BAB 11

50 6 0
                                    

"Macam mana Ice boleh pengsan ni?" Papa datang bersama mama dan Hanisah manakala Haris sudah mendahului mereka ke hospital.

"Haris pun tak tahu,pa"

Papa melabuhkan punggungnya di sebelah Haris. "Ice dah ingat dah siapa kamu sebenarnya?" Haris memandang ke arah papa seraya mengangguk. "Kita ke sana sekejap,papa nak bincang sesuatu dengan kamu". Haris hanya membuntuti papa ke arah anjung hospital di tingkat tiga itu.

" Kamu tahu tak kamu penyebab Ice koma tiga bulan?". Haris mengeluh perlahan. Takkanlah papa nak buka isu dua tahun lepas. Dia berasa sedikit janggal ketika itu.

"Papa nak kamu tinggalkan dia. Jangan mucul depan dia untuk sementara waktu ni", bertambah terkejut Haris mendengar arahan daripada papa.

" Pa, Ice tu isteri Haris. Takkanlah Haris nak tinggalkan dia?"
Papa membuang pandangannya ke arah lalu lintas jalan raya. Kelajuan kereta yang melintasi jalan itu sama seperti tahap keegoaannya.
"Cukuplah dua tahun kita rahsiakan perkara ni daripada dia". Haris sudah menyandarkan dirinya ke dinding. Betapa sakitnya hati dia ketika itu.
"Papa nak kamu pindah daripada rumah tu. Berhenti kerja dan uruskan syarikat papa dekat Perak". Selesai sahaja berkata, papa terus meninggalkan Haris yang sedang terkesima dengan arahan papa buat sekian kalinya.
"Tolonglah faham yang Haris sayangkan Ice. Terlalu menyayanginya". Air matanya turun bersama kelebatan hujan yang membasahi bumi.

Malam itu, Ice masih belum sedar daripada lenanya. Haris berpeluang menjaga Ice setelah papa,mama dan Hanisah pulang ke rumah.

Lelaki itu mengusap lembut pipi gebu milik Ice. Betapa dia rindukan suara comel milik Ice memanggilnya Abang Haris. Kali terakhir Ice memanggilnya abang sewaktu dia menyarungkan cincin di jari manis milik Ice. "Ice minta ampun abang". Setelah bergelarsuami kepada Ice, gadis itu selalu mengelak daripada bertembung dengannya.

Sepatutnya Haris tak perlu percaya pada kata-kata seorang lelaki yang menyamar menjadi kawan rapat Ice. 'Kawan Ice' mengatakan bahawa Ice demam panas ketika itu.

Pada waktu itu pula, mama dan papa menghantar Hanisah ke China untuk sambung pengajian peringkat degree. Haris pula menetap di apartment nya di Kuala Lumpur. Ice katanya tak nak ikut mereka sekeluarga menghantar Hanisah kerana malam tadi telah berlaku sesuatu yang mengecewakan hati Ice.

Malam itu, Haris mendapat panggilan daripada lelaki tersebut dan dia segera ke rumahnya di Putrajaya.

Dengan pantas Haris mendapatkan Ice yang sedang lena tidur di atas sofa. Baru sahaja dia menyentuh dahi Ice, tiba-tiba malam itu dia di tangkap khalwat bersama Ice. Tiada apa yang boleh menyelamatkan mereka kerana Haris bukannya abang kandung kepada Aisyah Maisarah.

Dan malam itu menjadi peristiwa yang terpahit buat Haris dan Aisya Maisarah.

.....

" Ice, maafkan abang. I'm know, it was impossible to get your forgiveness". Haris menggenggam erat tangan Ice.

"I really hate you". Ice memandang lemah ke arah Haris.

Haris membalas ayat itu dengan senyuman.

"Ice benci abang", air mata milik Ice jatuh buat ke sekian kalinya.

"Ice bencilah abang. Abang takkan marah Ice" Haris sudah bangun daripada duduknya. Dia pergi ke arah kepala Ice. Wajahnya dirapatkan ke telinga Ice .

"Abang takkan lepaskan Ice selagi mana mati tidak menjemput abang" Ubun-ubun milik gadis itu di cium lama. Terasa rindu yang ditanggung selama ini pulih sedikit demi sedikit. Ice berasa amat tenang dan membuatnya tertidur semula. "Jangan tinggalkan Ice" Gadis itu berkata perlahan sebelum matanya terpejam rapat.

....

"Mama nak cakap apa dekat Ice bila dia dah sedar nanti,Haris?". Haris sudah bersiap sedia untuk meninggalkan rumah itu. Seketika dia pandang ke arah papa.

"Papa tahu rasanya nak cakap apa dekat Ice nanti" Haris segera melangkah ke arah keretanya. Iya! Dia berasa amat kesal sekali dengan tindakan papa. Tak pernah nak tanya sebelum buat keputusan.

Sekarang ni,dia perlu meninggalkan Ice, gadis yang telah menerimanya dalam paksaan.

ICE COMPLETE 💯Where stories live. Discover now