BAB 34 🌸

4K 234 19
                                    

Pagi tadi, bermulalah tugas aku sebagai seorang pendidik selepas dua minggu berpantang di rumah bonda. Sebaik saja masuk ke dalam pejabat, hampir semua cikgu yang bertembung denganku mengucapkan takziah dan meminta aku bersabar dengan apa yang berlaku. Aku hanya mampu tersenyum. Bukan sekali dua aku mendengar nasihat yang sama.

"Selamat pagi cikgu!" Hakimi menjalankan tanggungjawab pada pagi itu.

"Selamat pagi. Semua boleh duduk," ujarku bersama sebuah senyuman. 

6 Cemerlang. Kelas pertama aku untuk hari ini. Masing-masing memandang kelibatku dengan riak teruja. Masih ada lagi pelajar yang terlopong walaupun sudah kira-kira 10 minit aku berada di dalam kelas. Aduhai budak-budak ini. 

"Bob, tutup mulut itu. Berbau tahu tak?" Sengaja aku mengusik. Satu kelas dah tergelak. Bob pantas menutup mulutnya dengan kedua belah tangannya yang gempal.

"Awak semua ini janganlah terkejut sangat. Cikgu nak mengajar pun tak senang tau! Asyik terasa diperhatikan saja," komenku. Memang itulah yang terjadi. Setiap tindak-tandukku bagaikan diekori dengan mata tajam mereka. 

"Cikgu! Betul ke cikgu cuti sebab keguguran?" Seperti biasa, Falique yang prihatin membuka mulut berjaya memecah sunyi yang selama ini menghurung ruang kecil itu.

Bibir mengukir senyum sekali lagi. Tak sangka budak-budak ini pun mengambil berat tentang diriku. Terharu sekejap.

"Ya, tapi jangan risau sebab sekarang cikgu dah sihat." Pen marker diambil dari pencil box. Kemudian, pandangan kembali lurus pada pelajar kelas tahun 6 Cemerlang.

"Sepanjang cikgu cuti, siapa yang ganti? Cikgu Sarah ke?" soalku ingin tahu.

Semua menggeleng. Dahi mulai berkerut. Rasanya yang mengajar kelas Sains tahun 6 hanya kami berdua. Ada apa-apa perubahan ke?

"Tak... Cikgu Faizi yang gantikan cikgu," terang Falique sebagai wakil kelas.

Cikgu Faizi? Hmm... dia dah start take over ke? Sebelum ini, memang guru besar pernah cakap bahawa guru Sains untuk kelas tahun 6 masih tidak mencukupi dan memerlukan lagi seorang guru. Mungkin Cikgu Faizi yang dipilih. Nampaknya, selepas ini aku perlu berurusan dengan guru lelaki itu berkenaan prestasi terkini para pelajarku.

"Okey, students!  Berapa hari lagi nak UPSR?" Aku mulakan sesi pembelajaran hari itu bersama sebuah soalan maut. Bibir mengulum senyum.

Beberapa orang pelajar sudah menutup telinga dengan tangan sambil menggeleng-gelengkan kepala dan memejamkan mata. Nak tergelak aku dibuatnya. Reaction... melampau! 

"Hahahaha... kenapa sampai macam itu? Cikgu cuma tanya bila saja kan? Bukan suruh jawab UPSR sekarang pun!" Semakin giat aku menyakat. Seronok pula mengusik budak-budak yang naif ini. Aku menggelengkan kepala. Macam-macam la kau orang ni!

"Lagi seminggu. Kami takutlah cikgu. UPSR kot! Omaigad... omaigad," jawab Thohir. Amboi, melampaunya sampai menggigil-gigil tangan! Sekali tengok, macam mat gian pun ada. Thohir, Thohir. Satu hari tak buat kecoh mesti tak sah!

Kata-kata Thohir menyebabkan semua mengangguk. Pandanganku singgah satu persatu di wajah mereka. Kemudian, bibir menghela nafas perlahan.

"Dengar sini, cikgu nak pesan. Kamu semua kena ingat, anggaplah dengan menjawab UPSR ini sebagai salah satu cara untuk balas jasa ibu dan ayah masing-masing. Buktikan pada mereka, kamu semua datang sekolah selama ini betul-betul untuk menuntut ilmu bukannya nak main-main. Perlu diingat, kebahagiaan ibu bapa ialah melihat anak-anaknya berjaya depan mata. Jadi, kamu semua mestilah berusaha sungguh-sungguh untuk beri kebahagiaan itu! Jangan takut dan jangan mengalah. Selagi peluang masih terbentang, tidak pernah wujud istilah gagal."

TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Where stories live. Discover now