BAB 3

65 8 0
                                    

"Haris? Termenungkan apa tu?".

Lamunannya terhenti buat kedua kalinya. Mama sudah tercegat di hadapan pintunya sambil menatang sedulang yang terhidang di atasnya semangkuk bubur ayam dan secawan milo panas. Kepulan asap kecil masih terapung apung di udara. Haris menapak ke arah mama. Dulang tadi bertukar tangan.
" Haris,mama nak ke pejabat lepas tu kami terus ke airport. Kalau Ice dah sedar, suruh dia makan bubur ni. Ubat dia pun suruh makan. If  Ice tak nak makan, bagitahu mama". Haris hanya mengangguk.

" Mama nak ke office dengan siapa?" Sebab pagi tadi mama kata papa dah ke pejabat. "Officement datang ambill mama". Haris meletakkan dulang dan mengikuti langkah mamanya ke ruang tamu.

"Siapa? Kak Maisarah ke?"

Mama mengangguk tanda benar.
" Jaga Ice tu sekejap,ya. Kalau boleh pujuklah dia buat treatment. Bukannya dengan sesiapa pun. Abang dia jugak". Mama menggelengkan kepalanya. Budak Ice tu memang degil sejak dia tersedar daripada koma tiga tahun lepas. Hanya dua kali physio teraphy jer yang dia pergi. Lepas tu dia kata dah penat. Lagipun dia sendiri yang tak nak ingat balik memori lama.

Haris yang selama ini mengawal tahap kesihatannya. Maklumlah,dia sudah bergelar doktor dua tahun lepas. Kes yang pertama diselesaikan oleh Doktor Damia di HKL. Sekarang dia pulak yang mengawasi tahap kesihatan Ice. Lebih dekat dan sangat dekat!

Derupan enjin kereta Honda Vios milik Kak Maisarah telah jauh meninggalkan perkarangan rumahnya. Haris kembali ke arah dalam rumah.
Apabila dia mahu menutup pintu, suara Ice bergema di biliknya,

"Aaargh! Mama,papa!". Jeritan Ice semakin kuat. Haris dengan kalutnya berlari ke tingkat atas. Gadis itu dilihatnya sedang menggenggam rambutnya dengan kuat.

"Hey, Icha. Abang ada ni" Haris menghampiri Ice.

Gadis itu meneruskan tingkahnya.
Haris bagai kehilangan kata apabila Ice menumbuk dadanya dengan kuat.Dia hanya membiarkan perlakuan Ice begitu.

"Sakit! Tak nak!"Ice berkata berulang-ulang kali.

"I hate him,Haris. I really hate him!" Tangannya masih tidak berhenti memukul dada Haris.
"I really hate him! I hate her too!" Ice meneruskan pukulannya. Semakin lama pukulan itu perlahan.
You hate,what?

"Icha,look at me. Look at me". Haris memegang kedua-dua pergelangan tangan milik Ice. Matanya tajam merenung anak mata Ice.

"Who is the guy? Tell me". Mata Ice sudah berkaca-kaca.

" I really hate him" Mungkin Ice sudah ingat kembali apa yang terjadi. Mungkin dia dah ingat siapa dirinya dua puluh tahun dulu.
Gadis itu hanya diam tidak menjawab. Takut barangkali.
"Icha Haris ni. Tell me,apa yang Icha mimpi". Tangan gadis itu di lepaskan perlahan-lahan. Ini bukan kali pertama Ice mengalami trauma sebegini. Hampir setiap kali apabila dia tersedar daripada pengsan!

"Ice?". Rambut panjang milik gadis itu di kemaskan ke belakang telinga.

"Okay,I takkan paksa you". Gadis itu hanya memerhatikan tingkahnya. Meja yang terletak di hadapan katil yang bersaiz king itu diambil dan diletakkan di tepi Ice. " So now, I nak you makan bubur ni. Mama pesan makan ubat ni jugak". Haris menunjukkan botol pil yang berwarna biru cair itu kepada Ice.

" Ice, nak tidur. Penat". Haris memberhentikan kelakuannya. Bubur yang sudah di buka penutupnya di lekatkan semula. Pandangannya beralih kepada Ice.

"Okay. If you need anything just call me". Haris menyelimuti tubuh Ice.

"Kalau the bad guy tu datang,panggil I". Perasaan benci pada lelaki itu bagaikan hilang seketika. Ice memandang wajah Haris yang berkulit cerah itu. Lelaki itu amat baik terhadapnya tapi mengapa dia membencinya.

" I ada dekat bawah". Pintu bilik itu ditutup rapat.

ICE COMPLETE 💯Where stories live. Discover now