Tinta 1, Jun 2015
Salam sayang wahai yang dirindu.
Mungkin kita tak pernah bersua apatah lagi bertemu,
Cukuplah engkau tahu bahawa detak nadi ini sentiasa mengukir namamu.-Dia
Tinta 2, Ogos 2015
Salam sayang wahai yang dirindu.
Cinta dalam sebait kata,
Semua tak seperti yang diharapkan.
Cinta hanya ada dalam mimpi.
Cinta hanya ada dalam hati.
Cinta hanya terungkap dari tulisan ini.
Aku harap kau mengerti.
Secebis perasaan yang kini membuai diri.-Dia
Tinta 3, Oktober 2015
Salam sayang wahai yang dirindu.
Sayangku,
Aku pernah berbual malam dengan sang rembulan.
Padaku dikhabarkan tentang matahari.
Padanya aku khabarkan
Wahai rembulan,
jenguklah kekasihku.
Beritahu padanya,
Hatiku sedang sarat menanggung rindu.
Walau hanya dari jauh.-Dia
Tinta 4, Disember 2015
Kadang kau perlu meneladani matahari,
ia cinta pada bumi,
Tapi ia cukup mengerti,
bahawa mendekat pada kekasih justeru membinasakan.-Dia
YOU ARE READING
TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎
RomanceSegalanya bertitik tolak daripada kerja paling gila aku pernah buat. Melamar Diff, kawan sendiri sebagai suami. "Kau nak kahwin dengan aku tak?" -Lela "Apa kau merapu, merepek dan meraban pagi-pagi ini?" -Diff Walaupun pada mulanya agak tiba-tiba...