BAB 28 🌸

4.1K 243 24
                                    

Demam aku akhirnya kebah. Risau juga pada mulanya sebab doktor suspek aku kena denggi. Kerisauan aku berkurang apabila suhu badan kembali turun dan berubah normal tak lama selepas dua hari aku berkampung di wad.

Doktor Maryam kata, punca keguguran aku disebabkan terlampau stres dan ditambah lagi aku alami peningkatan suhu mendadak tiba-tiba. Bayangkanlah suhu 42 darjah Celcius! Waktu itu pun bayi baru berusia seminggu di dinding rahim.

Tepat pukul 10 pagi, aku dibenarkan untuk discharge dari hospital. Walaupun mengalami keguguran lengkap, bonda Muz dan ibu tetap berkeras untuk aku berpantang. Jadi, bonda awal-awal dah pesan supaya berpantang di rumahnya. Ibu hanya membenarkan langsung tak ambil hati. Katanya bonda Muz pun boleh jaga aku dengan baik.

"Hah, sampai pun. Jalan jammed ke Muz?" soal bonda tatkala kami bersalaman di halaman rumah. Aku datang naik kereta Muz. Bonda dan ayahanda dah balik rumah dulu semalam.

"Tak adalah, jalan clear saja cuma tak naklah bawa laju-laju. Muzkan bawa Lela di sebelah."

Muz tersengih. Aku sekadar melemparkan senyuman nipis. Sesekali menggunakan peluang menjelingnya dari ekor mata. Huh! Alasan dia macam tak boleh gempak lagi.

"Sayang juga dekat bini ya?" Bonda pula yang tersenyum kali ini.

"Siapa tak sayang bini oi..." seloroh Muz. Sengaja dirapatkan bibirnya di tepi telingaku. Pantas aku menjauh. Fikir aku pekak ke? Halah... dia ini pun.

"Dah, jom masuk. Tak elok kena panas lama-lama." Bahu aku ditarik oleh bonda masuk ke dalam rumah. Sebelah tangan lagi menarik lengan Muz untuk turut serta. Sebaik menjejak lantai ruang tamu, bonda menghentikan langkah. Kemudian kami berdua dipaksa duduk di atas sofa coklat bercorak klasik itu.

"Muz dan Lela duduk di sini sekejap. Bonda nak buatkan air," ujar bonda.

"Tak apa, biar Lela tolong bonda." Aku siap sedia bangun dari sofa. Takkanlah nak duduk berdua saja dengan Muz? Awkward la nanti!

"Lela sayang, awak itu tengah dalam pantang. Mana boleh buat kerja berat-berat. Tak apa, duduk elok-elok dengan Muz, okey?" Bonda memaksa untuk duduk semula. Sambil itu, otak laju berfikir. Sejak bila buat air pun tergolong dalam kerja berat?

Dalam keterpaksaan, aku turutkan juga kata bonda. Tak naklah jadi menantu derhaka pula. Mata meliar ke sekeliling ruang tamu yang terlampau luas dan bagai langit dan bumi jika nak dibandingkan dengan ruang tamu di rumah kami. Pemerhatian itu berakhir apabila telinga ini menangkap bunyi Muz yang tiba-tiba berdehem kuat.

"Ehem. Ehem! Ralit nampak usha ruang tamu orang?" Lengannya diletakkan pada belakang sofa sambil menyilang kaki. Aku menjeling Muz sekilas.

"Suka hati sayalah. Nak dapat ruang tamu macam ini tak mampu, dapat tengok je pun jadilah," sindirku. Aku pun tak tahu mana datangnya keberanian itu. Anggap sajalah aku sedang mengikut rentak permainan lelaki ini.

"Pandai menjawab sekarang eh? Bagus-bagus, yang ini saya suka." Muz tersenyum lebar. Ternyata sangkaanku meleset. Ingatkan dia nak mengamuk tadi. Baru siap sedia nak buka bunga silat yang dah lama layu.

Tiba-tiba, Muz meletakkan kepalanya di atas pangkuan aku yang hanya beralas kain batik. Seluruh badan automatik bertukar keras. Serius rasa geli! Lagi-lagi apabila menyarung kain batik, memang terasa sungguh la! Ya Allah, agak-agaknya jenis dadah apa yang dia dah tercekik ini? Heroin, syabu atau candu? High semacam saja sejak kebelakangan ini.

"Hei awaknya, bangunlah! Saya geli tahu tak? Kepala dah la keras macam batu!" Helaian rambut Muz ditarik-tarik kuat. Cepatlah bangun, mangkuk! Geli sungguh ini!

Muz menyeringai sakit namun sempat tangannya menangkap dan mengunci pergerakan tanganku. Renungannya jatuh tepat pada wajahku. Saat itu, bibir mendengus geram. Mula dah perangai gila dia. 

TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Where stories live. Discover now