BAB 4

60 7 0
                                    

Ice tersandar di balik pintu utama rumahnya. Petang itu dia sudah tersedar daripada lenanya. Akibat terlalu lapar, bubur yang sudah sejuk di atas meja itu di makan dengan enak. Dua biji pil telah selamat di telannya.
Mana Haris ni? Satu rumah dia tawaf mencari kelibat Haris.

Ice menghampiri kolam renang di tepi rumahnya. Kelihatan seorang lelaki sedang berenang mengelilingi kolam yang agak besar itu. Haris perasan akan kehadiran Ice disitu,segera dia naik ke permukaan.

"Ice!" Nama gadis itu di seru kuat.

Ice yang sedang menghampiri tangga kolam itu terhenti langkahnya.

"Nak apa?".

" Nak berenang sekali ke?". Haris sudah mengelap badannya yang berlecak dengan air kolam. Sesekali rambutnya yang basah itu dilap kasar.

" Tak nak".

" Bosan ke?"

" Haah". Ice sudah berpaling untuk masuk ke dalam rumah semula.

  "Kejap lagi Nisah sampai".

Haris mengingatkan kembali kepada gadis itu. Sepatutnya mereka sekeluarga akan menjemput Aisya Hanisah di lapangan terbang.
"What?!". Haris mengangkat kening. Lupa lah agaknya tu.
"Dia balik hari ni?" Gadis itu membuat muka bengang. Aik? Kembar dia sendiri balik pun nak marah?

Ice berlari naik ke atas. Tak tahulah dia nak buat apa.Haris pula pergi ke tandas yang terletak di bahagian belakang rumah untuk salin pakaian.

Selesai menyalin pakaian,Haris memasuki rumah. Sampai sahaja di hadapan biliknya, dia melihat Ice sudah menutup pintu bilik. Lagipun bilik mereka bersebelahan sahaja.

"Nak pergi mana ni?" Gadis itu hanya diam.
Diam lebih baik untuk situasi yang macam ni.
"Ice,I'm asking you. Where do you want to go?" Ice memandang ke arah lelaki itu. Suka sangat paksa-paksa orang!

"Excuse me? Tak payah nak sibuk" Ice berlalu ke tingkat bawah. Seketika pintu rumah yang terbuka itu di tutup kuat oleh Ice. Sempat lagi matanya mengerling Haris yang sedang memerhatikannya.

"Hish budak ni. Orang risaukan dia,dia blah macam tu je", Omel Haris geram.

ICE COMPLETE 💯Where stories live. Discover now