Akira dan Ben sama-sama teruja melihat pemandangan di puncak bukit. Cantik. Sangat cantik. Masing-masing puas hati dengan pemandangan indah tersebut. Tak lupa,Akira dan Ben bergambar, menyimpan kenangan tersebut. Sungguh mereka penat setelah dua jam suku berjalan. Dengan segala karenah Akira, akhirnya pukul 11 setengah baru dapat menjejak kaki di sini. Namun,lelah mereka berdua seakan hilang bila dapat menikmati panorama sebegitu.
"Finally Ben! Finally!"
Ben senyum. Ikhlas. Suka dia melihat Akira seronok dan gembira.
Tapi,suara Akira yang sedikit kuat mengundang perhatian beberapa pendaki di situ. Mereka berbisik sesama sendiri.Akira yang sedar kelakuan mereka,hanya menjeling. Menyampah. Tak habis lagi nak pandang dia tak puas hati. Memang hari-memandang-orang-tak-puas-hati kot hari ni.
Sedang Akira menikmati pemandangan, Ben terduduk. Tiba-tiba dia lelah. Tercungap-cungap menarik nafas. Mukanya pucat seakan tak berdarah. Pandangannya berpinar. Peluh mengalir dari celah-celah rambutnya. Dadanya berdegup kuat entah kenapa. Terasa kakinya mula sejuk. Dia memejam celikkan mata,mencari Akira. Pandangannya kelam tak nampak.
Akira yang baru sedar,panik. Ditariknya beg sandang Ben mencari first aid, berharap ada apa-apa ubat yang berguna. Tapi langsung tiada ubat yang berkaitan. Hanya ada minyak,bandage dan ubat melecur.
Lantas,dia capai pula botol minuman dan diberi pada Ben. Cepat Ben meneguk menghabiskan isi. Setelah itu,baru keadaannya sedikit lega tapi, dia masih tercungap. Serupa lepas lari marathon.
"Kau okey ke Ben? Jangan buat aku takut."
Wajah cemas Akira sukar disembunyi. Dia mendekat pada Ben,terasa badannya sejuk. Seolah Ben berada di kutub ais. Dia pegang pula dahi Ben. Terjegil matanya. Sejuk na mati."Kau..kau kenapa weeyy?"
"A..aku..aku..t..ta..tak..tau.." udara seakan tersekat di kerongkong. Jantungnya masih berdegup laju. Malah dia sendiri dapat rasa seluruh badannya seperti memakai jaket ais. Se..sejuk..Kenapa..kenapa ni? Dia pandang Akira,cuba mencari jawapan tapi hanya wajah risau Akira yang diperolehinya.
"Kita balik? Aku risau.."kata Akira. Tangannya dipegang Ben. Terasa sejuknya jari jemari Ben.
"Tak..tak payah. Kita baru..sa..sampai..kau..tak..pu..puas lagi..tengok.." meski perlahan,Akira masih dapat tangkap kata-kata Ben. Dia mengeluh. Kalau lah Ben tak sakit,ingin dia siku jugak kepala Ben di situ. Boleh lagi fikir pasal Akira.
Baru dia ingin membalas,telefonnya tiba-tiba berdering. Dilihatnya nama pemanggil. Ian.
Melihat nama rakannya yang seorang itu,terus menggelegak amarahnya. Geram. Baru sekarang nak call.Dibiarkannya tak berangkat. Dia nak Ian tahu betapa marahnya dia bila Ian sendiri yang tak reti nak angkat call.
Ben sedikit terganggu dengan deringan telefon Akira. Dengan mata yang terpejam,dia menyuruh Akira mengangkatnya. Bising. Dia tak selesa.
Dah empat kali Ian menelefonnya. Kali kelima baru Akira jawab,itupun sebab Ben suruh."Kau nak apa?"
"Kiraaa!! Kau kat mana?! Berkali aku call dari pukul sembilan tadi! Kenapa tak angkat?!"
Kening Akira terangkat. Kau dah kenapa brother? Call call terus nak sound aku? Marahnya yang tadi baru nak reda kini menaik kembali bila dengar suara Ian sebegitu. Haaa..aku dah la tengah penat ni. Memang meminta mamat sorang ni. Dia menjauh sedikit daripada Ben.
"Yang kau marah aku pahal pulak?! Aku yang patut marah sebab kau tak datang! Aku call, berkali kau tak jawab! Aku whatsapp,tak reply! Kau call aku,kau marah?! Woahh!! Seriously??!!" Naik seoktaf suara Akira. Dia betul-betul marah kala itu. Geram. Kalau Ian ada,memang dia kerjakan cukup-cukup mamat itu.
Ian senyap. Dengar dia mengeluh.
"See..aku minta maaf kay? Kau kat mana?"
Suara Ian mula mengendur. Mungkin sedar silapnya."Apa kau kisah aku kat mana?! Apa?! Nak datang maki aku pulak?!"
Maaf dari Ian dia buat tak dengar. Sungguh dia tak boleh nak bercakap baik dengan Ian sekarang ni. Ditambah pula dengan sakit perempuannya itu. Lagi lah.Ian menggigit bibir. Tak pasal-pasal dia pulak yang kena. Dia menghembus nafas. Mencari kekuatan bercakap dengan Akira. Tersalah cakap,nanti dia yang kena lagi.
"Kau kat mana ni Kiraa?" Dia tanya lagi sekali. Berharap akan ada jawapan walau hatinya sedari tadi berdegup laju.
"Bukit Uyu! Dah sampai kat puncak dah pun dengan Ben! Kau nak datang,dah lambat!!"
Ian menelan liur.
"Ka..kau..dengan..Ben?"
"Dahtu dengan siapa ngeng?!" Akira julingkan matanya. Nampak sangat Ian tak baca whatsapp yang dihantarnya.
"Kiraa..aku nak beritahu kau sesuatu. Please..aku minta kau tenang.." tutur Ian berhati-hati.
Akira kian pelik. Kenapa tiba-tiba? Namun dilayankannya saja. Sempat dijelingnya Ben yang dari tadi terpejam matanya.
"Apa dia?"
"Ben.."
YOU ARE READING
Call Of Death
General FictionTiga sahabat berjanji untuk berkelah bersama. Namun hampa bila hanya Akira dan Ben sahaja yang munculkan diri. Ian,tak dapat dihubungi dan masing-masing tertanya ke mana perginya sahabat mereka yang jarang bertingkah sedemikian. Janji tetap janji...