BAB 18 🌸

3.7K 258 16
                                    

"Kak Je dah siap belum tu? Muz dah tunggu dekat luar!" Ibu jerit dari muka pintu. Ternaik bahu aku, terkejut punya pasal. Dada diurut perlahan sambil menjeling ibu sekilas.

"Ibu! Terkejut orang!" Ibu dah bantai gelak kuat-kuat. Bibirku mendengus perlahan sambil tangan aku sibuk membetulkan lipatan dan awning tudung. Sesekali mata aku memandang ibu yang masih tak berhenti gelak di balik cermin.

Tawa yang masih bersisa cuba dihentikan. Ibu berdiri kemudian menghampiriku. Badan aku dipusing-pusingkannya. Tiba-tiba, feeling princess pula dekat sini. Ibu menatap wajah aku sambil tersenyum lebar.

"Dah... cantik anak ibu." Bahu aku dipegang. Kembang pula apabila ibu puji macam ini. Bukannya selalu ibu memuji. 

"Hehe, orang malulah ibu!" Aku acah-acah gedik dekat situ. Muka dah ditutup menggunakan kedua-dua tangan, nak tunjuk malu sangatlah itu kononnya.

"Ish, jangan gedik macam itu pula dekat rumah bakal mak mertua nanti," tegur ibu. Bahu aku ditepuk perlahan. Aku sengih. Gila ke nak buat macam itu? Mahu kena tendang keluar nanti.

Malam ini, family Muz ajak aku dinner dengan mereka. Katanya nak berkenalan lebih rapat. Mula-mula aku nak gunakan alasan kursus untuk tak pergi, tapi at the end  boleh pula kursus itu ditangguh. Jadinya, nak tak nak memang kena pergi juga. Ibu dan ayah dah suruh. Nak buat macam mana?

"Ibu, Kak Je pergi dululah. Lama pula Muz tunggu nanti." Ibu angguk. Tangan aku hulur untuk bersalaman dengan ibu.

"Elok-elok sikit dekat sana. Jaga adab semua. Ingat, kita perempuan kena sopan. Pesan juga pada Muz, jangan hantar sampai lewat malam. Tak elok!" Sempat ibu menitipkan nasihat. Aku mengangguk patuh.

Masuk saja dalam kereta Muz, aku buat macam biasa. Tali pinggang keledar aku pinkan. Kedudukan arah aircond ditala supaya betul-betul on point. Badan disandar pada kerusi sambil berpeluk tubuh. Selang beberapa minit, kereta masih juga tak bergerak. Aku pandang Muz dengan hairan. Dah kenapa pula ini?

"Awak, kenapa tak gerak lagi?" soalku.

Mata Muz yang tadinya memandang aku ditundukkan. Dia menggeleng-geleng kepala sambil tergelak kecil. Sejenak matanya kembali ditala pada wajah aku.

"I think I forgot to tell you  something."  Dengar saja dia cakap macam itu, dada aku dah berdebar. Apa pula kali ini?

"Wh... what?" Bergetar suara aku. Takut punya pasal. 

"Bonda saya suka awak pakai baju kurung. And she told me, ask you to wear it tonight." 

Baju kurung? Sejak bila aku pakai baju kurung depan bonda dia? Otak dikerah untuk berfikir. Oh... pernah la. Waktu aku pulangkan perfume Muz selepas habis waktu sekolah. 

Pandanganku jatuh melihat baju blous navy blue yang tersarung di tubuh sekarang. Kemudian, aku menoleh pada Muz di sisi.

"Maksudnya, saya kena tukar baju kurung la ni?" Aku bertanya bagi meminta kepastian.
Muz angguk.

"Kalau tak nak?" Cuba berkompromi sekejap dengannya. Aku dah tayang muka kesian.

"No way!  Tukar juga," arah Muz. Riak mukaku dah bertukar cemberut. Adoi, lecehlah macam ini. Nak kena tukar baju pula. Lambat-lambat aku membuka pintu kereta.

"Cepat! 10 minutes only."  Ceh! Boleh pula dia gertak aku. Tergesa-gesa jadinya langkah aku masuk ke dalam rumah. Semua dah pandang aku dengan pelik. Lantaklah, aku buat tak kisah saja.

Aku rembat sepasang baju kurung untuk dipakai esok. Nasib baik dah siap gosok awal-awal. Esok pun aku kena datang ke sekolah sebab ada kelas tambahan untuk budak UPSR itu. Dah siap semua, aku masuk ke dalam kereta semula. Muz tersenyum simpul sambil memandangku sekilas sebelum keretanya bergerak meninggalkan kawasan rumah.

TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Where stories live. Discover now