" Ma, Pa mana?"
Haris yang baru sahaja turun sarapan menegur mamanya. Setelah mendapat tahu keadaan Ice stabil, papa terus ke pejabatnya.
"Macam biasa, dah pergi office. Kamu tak pergi kerja hari ni haris?" Mama memandang sekilas anak bujangnya yang baru turun tangga." Tak. Haris off two days". Roti yang telah disapukan mentega oleh mamanya di ambil satu. Eh kejap! Papa dah pergi pejabat?
" Tak pergi jemput Nisah dekat airport ke,Ma?".
"Nisah sampai malam nanti katanya".Mama mengulum senyuman manis. Dia menuangkan secawan milo panas kepada Haris yang sudah melabuhkan punggung di sisinya.
" Ma, kenapa Icha benci sangat dengan Haris ek? ".
Senyuman mama mati seketika. Dia berdehem sebelum menjawab soalan anak lelakinya.
" Mybe,sebelum dia accident,Haris ada buat something yang dia tak suka agaknya". Mama meletakkan teko panas itu di tengah meja makan. Tiga tahun lepas, Ice telah mengalami amnesia akibat kemalangan jalan raya. Lama jugaklah Ice koma. Bulan yang kedua barulah Ice sedar daripada komanya.
Dan pada saat itu, dia tak ingat langsung muka mama dan papa. Paling dia ingat muka Haris. Tapi, lelaki itulah yang paling dibencinya." Ice tu tak nak pergi airport rasanya. Kalau mama and papa tak pergi jemput Nisah,takut dia sedih pulak". Mama mengomel sendirian. Tetapi,setiap bait yang dikatakan oleh mamanya dapat ditangkap jelas oleh Haris.
" Mama pergi jerlah airport,Haris ada jer dekat rumah ni.Biar Haris temankan Icha". Air milo yang masih panas itu dihirup perlahan."Haris.." Mama memanggilnya lembut.
Haris memandang mamanya. " I'm know you were disappointed about papa. Jangan lah ambil pusing,ya" .Haris sedar keberadaannya di rumah itu sebagai anak angkat. Sudah dua puluh tahun lamanya Haris duduk bersama keluarga Dato' Tajuddin Hassan sejak dia berumur tiga tahun. Tapi,lelaki separuh abad itu masih menganggapnya seperti orang luar.
Sebelum kembar seiras itu lahir lagi Haris sudah bergelar anak kepada mama dan papanya. Alangkah bagusnya kalau ibu bapa kandungnya yang di cari selama ini masih hidup. Dia tahu dia bukannya di buang ataupun di jual. Dato'Tajuddin dan Datin Hamidah sendiri yang mahu mengambilnya daripada keluarga kandung.
"Haris,kamu pergi jenguk Icha dekat atas tu". Haris tersedar daripada lamunan apabila mama mengusap bahunya. " Okay".
Haris memanjat anak tangga. Satu per satu hinggalah tiba ke biliknya. Kelihatan Ice sedang tidur dengan nyenyak setelah di suntik ubat tahan sakit pagi tadi.
" Icha ni degil. Penat abang Haris nak jaga Icha". Dia duduk di bahagian birai katil.
Dia ingat lagi,pada waktu kecil dulu, Ice selalu datang ke biliknya untuk mengacau dia ulangkaji pelajaran.
"Icha nak teman abang Haris baca buku". pintu biliknya yang tidak berkunci dikuak dari luar.
Ice ketika itu berusia lima tahun manakala Haris berusia sepuluh tahun.
"Icha nak temankan abang ke nak kacau abang ni?" Dia mendukung budak kecil itu untuk duduk di atas katilnya.
"Icha nak teman abanglah. Jom baca buku cepat. Icha nak jadi pandai macam abang Haris". Haris mengusap lembut kepala Ice. "Icha dah besar nanti nak jadi apa?". Budak kecil itu memandangnya. " Nak jadi macam abang".
YOU ARE READING
ICE COMPLETE 💯
Short StoryICE? Bersifat dingin,dialah orangnya. Amnesia selama empat tahun menyebabkan dia malas nak ambil tahu siapa dirinya yang sebenar. Status diri pun sudah berubah. Haris Iskandar pula terpaksa meninggalkan Ice selama dua tahun untuk menyambung urusanny...