BAB 35 🌸

4.5K 254 51
                                    

"What are you doing, girl? 

Pintu bilik kini terbuka. Sesusuk tubuh Muz kelihatan sedang berpeluk tubuh sambil bersandar di muka pintu. Wajahnya beku tanpa sebarang riak. Lama kami berbalas pandang. Aku bangun, segera meletakkan buku hitam di tangan kembali di tempat asal.

Renungan tajam daripada lelaki itu cukup untuk menimbulkan rasa gugup. Tanpa berfikir lagi, aku mengatur langkah meninggalkan bilik yang terasa sesak dengan kehadiran Muz. Belum sempat aku mencapai tombol pintu, dia terlebih dahulu menutup pintu bilik dengan sebelah kaki lalu dikunci. 

Aku memandang Muz bersama tanda tanya. Apa yang dia cuba lakukan?

Kemudian, tanganku ditarik menurut langkahnya untuk duduk di tengah-tengah katil. Riak lelaki itu masih selamba malah langsung tidak peduli dengan pandangan pelikku terhadapnya. Apa lagi, mulalah aku rasa tak sedap hati. 

"Muz, saya minta ma..." Tak sempat aku menghabiskan kata, jari telunjuk Muz melekap di bibir membuatkanku automatik terdiam. Bibirku terkunci.

"Apa yang awak fikirkan sewaktu baca buku itu?" Muz merenung tepat ke dalam anak mataku. Buat ke sekian kalinya, dada berdegup kencang dan air liur sudah bergelen ditelan.

"Lela... please. Tell me," pinta Muz lagi. Menghalang niatku daripada terus berdiam diri.

"Siapa awak sebenarnya? Macam mana awak... boleh tahu semuanya tentang Diff?" Bergetar suara tatkala aku cuba memberitahu apa yang terlintas di fikiran. Rasa sebak tiba-tiba hadir.

Sewaktu pertama kali Muz menyebut nama Diff di rumah ibu dulu mungkin dia dapat tahu tentang hubungan kami melalui Kak Tim. Tetapi setelah melihat isi kandungan buku hitam Muz, aku dapat rasakan ia lebih daripada itu.  

Muz tertunduk lama. Kelihatan seperti dia cuba mengumpul kekuatan. Genggamannya pada tanganku turut dieratkan. Aku hanya membiarkan. Aku perlukan penjelasan sekarang. Diri ini sudah tak mampu hidup lagi dalam teka-teki yang tak berpenghujung.

Lelaki itu mengangkat kepala menjadikan pandangannya lurus menghadapku.

"Salam sayang wahai yang dirindu. Mungkin kita tak pernah bersua apatah lagi bertemu, cukuplah engkau tahu bahawa detak nadi ini sentiasa mengukir namamu."

Berderau darahku tatkala mendengar bait-bait kata itu lancar meniti di bibir Muz. 

"Salam sayang wahai yang dirindu. Cinta dalam sebait kata, semua tak seperti yang diharapkan. Cinta hanya ada dalam mimpi. Cinta hanya ada dalam hati. Cinta hanya terungkap dari tulisan ini. Aku harap kau mengerti. Secebis perasaan yang kini membuai diri." 

Setitik demi setitik air mata mengena pipi. Mengalir laju tanpa dapat ditahan lagi. Badan terasa lemah tatkala minda ligat mentafsir sebuah hakikat. Siapa lagi yang tahu tentang isi surat itu kalau bukan si dia? 

"Maafkan saya Lela sebab tak pernah beritahu perkara sebenar. Maafkan saya sebab meninggalkan awak tanpa pesan. Maafkan saya membiarkan awak dalam penantian. Maafkan saya, sayang. Maafkan saya."

Lelaki itu tertunduk lemah. Aku mengetap bibir menahan rasa hati yang semakin berkecamuk mendengarkan pengakuan Muz. Siapa sangka rupa-rupanya Muz ialah si dia yang dinanti?

"Awak tahu tak betapa sakitnya menunggu? Lima tahun, Muz! Lima tahun saya menunggu khabar berita daripada awak. Tapi awak? Hilang macam itu je! Awak kejam! Awak pergi tinggalkan saya setelah awak buat saya jatuh dalam cinta awak. Selepas lima tahun, tiba-tiba awak muncul depan mata saya. Buatkan saya jatuh cinta sekali lagi. Lamar saya, janji untuk bahagiakan saya. Tapi tengoklah sekarang. Apa yang awak dah buat? Awak memang kejam!  Awak seksa saya atas kesilapan yang saya tak lakukan."

TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Where stories live. Discover now