BAB 32 🌸

4.1K 232 43
                                    

"Lela... bangun."

"Lela... bangunlah."

"Lela... bangunlah sayang."

Sebaik terdengar panggilan yang ketiga itu, baru kelopak mata mampu terbuka. Heh, nampak sangat mengadanya. Panggil sayang baru nak bangun. Tak sengaja okey! Aku terpisat-pisat memandang Muz yang sudah duduk di sisi katil.

"Pukul berapa dah ini?" soalku. Sebelah tangan menutup mulut yang luas terbuka akibat menguap. Malas pula nak tengok jam sekarang.

"Dua belas."

"What! Dua belas?" Mata yang tadinya kuyu serta-merta bertukar segar. Tubuh bingkas bangun dari pembaringan. Wajah Muz dipandang tak berkelip. Sungguhlah aku dah terlajak tidur sampai dua belas tengah hari?

Ya Allah, apa dah jadi dengan aku ini? Buat malu depan bonda dan ayahanda saja! Tangan naik mengetuk tempurung kepala. Kesal dengan keterlanjuran diri.

Kakiku yang bersarung stoking diturunkan ke bawah. Aku berjalan menuju ke rak penyidai mengambil tuala untuk mandi. Selangkah sebelum masuk ke dalam bilik air, telingaku menangkap suara Muz tertahan-tahan menahan tawa.

"Kenapa gelak macam itu? Peliklah bunyinya." Aku menjongketkan kening sambil berkerut dahi. Bukan Muz namanya kalau gelak sopan macam itu. Dia biasanya bantai gelak kuat-kuat terus.

"Sayang, sini sekejap." Muz memanggil menyuruh aku menghampiri katil semula. Aku mengikut arahan lelaki itu tanpa banyak soal.

"Duduk, duduk sini." Ruang kosong di sebelahnya ditepuk-tepuk. Eh, eh suruh duduk pula dah. Aku nak pergi mandi, kan? Pelik sungguhlah Muzaffar Shah ini.

Sekali lagi, kakiku yang bersarung stoking dinaikkan perlahan-lahan ke atas katil. Aku duduk berlunjur memandangnya dengan tuala yang masih tersangkut di bahu. Boleh pula Muz suruh aku duduk betul-betul sebelah dia tengah-tengah katil saiz king ini. Memang jenuh la aku nak turun dan naik katil.

"Err... dengar sini elok-elok tau. Saya ada something nak bagitahu." Kedua belah tangan Muz menggenggam bahuku dengan erat. Aku menjeling sekilas pada tangannya yang kini berada di atas bahuku.

"Kenapa ini?"

"Kena janji dulu. Jangan marahkan saya tau!" Jari kelingkingnya dikeluarkan. Aku mencebik bibir. Pinky promise pula dia. Lambat-lambat, jari kelingking kami bercantum jua.

Muz menarik nafas dalam sebelum meneruskan kata.

"Sekarang baru pukul dua belas pagi, sayang. Awal lagi untuk awak mandi."

Krik. Krik. Krik.

Terdiam. Terkedu. Terkejut. Terkujat.

4T itu cukup untuk menggambarkan keadaan aku sekarang.

Pap! Pap! Pap! Bahu Muz aku pukul laju-laju. Sesekali lelaki itu mengelak sambil tergelak besar tanpa tertahan-tahan lagi seperti tadi. Hah, itu barulah perangai Muz yang sebenar! Gelak tanpa dikawal!

"Muz! Awak jahat!" jeritku. Bengang dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Geram sungguh! Sengal la suami aku ini. Tak sampai dua jam aku tidur dah dikejut untuk bangun. Patutlah mata aku rasa heavy nak mati!

"Kenapa buat saya macam itu? Sakit hati, tahu tak?" gumamku sambil berpeluk tubuh. Kemudian, bibir automatik memuncung ke hadapan.

"Lah... manalah saya tahu awak akan percaya. Setahu saya isteri saya ini cikgu sains. Mestilah bijak nak membezakan waktu siang dengan malam."

Pap! Pap! Pap! Sekali lagi, Muz menerima tamparan daripadaku. Kali ini lengannya pula menjadi mangsa. Eee... bengong sungguh la dia ini. Kalau diletak pakar kaji cuaca di tempat aku tadi pun belum tentu dia boleh bezakan. Muz ini tak tahu ke orang baru bangun tidur mestilah mamai, mangkuk!

TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Where stories live. Discover now