Terkedu. Tergamam. Lidah kelu tak berkata. Dia berpaling pada Ben di belakang. Mata seakan tak percaya dengan apa yang dilihat. Telinganya seakan tuli. Akira mula rasa dunianya berpusing-pusing. Langit yang seawal pagi tadi sentiasa cerah dan berawan kini mula bertukar mendung dan gelap. Menunjukkan bibit-bibit akan turun hujan,seakan tahu situasi yang melanda Akira kini.
Dia melurut jatuh. Lututnya menggeletar maha dahsyat. Tubuhnya mula menggigil. Air mata yang dah bergenang di tubir mata menanti masa untuk mengalir,sekali gus mengaburkan pandangannya.
Tolong..cakap pada dia semua ini hanya mimpi. Tolong..sesiapa..aku taknak hadap benda ni. Akira terasa mahu meraung di situ juga.
'Ben' dilihatnya dengan hujung mata. 'Kawannya' itu masih duduk memeluk lutut sambil memejam mata. Keadaannya bertambah baik dari tadi,dadanya kelihatan berombak perlahan.
Akira mengetap bibir memandang Ben. Air mata laju turun. Sungguh tak dapat ditahan lagi. Tersedu-sedan dia keseorangan. Pengunjung yang lalu lalang dia buat tak endah. Patutlah..patutlah mereka pandang dia semacam..Perasaannya bercampur baur. Sedih dan takut. Khabar dari Ian tadi 'berjaya' buat dia dalam keadaan sebegitu. Kenapa perlu dia hadapi situasi begini?
.............................................................................
"Ben..dia..dah..meninggal.."
Akira berang. Lawak apa Ian merepek ni? Kalau sekadar nak prank dia,serius dia takkan terkena. Dahlah buat lawak tengah dia marah. Belum sempat dia nak membalas,Ian terlebih dahulu memotong.
"Aku kat majlis pengebumian dia sekarang,Kira. Aku tau kau tak percaya tapi Ben dah meninggal malam tadi Kira..accident."
"Tipu." Otaknya tak dapat nak berfungsi sepenuhnya mendengar kata Ian. Air liur ditelan perlahan. Tolong..Ian..cakap semua benda ni tipu..
"Tak Kira..aku tak tipu! Awal pagi tadi aku dah pergi rumah Ben! Mayat dia ada kat sini Kira!"
Senyap. Tapi jantung Akira jelas sedang berdegup laju.
"Kitorang call kau banyak kali! Satu pun tak angkat Kiraa.."
Memang dia tak dengar. Sebab volume telefonnya sangat perlahan dia 'set'kan.
"Ha..habi..habis..tu..a..ku..den..gan.." Akira tak mampu habiskan ayatnya. Suaranya bergetar. Air mata mula bertakung. Kakinya bagai dipaku ke tanah,tak mampu dia bergerak.
"Aku..tak..tahu Kira..tapi yang pasti kau kena bawak balik 'dia'. Aku rasa 'Ben' tak sedar dia dah takde kat dunia ni.." Ian mengeluh. Itu apa yang dirasakannya sekarang. Sebab
"Ian..kau datang sini..tolong..aku takut.." Menggeletar. Jarinya mula sejuk. Jujur dia taktahu nak rasa apa. Sampai hati 'Ben' buat dia macam ni..
"Aku takleh Kira.." Ian mengeluh. Tak dapat dia nak bayangkan andai dia pergi ke Bukit Uyu dan berjumpa 'Ben'.
Akira gigit bibir. Sungguhlah si Ian ni..
Panggilan dimatikan. Tak sanggup dah nak dengar. 'Ben' dah takde??Mindanya mula mengimbau segala keadaan yang dirasakan pelik bila bersama 'Ben'. Bermula malam tadi. Angin sejuk yang datang tiba-tiba. 'Ben' yang sepanjang masa kesejukan hatta sehingga sekarang. Sentuhan 'Ben' ketika urut kakinya tadi pun sejuk. Mukanya, sentiasa pucat. Pandangan orang sekeliling terhadap dia. Terutamanya dua orang pemuda di pondok mereka berehat tadi. Memandang dia pelik sebab bercakap seorang diri. Rupanya sedari awal dia memang bersendirian. Cuma hanya dia yang dapat 'melihat' 'Ben'.
Gambar. Dia jadi teringat pada segala selfie yang diambilnya sebelum ini. Cepat dia bawa keluar telefonnya dan membuka bahagian Gallery.
Matanya singgah pada gambar yang baru diambil tadi. Dia terpempan. Nyata hanya ada dia seorang sahaja. Dia menelan liur sambil membelek gambar yang lain. Berharap ada 'Ben' tapi hasilnya tetap sama. Ben..
YOU ARE READING
Call Of Death
General FictionTiga sahabat berjanji untuk berkelah bersama. Namun hampa bila hanya Akira dan Ben sahaja yang munculkan diri. Ian,tak dapat dihubungi dan masing-masing tertanya ke mana perginya sahabat mereka yang jarang bertingkah sedemikian. Janji tetap janji...