Mereka bertolak daripada rumah tadi pada jam sembilan pagi. Kini, mereka tiba pada jam dua setengah petang.
"Ice, you hantarkan porposal ni dekat chairman HSH. I nak parking kereta dekat sana tu". Ice hanya menurut. Ice keluar daripada kereta itu dan melangkah masuk ke dalam syarikat yang berdiri gah di hadapannya itu.
" Selamat petang Cik Hanisah". Seorang lelaki yang memakai jaket denim menyapanya mesra. Ice hanya tersenyum memandang ke arah lelaki itu. Wait. What? Hanisah?
Ice hanya membiarkannya sahaja. Nampaknya Hanisah sudah kerap kali datang ke syarikat ini. Ice memasuki lif dan menekan butang lif itu ke tingkat lima. Jauh sihh pengurus syarikat ni punya office!" Evening Miss Hanisah", Ice tersenyum lagi. Nak sahaja dia kata 'Aku Ice! Bukannya Hanisah!' tetapi kata-kata itu hanya di simpan di dalam hati. "I nak jumpa dengan Chairman HSH. Dia ada?" Ice memberhentikan langkahnya di hadapan pejabat HR.
Setiausaha yang di hadapannya itu mengangguk seraya membuat panggilan. "Is, ada orang nak berjumpa"
" Okay" Suara di dalam talian itu menjawab sepatah." Cik Hanisah kan?" Badrul yang merangkap sebagai setiausaha dan PA kepada Iskandar, berjalan mendahului Ice.
" I Maisarah. Adik Hanisah". Lelaki itu berhenti melangkah. "You all kembar ke?". Ice mengangguk sambil tersenyum.
" Nice to meet you". Badrul mengetuk pintu yang berbingkaikan kaca itu.
" Iskandar, she want to give you a porposal". Iskandar yang sedang menghadap ke arah tingkap hanya mengangguk dan mengarahkan gadis itu masuk.
" Masuklah. Encik Iskandar ada dekat dalam". Badrul sudah pun berjalan ke arah pejabatnya yang berada di hadapan bilik Iskandar." Assalamualaikum". Ice mula menyapa dan berjalan perlahan ke arah meja milik lelaki itu. " Dato' Tajuddin suruh I serahkan porposal ni dekat you. Dia tak dapat nak datang". Ice meletakkan sekeping fail tebal ke atas meja Iskandar.
" Oh" Lelaki itu berpaling dan mengambil fail itu. Matanya masih lekat ke arah fail yang berada di tangannya.
Ice yang sedang ralit memerhatikan posisi pejabat itu menghentikan perbuatannya apabila dia terlihat sekeping gambar miliknya berada di atas rak milik lelaki tersebut. Dia kenal sangat wajah itu. Sudah pastinya muka dia dan bukannya wajah Hanisah.Ice memandang ke arah Iskandar. Ketika itu Iskandar sedang ralit menyemak helaian demi helaian fail yang di berikan oleh Ice.
"Haris?"
Lelaki itu memberhentikan perbuatannya.
Matanya memandang ke arah sepasang mata hazel milik Ice.
" Tengku Haris Iskandar Tengku Radzi Shah?" Lelaki itu meletakkan semula fail yang dipegangnya ke atas meja. Gadis yang berada di hadapannya itu di tatap lama." Ice?"
Berat mulutnya mahu menuturkan nama itu. Dia terlalu rindu dengan gadis bernama Nuraisyah Maisarah Megat Tajuddin.Ice hanya berdiri tegak di situ. Apa yang patut dia buat terhadap lelaki itu?
Sepasang mata milik Ice sudah mengalirkan air mata.
" I hate you,Haris and I means it!". Ice berlari keluar daripada pejabat Haris Iskandar. "Ice!". Gadis itu tidak berpaling.
YOU ARE READING
ICE COMPLETE 💯
Short StoryICE? Bersifat dingin,dialah orangnya. Amnesia selama empat tahun menyebabkan dia malas nak ambil tahu siapa dirinya yang sebenar. Status diri pun sudah berubah. Haris Iskandar pula terpaksa meninggalkan Ice selama dua tahun untuk menyambung urusanny...