JiMin meluru ke arah pintu bilik chalet dengan hati yang berdebar. Dia berharap isterinya dalam keadaan baik dan tiada malapetaka yang berlaku.Tetapi hatinya menjadi tak tenteram pabila pintu bilik tidak tertutup rapat. Fikiran negatif mula bertandang dalam jiwa memikirkan hal buruk yang berlaku.
"Jebal, janganlah apa-apa berlaku dekat isteri aku."
Dia masuk ke dalam, dan menyuluh ruangan bilik yang kosong. Hatinya semakin tak menentu. Kemana pula pergi isterinya?
Tiba-tiba dia terdengar seseorang menjerit namanya membuatkan dia segera keluar dari bilik.
"Cikgu JiMin!!"
Taehyung muncul dalam keadaan bermengah-mengah membuatkan JiMin pantas meluru ke arahnya. Bahu remaja itu dipaut lembut.
"Taehyung? Kenapa ni?!"
Lelaki itu menyedut mukus yang menghalang dia untuk bersuara kemudian memandang wajah gurunya.
"S-saya dengar ada o-orang jerit tadi dekat d-dalam kafe. T-tapi saya tak tahu siapa dan dia m-minta tolong. S-saya nak tolong, tapi tak larat." jelas Taehyung dengan nafas tersekat-sekat.
JiMin mendengus kecil. Dia memapah Taehyung menuju ke kafe yang dimaksudkan oleh lelaki itu.
Sesampai di kafe, dia menyuruh Taehyung tunggu di tiang silinder berhadapan dengan pintu masuk kafe ini. Manakala JiMin pergi mencari pintu belakang untuk masuk ke dalam.
Jantungnya berdebar tahap maksima, dan kakinya masih gagah melangkah dalam ruangan yang sedikit gelap itu.
Tiba di ruangan bar barista air, dia sedikit terkejut saat melihat sekujur tubuh terbaring lemah.
Dia kenal susuk itu.
"SOONEULL!!!"
Lantas dia berlari mendapatkan gerangan itu. Air matanya mula mengalir laju. Terkejut, marah, kecewa semua terkubu dalam hatinya.
"SooNeul sayang, bangun.. Sayang bangun.."
Lembut dia memanggil isterinya untuk mengetahui respon dari gadis itu. Hampa kerana tiada sahutan. JiMin memerhati tubuh isterinya yang banyak darah mengalir dari bawah.
Seluar tidur gadis itu terlurut separa dan mempunyai kesan kelar pada peha kiri. Permukaan perut isterinya juga terdapat kesan cop darah tapak tangan seseorang.
"TAEHYUNGGGG!! CALL AMBULANS!!!"
⚪
⚪
⚪
"Tuan bernasib baik kerana kandungan dia masih selamat. Cuma kondisi isteri Tuan masih tidak sedarkan diri. Rawatan pada peha pesakit sudah dijahit dengan 8 jarum."
Masih terngiang-ngiang apa yang dikatakan oleh doktor yang merawat isterinya. JiMin memandang SooNeul yang terlantar di atas katil dengan perasaan sayu.
Dia terlalu percaya akan selamat jika isterinya ditinggalkan seorang diri dalam bilik dalam keadaan berbadan dua.
Kenapa dia bodoh dan tidak berfikir panjang?
"Abang mintak maaf ya sayang. Abang tak patut biarkan isteri abang seorang diri." JiMin melepaskan keluhan berat.
Telapak tangan kecil itu diraih dan dibawa ke bibirnya. Dicium lembut tangan sang isteri serta mengharapkan isterinya mencelik mata semula.
YOU ARE READING
eyes for you | pjm¹
Fanfic"What a perfect guy you are, hurm?" Aku mengusap kepalanya dengan senyuman nakal. Rambutnya yang terjuntai aku usik kemudian jari jemariku mengelus lembut dari dahinya, turun ke hidung, bibir, dagu dan halkumnya. "You look nervous. Am i make you fee...