BAB 38 🌸

4.4K 222 37
                                    

"Abang okey? Dah lega belum?"

Belakang badannya diusap perlahan. Risau aku dibuatnya. Masuk kali ini saja dah lima kali dia muntah dan berulang-alik pergi ke tandas dalam feri ini. Muz ini degil, aku dah kata naik kapal terbang saja. Dia nak juga naik feri. Aku pun baru tahu yang Muz rupanya mabuk laut.

Kepalanya menggeleng lemah. Perut masih dipegang. Uwekkk! Dia muntah lagi. Kali ini, lebih lama berbanding sebelum ini. Dahi aku berkerut risau.

Badannya kembali ditegakkan. Tanganku pantas mengelap tepi bibirnya dengan tisu di tangan.

"Sayang... abang dah okey. Jom duduk sana." Aku hanya menurut. Perlahan-lahan, Muz aku papah menuju ke tempat duduk yang disediakan. Beberapa pasang mata penumpang lain memandang ke arah kami. Aku hanya melemparkan senyuman.

"Akak nak plastik tak? Saya ada plastik lebih. Kalau nak muntah, boleh terus di situ. Tak perlu ulang-alik pergi tandas." Seorang penumpang wanita di sebelah menghulurkan plastik. Suaminya di sisi turut mengiakan.

"Haah. Kesian pula saya tengok bro itu macam pucat sangat, takut tak larat pula," kata si suami.

"Oh, thank you so much." Bibir mengukir senyuman mesra. Plastik bertukar tangan lalu dimasukkan ke dalam beg tangan. Aku kembali menoleh ke arah Muz yang kini sedang bersandar di bahu. Automatik bibir mengukir senyum.

"Kesiannya orang itu... mabuk teruk eh?" Bahagian hadapan rambut Muz yang menutup dahi aku elus lembut dengan jari.

"Hmm," gumamnya perlahan dengan mata terpejam.

"Sayang, urut kepala abang sekejap. Pening sangat ini," pinta Muz lagi. Tanpa banyak soal, pelipis kepalanya aku urut perlahan. Aduhai, kesiannya cik abang kita ini. Baru ingat nak happy-happy pergi honeymoon, sekali dia sakit pula. Ini baru nak pergi, balik tak tahulah macam mana. Aku rasa nak suruh tempah ticket flight saja nanti.

Beberapa minit kemudian, tangan berhenti mengurut tatkala menyedari Muz sudah hampir lena. Beg tangan di sisi aku capai dan isinya dikeluarkan. Asam kering dalam plastik kecil dibuka dan dimasukkan dalam mulut. Pergh, sedapnya! Kecur liur weh! Terpejam mata aku.

"Sayang makan apa itu?" soal Muz sambil berkerut dahi. Lah, tak tidur lagi rupanya encik suami kita ini. Riak mukanya jelas kelihatan pucat.

"Abang lapar ke? Nak makan roti tak? Lagipun abang tak breakfast lagi, kan?" Aku pandang Muz sekilas. Dia menggeleng. Tangannya dibawa menekup mulut. Aku tahu, mesti dia rasa nak muntah lagi.

"Nah, makan asam ini. Boleh buat hilang mabuk itu sedikit." Plastik asam di tangan didekatkan kepada Muz.

"Ya ke? Tak pernah dengar pun?" Plastik itu hanya dipandang sepi.

"Betul, Lela tahulah. Dulu Lela mabuk laut juga macam abang. Sekarang dah tak dah."

"Nak suap! Aaa..." Muz dah buka mulut luas-luas sebiji macam budak tak cukup makan. Aku sekadar menjeling. Ceh! Sakit-sakit pun cari peluang juga nak mengada itu! Sabar sajalah. Nasib baik sayang.

"Abang nak banyak ke sedikit? Asam ini masam sangat-sangat tau."

"Banyak sedikit."

Huh? Otak aku dah confuse. Nak mana satu ini? Melihatkan aku yang dah blur tahap cipan, Muz pantas menggeleng kepala. Mulut yang terbuka luas ditutup kembali.

"Suka hati Lelalah nak bagi banyak mana. Abang makan saja." Mulutnya dibuka sekali lagi. Kali ini, lebih luas. Aku dah tersengih. Besarnya mulut, bang! Nasib baik tak bau.

Muz mengulum asam yang baru masuk ke dalam mulut. Dahinya berkerut.

"Masamnya sayang! Seriuslah Lela makan benda ini?" Dia tanya. Aku hanya mengangkat bahu. Dah aku suka apa boleh buat. Beberapa ketul asam disumbat lagi ke dalam mulut.

TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Where stories live. Discover now