BAB 29 🌸

3.9K 235 29
                                    

"Bonda buat apa itu?" soalku sambil mendudukkan diri perlahan-lahan di kerusi bar yang disediakan. Kelibat bonda yang sedang membelakangiku membuatkan aku tertanya-tanya.

"Ini hah, buatkan air pegaga untuk Lela minum pagi-pagi," kata bonda. Sebelah tangan bercekak pinggang sambil tangan kanan sibuk mengacau periuk dengan senduk. Sesekali wanita itu berpusing memandangku.

Gulp! Air liur terasa berpasir. Air pegaga? Matilah aku!

"Nah! Dah siap. Lela bolehlah minum sebab air pegaga ini bagus tau untuk amalan ibu-ibu dalam pantang. Lagi-lagi selepas keguguran macam ini," ujar bonda lagi.

Api dimatikan untuk membiarkan cecair itu menyejuk. Kain buruk dicapai lalu periuk berisi air rebusan pegaga itu dituang perlahan-lahan ke dalam  gelas kaca. Kemudian, gelas yang sudah berisi penuh itu diletakkan betul-betul di depan mata. Otak aku pula sedang ligat berfikir cara hendak mengelat.

"Hehe. Bonda, Lela kena minum juga ke air ini?" Berhati-hati aku menyusun ayat. Tak naklah buat bonda kecil hati. Kalau bonda merajuk, siapa nak pujuk? Aku tak berani! Hahaha.

"Eh of course, mestilah! Kalau tak, macam mana nak cepat sihat dan bagi bonda dengan ayahanda cucu banyak-banyak?" Bonda tersenyum sambil menatap wajahku yang dah pucat. Takut nak telan air pegaga punya pasal.

Ya Allah, sampai ke situ pula dah! Aku dah rasa nak ketuk dahi sendiri. Tingginya harapan bonda! Dalam keterpaksaan, bibir tersenyum kelat sambil mengiakan kata-kata bonda.

"Err... okey. Lela minum eh?" Gelas jernih itu aku bawa ke mulut sambil mengungkapkan bismillah dalam hati. Hujung pucuk hidung dipicit dengan ibu jari. Air pegaga itu dihabiskan hanya dengan sekali teguk. Rasa dia... yuck! Tak payah cakaplah. Mual tekak aku dek penangan cecair hijau itu.

Bonda tersenyum puas. Belakang badan aku ditepuk lembut.

"Okey sajakan rasa dia? Hahahaha." Wanita separuh abad itu terhibur melihat reaksiku. Kepala hanya mengangguk lemah. Tepi bibir yang sedikit comot aku lap dengan tisu.

"Tak apa... jangan risau, tak lama pun. Selepas 14 hari dah boleh berhenti minum," pujuk bonda. Bibir lantas mengukir senyuman lemah. Maklumlah, rasa pahit itu masih bersisa dalam mulut.

Sementara menunggu air liur dalam mulut kembali bertukar neutral, pandangan mataku jatuh pada kelibat bonda yang datang menghampiri bersama pinggan di tangan. Dari jauh, nampak macam makanan. Mungkin itu hidangan sarapan aku hari ini.

"Ini untuk breakfast pula." Pinggan putih itu diletakkan di atas meja.

Hidangan dalam pinggan itu dilihat dari dekat dengan penuh minat. Hmm... nampak sedap! Ada ikan salmon bakar, nasi putih, sup sayur dan pegaga. Pegaga again?  Argh, dah la aku paling tak suka sayur itu. Namun, selera aku masih dapat diselamatkan tatkala menangkap segugus anggur yang turut terhidang. Bolehlah aku mengelat untuk makan anggur saja. Ngee.

Bonda menjadi saksi aku makan hidangan itu dengan penuh berselera. Tertunduk saja langsung tak pandang kiri kanan. Walaupun nampak biasa, tetapi disebabkan bonda yang masak terus rasa macam international  tau!

"Sedap juga eh lauk pantang ini. Lela ingatkan tawar saja tanpa rasa," komenku selepas berjaya melicinkan satu pinggan. Okey, tak licin sangat sebab aku biarkan beberapa helai daun pegaga di tepi pinggan. Nasib baik bonda tak paksa habiskan. Dia hanya tersenyum.

"Mestilah sedap! Yang tak sedap itu sebab dia tak tahu cara nak sediakan hidangan berpantang yang betul. Boleh saja makan makanan yang sedap cuma kita yang memasak inilah kena pandai-pandai adjust supaya sesuai."

Aku tersengih. Betul juga apa yang bonda cakap itu. Pinggan dan gelas yang sudah kosong aku bawa ke sinki dan basuh. Walaupun awal-awal tadi bonda suruh letak tepi tetapi apa salahnya kita membantu, kan?

TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Where stories live. Discover now