Cincin belah rotan baru seminggu tersarung di jari manis belah kiri. Sesekali permukaannya bersinar terang. Aku hanya mampu tersenyum mengingatkannya. Syukur kepada Allah, aku dan Muz selamat mengikat tali pertunangan.
Teringat pula tempoh bertunang dengan Diff dulu. Sekejap juga tempohnya. Aku harap supaya pertunangan kali kedua ini berjalan dengan lancar dan sampai ke jenjang pelamin. Amin...
Kelas 6 Cemerlang. Kelas terakhir untuk diajar hari ini. Murid dalam kelas ini lain macam sedikit. Mulut semua petah bertanya. Kadang-kadang itu soalannya langsung tak terjangkau dek akal. Kebijaksanaan aku pun rasa seperti diragui apabila masuk kelas budak-budak IQ tinggi ini.
"Selamat pagi cikgu!" Si ketua kelas, Hakimi berdiri hormat diikuti pelajar lain. Buku dan pencil case aku letakkan di atas meja guru. Masing-masing duduk.
"Cikgu, kenapa cikgu pakai cincin? Cikgu bukan single lagi ke?" Tengok! Dah mula dah soalan KBAT dia. Nasib baik aku dah berpunya. Cuba kalau didengar oleh cikgu-cikgu yang masih single, tak ke mereka kecil hati?
Apa aku nak jawab ni? Satu kelas dah berebut-rebut perhatikan jari manis aku. Muka Falique yang bertanya tadi aku jeling sekilas.
"Cikgu dah bertunang sebab itu kena pakai cincin." Jawapan pantas yang sempat aku terfikir. Ralit betul semua tengok cincin pada jari aku. Tak lepas langsung, kau!
"Tunang sama ke dengan kahwin, cikgu?" Mestilah tak, wahai muridku!
"Kenapa cikgu tak kahwin terus?" Eh eh eh... dia ini. Fikir kahwin itu macam main PUBG ke?
"Tak cantiklah cincin ini cikgu. Tak ada permata pun." Samalah! Cikgu pun rasa macam itu.
Malangnya, semua soalan itu aku hanya mampu jawab dalam hati. Kalau aku jawab guna mulut, nanti tak jadi rancangan mengajar aku hari ini. Oleh itu, disebabkan tak nak semata-mata kerana cincin budak ini semua hilang fokus, cincin di jari terpaksa aku tanggalkan.
"Okey, fokus semua! Memandangkan UPSR hujung tahun ini, so why not we continue our syllabus? Bab berapa minggu lepas? Kita habiskan terus hari ini," ujarku. Masing-masing akur, mula mengeluarkan buku lalu diletakkan di atas meja.
"Bab sembilan cikgu! Pengawetan makanan." Aku angguk. Sambil itu, marker pen dikeluarkan dari pencil case. Tangan sibuk menulis beberapa point penting. Kemudian, aku berpusing menghadap semua.
"Tengok depan! Dekat sini saya dah list out semua point penting. Jadi, kita mulakan dengan point pertama. Kepentingan kaedah pengawetan makanan dalam kehidupan seharian. Cuba fikir, kenapa kita kena awet makanan?" soalku. Muka masing-masing dah menunduk. Tak nak kena panggil la tu. Alahai...
Tiba-tiba, ada seseorang mengangkat tangan. Memang muka dia saja kalau cikgu tanya. Sampai aku pun naik bosan. Haha, boleh pula. Siapa lagi kalau bukan Azeeb. Putih budaknya, tinggi pun tinggi, bijak pula itu! Dalam hati, aku memuji.
"Supaya makanan tak basi dan tahan lebih lama, cikgu." Aku angguk. Betul, tepat dan padat!
"Bagus! Selain itu, supaya mengelakkan mikroorganisma membiak pada makanan. Sebab apa? Mikroorganisma pun macam kita, suka makan makanan."
"Tapi saya tak suka makan, cikgu!" Seorang budak lelaki menyampuk.
"Hah, awak tak suka makan? Kenapa?" Kening aku ternaik. Tak baik untuk tumbesaran budak-budak di kala usia dalam proses tumbesaran. Riak muka Thohir bertukar masam mendengar soalanku.
"Ibu saya masak tak sedap, cikgu. Bukan saya saja, ayah pun tak suka makan masakan ibu." Tulus jawapan yang terbit dari hati seorang anak. Pelajar yang dengar dah gelakkan dulu. Aku pun dah rasa nak gelak tapi terpaksa tahan muka serius. Hai la budak...
YOU ARE READING
TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎
RomanceSegalanya bertitik tolak daripada kerja paling gila aku pernah buat. Melamar Diff, kawan sendiri sebagai suami. "Kau nak kahwin dengan aku tak?" -Lela "Apa kau merapu, merepek dan meraban pagi-pagi ini?" -Diff Walaupun pada mulanya agak tiba-tiba...