Akira membuat kerja matematik dengan khusyuk. Sudah lebih setengah jam dia di meja belajar,menelaah apa yang patut untuk diajar pada Ben nanti. Budak tu bukan otak matematik,susah nak mengajar jadi Akira kena fikir macam-macam cara supaya Ben mudah faham. Nasiblah bab yang dipelajari hari itu senang.
Formula yang sudah siap direka demi memudahkan pemahaman Ben,dia salin kembali dalam satu buku khas. Buku formula Matematik untuk Ben. Mujur lah Ben ada kawan sebaik Akira yang tolong ajar itu ini,kalau tak memang ke laut lah subjek Matematik Ben.
Pukul 8:36 malam,pintu biliknya diketuk seseorang.
"Akira,aku ni." Suara Ben.
"Masuklah,pintu tak kunci.." Akira menjawab dari dalam. Dah terbiasa dengan kehadiran Ben pada waktu ini. Mana tidaknya,seminggu 4 kali Ben akan datang ke rumahnya untuk belajar Matematik sehingga ibu bapanya dah maklum dengan kehadiran Ben. Pasti Ben akan disambut oleh ibu Akira terlebih dahulu sebelum meminta izin untuk dia naik ke bilik.
Pintu dibuka dan pada masa yang sama dirasakan angin sejuk bertiup menampar wajah Akira. Nak hujan ke malam ni? Dia mendongak tapi terlihat Ben yang tercegat sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
"Kau dah kenapa? Taknak masuk?"
"Kau..kau marah lagi ke?"
Akira buat muka toya.Tak habis lagi ke isu petang tadi?
"Kau rasa?"
"Eemm..Tak?"
"dah tu?"
Ben sengih lagi namun kali nampak kelegaan pada wajahnya. Baru dia masuk dan duduk di sebelah Akira di meja kecil tengah bilik.
"Malam ni kita cover bab pagi tadi.."kata Akira.
Perlahan,Ben letak sesuatu di hadapan Akira ketika dia sibuk menyelak buku latihan.
Terhenti pergerakan Akira bila melihat sekotak susu strawberi di hadapannya. Dia menoleh.
"Sorry.."
"Chill la brother."
Akira mengunjuk 'fist bump' dan disambut Ben.
"Ben.."
"What?"
"Kau sakit ke? Pucatnya muka.." tanya Akira prihatin. Dari mula Ben datang tadi dia dah perasaan dah. Muka Ben nampak lain. Nampak macam tak bermaya. Cuma tingkah lakunya tidaklah menunjukkan dia sakit,okey je lagi kalau nak diajak bertumbuk. Tapi,terasa ada aura lain yang menyelubungi Ben tika ini.
"Aku ok lah.."
Tidak semena-mena Ben batuk. Eh? Dah kenapa?
Ben jarang diserang batuk. Apatah lagi demam. Lagipun petang tadi nampak sihat.Akira menyentuh dahi Ben. Sejuk.
"Kau demam ke?"
"Mana ada! Air cond bilik kau ni yang sejuk nak mati. Pelankan sikit."
Kening Akira terangkat. Sejuk?
"Jap." Namun Akira masih bangun mencari remote air cond tapi dia terhenti bila melihat bacaan suhu. 24. Kenapa...
"Kau sure sejuk Ben? "Dia merenung Ben yang dah mula keluarkan alat tulis.
"Yeee..dari tadi lagi. Dah la tu..meh sini.." panggil Ben.
Walaupun pelik,tapi Akira buat tidak peduli. Malaslah..Ben memang mengada!
YOU ARE READING
Call Of Death
General FictionTiga sahabat berjanji untuk berkelah bersama. Namun hampa bila hanya Akira dan Ben sahaja yang munculkan diri. Ian,tak dapat dihubungi dan masing-masing tertanya ke mana perginya sahabat mereka yang jarang bertingkah sedemikian. Janji tetap janji...