Say what? Haha. Bagai nak tercabut jantung aku apabila membaca pesanan mesej di family group tadi. Serius, ketika itu rasa sayang terhadap Iphone X aku turun secara mendadak. Rasa nak baling je dari tingkat atas sekolah sampai ke bawah.
Ibu
Anak-anak ibu, malam ni kita ada tetamu.
Semua WAJIB BALIK before 7 especially Kak Je, HARAM singgah mana-mana.
With love, only ibu.💖😘Kalau aku buat-buat tak perasan mesej ini boleh tak? Serabut betul otak aku sekarang. Siapa lagi tetamu itu kalau bukan Muz? Mata aku tertancap pula pada buku yang masih bertimbun belum ditanda. Hilang mood jadinya. Huh!
Aku mengerling jarum jam di tangan. Sudah melepasi waktu rehat. Buku-buku berkaitan dan rekod pengajaran aku bawa bersama. Kaki melangkah ke kawasan sekolah di blok C. Kelas tahun 4 Dinamik. Hujungnya! Atas sekali pula itu. Alhamdulillah, nasib baik dalam seminggu sekali dua saja aku masuk mengajar. Kalau tak kesian lemak mono tak tepu aku.
"Assalamualaikum dan selamat pagi semua." Yang beragama Islam menjawab salam, yang lain pula sekadar membalas dengan ucapan selamat pagi.
"Semua boleh duduk. Untuk pelajaran hari ini, ada sesiapa tahu kita nak belajar tentang apa?" soalku kepada mereka. Wajah mereka aku perhati setiap satu. Masing-masing mula berfikir. Selepas seminit, masih lagi tiada jawapan.
"Okey, kita tak belajar hari ini. Kita akan main!" Sengaja aku membiarkan kata-kata aku tertangguh. Ingin memancing reaksi mereka. Ternyata, semua bersorak riang.
Hahaha, jangan berjimba sangat anak muridku.
"Yeay! Tak belajar! Saya suka, saya suka!" kata seorang pelajar perempuan, Mei Mei. Comel budaknya.
"Cikgu, saya ada soalan. Kenapa kita tak belajar, cikgu?" Ilham mengangkat tangan sekali gus bertanya. Sesekali spek mata tebalnya dibetulkan. Nerd budak ini.
Sebaik mendengar soalan Ilham, semua tersenyap. Setiap pelajar memandang Ilham dengan pandangan membunuh. Aku dah agak, ini akan berlaku.
"Ilham nak belajar ke?" Fokus aku beralih kepada Ilham.
"Mestilah... tak!" Ilham dah geleng kepala laju-laju. Pelajar lain dah bersorak-sorai. Aku hanya mengukir senyuman kelat. Mati-mati aku fikir dia nak bagi jawapan skema lagi. Rupa-rupanya, Tipah tertipu!
"Memandangkan hari ini kita tak belajar, tapi tak bermakna semua boleh berjimba. Saya nak sembilan orang murid ke depan, tidak kisah dari pelajar perempuan atau lelaki. Okey now, move!"
Satu, dua, tiga... cukup dah sembilan orang ke depan. Bibir tersenyum puas. Bagus kelas ini. Tak banyak bunyi. Setiap seorang aku bekalkan dengan sehelai kertas putih dan marker pen.
"Cikgu nak setiap orang tulis nama yang akan cikgu beri pada kertas masing-masing."
"Awak jadi Matahari." Jariku menunjuk pada Ariel. Keningnya berkerut hairan.
"Cikgu, kenapa saya kena jadi Matahari sedangkan cikgu sahaja cukup untuk menyinari hari-hari saya." Ariel dah sengih miang. Tak tahu apahal aku yang blushing lebih sekarang. Budak zaman sekarang gatal betul!
Semua dah bersorak. Cia cia cia!
"Ariel, jangan nak menggatal sangat. Saya report dekat mak awak nanti." Selepas saja aku cakap macam itu, tahu pun senyap. Mana taknya, mak dia tu guru besar sekolah. Berani buat hal?
"Dahlia pula jadi Bumi."
"Tapi... saya tak nak jadi Bumi, cikgu." Dahi aku berkerut. Kenapa pula?
"Kenapa tak nak pula? Bumikan cantik, macam awak." Sengaja aku memuji, tapi memang betul pun.
"Walaupun Bumi cantik, tapi manusia langsung tak hargai. Saya tak nak jadi macam itu!"
Rasa nak tepuk dahi. Alahai anak muridku... jujurnya berbicara! Tipulah kalau hati aku tak terusik. Ada benarnya juga kata-kata Dahlia itu. Manusia sekarang, terlampau mengejar kemewahan dunia sehingga tanpa sedar telah merosakkan habitat sendiri.
"Dahlia... walaupun tak dihargai, Bumi tetap kuat bertahan menampung kerosakan yang manusia lakukan. Itu maksudnya, Bumi ini baik!" Bahu Dahlia aku pegang. Cuba menjelaskan kepadanya bahawa terdapat juga sisi baik yang dapat dilihat.
Ibaratnya, jangan hanya melihat dengan mata lalat yang hanya nampakkan kekotoran dan keburukan, tetapi lihatlah juga dengan mata lebah yang nampakkan kemanisan dan keindahan.
"Yalah, saya jadi Bumi... yang baik!" Dahlia mulai tersenyum. Lega aku, nampaknya dia dah mula faham.
Selepas selesai membahagikan nama masing-masing, tiba masanya untuk menyusun mengikut turutan pula.
"Cikgu nak semua beratur ikut turutan. Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan last sekali, Neptun."
Semua mengikut arahan yang diberikan. Pelajar lain hanya diam memerhatikan. Barangkali masih tertanya-tanya perkara yang akan aku lakukan.
Mata aku kemudiannya menangkap kelibat Ariel.
"Ariel, awak kena jauh sikit daripada yang lain. Okey?"
Ariel tersenyum manis. "Saya rela menjauh asalkan cikgu sentiasa di sisi saya..."
"Cia cia ciaaa! Pickup line padu!" Pelajar lain bersorak. Kali ini lebih kuat. Aku menghela nafas berat. Layankan saja la, Lela.
"Okey semua... dah?" Nada aku bertukar serius. Budak-budak ini kalau dilayan, takut menjadi-jadi saja nanti.
"Dalam galaksi kita, ada lapan buah planet. Kita ada..."
"Utarid."
"Zuhrah."
"Bumi."
"Marikh."
"Musytari."
"Zuhal."
"Uranus."
"Neptun."
Setiap pelajar menyebut nama planet yang tertulis atas kertas masing-masing.
"Semua planet ini akan berputar dan beredar mengelilingi... Matahari!" Aku tarik Ariel Si Matahari ke tengah-tengah.
"Okey yang lain, pusing keliling Matahari." Masing-masing berpusing mengikut arahan.
"Hah, jadinya begitulah susunan planet yang mengelilingi Matahari! Semua faham?"
"Faham... cikgu!"
Muka pelajar-pelajar lain yang tidak terlibat kelihatan teruja. Mungkin tak sangka pengajaran yang akan diperoleh hari ini. Budak-budakkan... nampak benda bergerak, mudah sangat teruja dan tertarik. Kelas aku hari itu berakhir dengan jayanya.
YOU ARE READING
TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎
RomanceSegalanya bertitik tolak daripada kerja paling gila aku pernah buat. Melamar Diff, kawan sendiri sebagai suami. "Kau nak kahwin dengan aku tak?" -Lela "Apa kau merapu, merepek dan meraban pagi-pagi ini?" -Diff Walaupun pada mulanya agak tiba-tiba...