Prolog 1

1K 53 0
                                    

Akira hirup susu strawberi yang dibeli Ian. Dia berjalan di tengah-tengah Ian dan Ben,baru pulang dari sekolah. Cuaca panas hari ini buatkan masing-masing berpeluh. Panas,penat.

"Ben,apa plan esok?"tanya Akira. Esok Sabtu. Biasanya hujung minggu mereka bertiga akan luangkan masa bersama. Santai hujung minggu. Sama ada di pantai,hutan atau apa sahaja tempat yang mendamaikan.

"Tak fikir lagi..esok lah baru decide." Ujar Ben garu kepala. Malas dia nak fikir sekarang,dah la panas!

"Sungai jom?" Cadang Ian tiba-tiba.

"Cantik." Ben cepat bersetuju. Aahh..fikir sungai sahaja dia dah terbayang kesejukan air yang mengalir. Tambah tambah lagi sekarang musim panas. Terasa nikmat andai mandi sungai!

"Kira?" Ian toleh pada Akira. Kenapa senyap?

"Kau ok tak ni nak pergi sungai?" Soal Ben pula. Selalu kalau minta persetujuan ke apa,laju je si Akira menjawab.

"On." Perlahan Akira mengeluh. Walau hatinya berat untuk pergi,tapi dia taknak hampakan Ian dan Ben yang nampak teruja. Fobianya terhadap air yang bertakung dan banyak,tiada siapa yang tahu. Dan dia tak pernah terniat untuk beritahu perkara yang memalukan itu.
*this fobia,I reka je*

"Canttikkk!!" Ian dan Ben berhigh five. Akira tersengih sendiri. Macam-macam!

"Kira,nak sikit.." ujar Ben.

Susu strawberi di tangan Akira,dijeling. Nampak sedap tengah-tengah panas ni. Dah tu dari tadi nampak macam tak luak je Akira minum. Gaya macam sayang sangat nak habiskan minuman favouritenya itu.

"Sikit je.." kotak minuman tersebut dihulur.

Ben menghirup lega. Matanya terpejam menikmati. So nice. Sejuk melewati kerongkong yang kering. Sambil dia menghirup,Akira dan Ian tengah rancak berbual pasal aktiviti esok. Ben pula masih berada di awang-awangan. Hanya beberapa patah perkataan sahaja yang masuk telinganya.

Ben menghirup lagi dan lagi. Aahh..tak puas rasanya. Bila dia nak pulangkan pada Akira,baru dia tersedar kotak susu strawberi tersebut dah ringan. Eerrr..

"Kira..sorry. Dah nak habis.." perlahan tutur Ben. Sumpah dia tak sedar langsung. Dalam hati dia mengutuk diri sebab nikmat sangat minum sampai lupa kawan punya.

Akira terjegil mata. What the? Beralih pula melihat wajah Ben yang serba salah.

"Kira baru minum sikit kot,kau dah habiskan..ish ish ish.." Ian menggeleng.

"Sorry..aku tak perasan.."

"Small matter la Ben..kau habiskan je la"
Akira buat tak tahu. Sekotak susu je pun,takyah la kecoh sangat.

"Aku ganti lain la weyy.." Ben meninjau. Kat depan kalau belok kanan,lebih kurang 100 meter ada kedai runcit,boleh singgah beli. Baru Ben nak melangkah,begnya ditarik Akira.

"Jangan mengada nak ganti..Aku dah sampai tuisyen dah ni. Gerak dulu!"

Akira panjat anak tangga ke rumah kedai tingkat dua di hadapan mereka. Ben terangkat kening. Eh? Cepatnya sampai! Dia hanya memandang belakang Akira yang semakin menghilang. Setiap Jumaat petang Akira ada tuisyen Bahasa Inggeris di wisma ini,maka mereka akan berpisah di tengah jalan.

"Bye Kira! Balik nanti hati-hati!" Ian melaung.

"Akira.." Ben mengumam. Serba salah dibuatnya.

"Ben." panggil Ian.

"Pebenda?" Tanya Ben malas.

"kalau diikutkan..susu tu aku yang belanja Kira..so..alang-alang kau nak ganti tu,bagi aku jela!"

Ian merangkul bahunya. Ben tersentak ke depan. Mentang-mentanglah kau lagi tinggi!

"Hhmm..yela.."

"Cantik!"

Dengan itu,berjalan lah mereka berdua ke kedai runcit sebelum masing-masing pulang ke rumah.

Call Of DeathWhere stories live. Discover now