Bodoh! Kau asal tak halang adik kau minum beer?! Ni beer kau kan?! Abang jenis apa kau ni duh?!"
Apa yang bising-bising ni? JiMin janganlah marah EunWoo. Dia tak salah apa-apa pun. Aku suka jadi macam ni. Rasa bebas dari masalah.
Kini terasa tubuhku diangkat. Sekilas aku ternampak EunWoo menghadiahkan senyuman sinis buatku. Dan aku memberinya senyuman manis.
Aku berkhayal. Mabuk.
Sesampai dibilik, tubuhku di baringkan di atas katil. JiMin menghilangkan diri seketika kemudian muncul semula dengan sebotol air suam dan minyak angin.
Aku ketawa kecil seraya duduk bersila di atas katil. Kenapa dia nampak comel waktu ini? Bersarungkan tshirt putih dan seluar trek.
Menggoda.
Aku tersenyum senget. Dia menghulurkan aku air suam tadi, tetapi aku menolak. Aku menarik tangannya hingga dia terduduk di sebelahku.
"What a perfect guy you are."
Aku mengusap kepalanya dengan senyuman nakal. Rambutnya yang terjuntai aku usik kemudian jari jemariku mengelus lembut dari dahinya, turun ke hidung, bibir, dagu dan halkumnya.
"You look nervous. Am i make you feel guilty?" bibirku terangkat mempamerkan senyuman sinis.
"I love you bae." bisikku perlahan.
Halkumnya bergerak seperti menahan diri. Aku ketawa kecil. Tanpa amaran, bibirnya ku pagut dengan lembut. Kedua tanganku naik merangkul lehernya.
Dia seperti terkejut, tetapi aku dambakan kasihnya. Aku rindukannya. Aku, cintakan kau JiMin.
YOU ARE READING
eyes for you | pjm¹
Фанфик"What a perfect guy you are, hurm?" Aku mengusap kepalanya dengan senyuman nakal. Rambutnya yang terjuntai aku usik kemudian jari jemariku mengelus lembut dari dahinya, turun ke hidung, bibir, dagu dan halkumnya. "You look nervous. Am i make you fee...