"Morning mama" Hanisah mencium pipi mamanya. Mama hanya memberikan senyuman manis kepada anak gadisnya.
" Papa mana,ma?" Roti yang di sapukan mentega itu terhenti seketika. " Papa ada dekat luar rasanya. Dekat kolam ikan emas dia tu".
Mama menjuih kan bibirnya ke arah luar. Hanisah dengan pantas pergi mendapatkan papanya.
Ice dengan gopohnya turun ke bawah. Hari ni dia terlambat sedikit. Jam locengnya tidak berbunyi. Hampir sahaja dia terlanggar Haris yang baru menuruni anak tangga.
" Careful lah, Ice". Tutur Haris bersahaja. Tanpa membalas apa-apa, Ice terus sahaja berlalu ke ruang makan.
"Morning Mama"
Ice mencapai sekeping roti dan segera bersalaman dengan Mamanya. Kasut sukan yang berada di dalam rak dicapai laju. " Nak ke mana gopoh-gopoh ni Ice?" Belum sempat Ice menjawab soalan papa,Hanisah yang dari tadi ralit melihat tingkah Ice daripada luar segera menyahut. " Ice? Siapa Ice?" Langkahnya laju menuju ke arah Ice. Tubuh gadis itu ingin di peluknya. Rindu? Tak adalah rindu sangat."Icha,I miss you so much!". Pipi Ice di cubit geram. " Stop it Nisah!" . Tangan Hanisah ditepis kuat.
"Hey, you kenapa ni Icha?". Dia terkejut melihat reaksi yang di tunjukkan oleh Ice terhadapnya." Ice,not Icha". Ice berlalu ke arah papa. Tangan lelaki itu di ciumnya. "Ice nak pergi training netball".
Papa hanya mengangguk. "Jangan balik lewat!" Pesan papa.
Ice memandang kearah Hanisah. Perempuan itu membuat muka nak menangis.
Gedik!
Haris yang berada di balik pintu hanya tersenyum sinis melihat kerenah Hanisah. Kau punca,kau tanggunglah akibatnya sendiri!"Hanni,tournament Netball Uni kita ni bila ekk?". Setelah penat berlari sepuluh pusingan tanpa henti, Ice segera duduk di sebelah Hanni.
"Jangan duduklah lepas lari,nanti punggung kau besar baru tahu". Soalan yang tadinya tergendala seketika. Ice hanya membuat riak bersahaja. "Dua minggu lagi.Asal?" Ice membuntangkan matanya. Seriously?
" Iya! Buat dekat Terengganu. Kau jangan tak join eh. Kau dahlah center". Hanni mengingatkan Ice. Tuala Good morningnya dihulurkan kepada Ice. "Thank you". Tuala GM itu diambil dan dilapnya peluh yang menitik di wajahnya.
"Nampak gayanya,kita kena practise lebih masalah". Ice memulakan senaman lariannya semula." Ma" Ice memandang mamanya yang sedang ralit membaca majalah di ruang tamu.
Mama mengalihkan pandangannya sekilas ke arah Ice yang sedang memandang ke arahnya." Ya sayang. Nak apa?". Mama meneruskan bacaannya yang tegendala seketika tadi.
"Lusa Ice ada tournament dekat Terengganu. Mama pergi tak?" Ice sudah pun melabuhkan punggungnya di sebelah mama. Bantal kecil di tepinya di capai dan di letakkan ke paha. "Tournament apa ni sampai dekat Terengganu bagai?" Mama menutup majalahnya. "Mama ada janji temu dengan client petang tu"
Ice pula mengeluh perlahan.
"Mama tak ingat ke Ice pernah bagitahu minggu lepas?" Mama menggeleng. Memang mama pelupa." Tak apalah. Nanti mama bagitahu papa.Esok Hanni jemput Ice. Kami bertolak petang". Ice segera berlari memanjat tangga. Hum! Merajuklah agaknya tu.
"Ice! Mama minta maaf ya sayang". Mama berkata separuh menjerit. Dia tahu Ice kecewa dengannya. Sewaktu Hanisah belajar keluar negara,mama sanggup datang ke sana walaupun jauh. Ni setakat dekat dalam Malaysia pun sudah berkira!
" Assalamualaikum,Ma" Haris menghenyakkan punggungnya di atas sofa berhadapan mama. Ketika itu,dia baru sahaja pulang daripada hospital. "Kenapa dengan Ice tu?" Haris memandang ke tingkat atas.
" Merajuklah agaknya tu"
Haris hanya beriak sahaja. Merajuk sebab apa? Soalan itu hanya di simpan dalam hati.
YOU ARE READING
ICE COMPLETE 💯
NouvellesICE? Bersifat dingin,dialah orangnya. Amnesia selama empat tahun menyebabkan dia malas nak ambil tahu siapa dirinya yang sebenar. Status diri pun sudah berubah. Haris Iskandar pula terpaksa meninggalkan Ice selama dua tahun untuk menyambung urusanny...