BAB 21 🌸

4K 271 41
                                    

Berus berbulu tebal rancak menari di sekitar wajah. Sempat aku memandang Kak Tim yang tersenyum melihat aku di balik cermin. Aku pun turut membalas senyumnya. Mata kembali  ditala pada cermin yang membiaskan rupa aku yang kini lengkap dengan busana pengantin. Disebabkan aku jarang pakai macam ini, jadi terkejut pula dengan rupa sendiri. Cantik! Hik hok. Puji diri sendiri sekejap.

"Kak Hajar, make up kita tak nak tebal-tebal sangat tau! Nanti nampak fake," pesanku pada Kak Hajar, mak andam yang bertanggungjawab menyolek aku untuk majlis sanding hari ini. Kak Hajar mengangguk.

"Okey sayangku. Kalaulah semua pengantin macam awak, mesti jimat bedak mekap akak." Kak Hajar bergurau. Tergelak aku dan Kak Tim. Hahahaha boleh pula. Dah aku tak minat, boleh la kata macam itu.

"Tapi rugilah, betul tak kak? Kita dah bayar tapi guna sikit saja." Kak Tim mencelah. Kak Hajar mengangguk laju. Aku buat-buat tak dengar.

"Orang tak suka nak buat macam mana kan?" Kak Hajar memang dah faham sangat dengan set-set orang tak suka mekap macam aku. Bagus betul! Respect sis!

"Akak nak tanya. Suami awak itu macam mana? Hensem tak orangnya?" Tangannya sibuk membetulkan letak duduk tiara di atas kepalaku. Sesekali dia memandang aku, meminta jawapan. Dua ulas bibirku tersengih panjang.

"Orangnya sedap mata memandang." Ringkas jawapanku. Kak Hajar buat muka.

"Sedap mata memandang? Elok ke tak tu? Kalau sedap mata memandang, pokok kelapa sawit belakang rumah akak pun sedap mata memandang apa." Sentap sekejap. Apalah Kak Hajar ni, boleh pula disamakan cik abang kita dengan pokok kelapa sawit.

"Maksud kita, okeylah ada rupa sikit. Tapi tak apa, kita tak kisah. Kalau hensem sangat pun susah, nanti semua orang berebut nak. Biarlah dia milik kita seorang." Aku dah tersengih-sengih. Eee... macam gatal sangatlah pula ayat aku tadi. Kak Tim dengan Kak Hajar yang mendengar mencebik bibir. Geli sangat kot. Hahaha.

Tiba-tiba, pintu bilik dikuak dari luar. Ibu dah melangkah masuk sambil tersenyum lebar. Punggungnya dilabuhkan di birai katil di sebelah Kak Tim.

"Kak Je dah siap?" tanya ibu. Aku menganggukkan kepala. Dah siap dah. Kak Hajar pun mula mengemas barang-barang dia.

Aku perlahan-lahan bangun dari duduk, melangkah keluar dari bilik diikuti ibu dan Kak Tim di belakang. Majlis sandingnya nanti dekat dewan yang ditempah khas oleh pihak keluarga Muz. Keluarga kedua belah pihak rancang buat majlis sekali. Bagus planning macam itu, lagi aku suka! 

Keluar dari kereta, kornea mataku terlebih dahulu menangkap kelibat Muz. Dia turut terpaku melihatku. Segaknya cik abang! Lagi-lagi dengan baju melayu warna purple  itu. Waktu macam ini, mulalah jantung aku buat hal mengepam darah lebih laju daripada biasa.

"Wow, seriously Lela... he is so handsome!" Lili yang menjadi pengapit aku hari ini sempat berbisik. Eh, eh minah London ini. Jelingan tajan dihadiahkan buat Lili di sisi. Seronok memuji cik kak! 

"Hey, I'm jealous!"  balas aku, geram. Lili dah tergelak besar. Apabila tersedar terlepas laku, cepat-cepat dia tutup mulut. Selepas itu, kedua belah tangan diangkat tanda meminta maaf. Tercuit hatiku dengan tingkah Lili. Comel je. 

Kelibatku melangkah menghampiri dan berhenti di sebelah Muz. Sebelah tangan aku pegang bunga, sebelah lagi berpaut pada lengan dia. Sejenak Muz menundukkan kepala sambil berbisik perlahan di tepi cuping telingaku. Hanya untuk didengari oleh kami berdua.

"You're really beautiful, dear. Love you."  Spontan sepasang anak mata ini mencari wajah pemilik hati. Muz lantas mengenyitkan sebelah mata. Sekali lagi dadaku berdetak hebat. Dia inikan, suka buat aku berdebar tak tentu pasal. Harapnya tak ada siapa nampaklah. Walaupun dari ekor mata aku nampak Lili tengah tahan senyum dekat sebelah. Sabar sajalah. 

TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Where stories live. Discover now